Pages

ALLAH SLAVE

Nisa' Pemburu Syahid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 29 November 2010

Petua imam As Syafie....

Bismillahirahmanirahim....
Segala Pujian hny bg Allah.....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,dapat update blog setelah lama x update....arini nk kongsi ckit tntg petua imam As Syafie...ana dpt dri web NKI.....

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
\
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Friday 26 November 2010

kerana aku wanita....

Bismillahirahmanirahim...
segala Pujian hny bagi Allah...

Assalamualaikum,

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

ni ana ambik dari iluvislam....segala yg baik itu hny dari Allah...

salam hambaAllah...

orang islam dan bukan islam.............

Bimillahirahmanirahim...
Segala Pujian hny bg Allah....

Assalamualaikum,

haa,arini nak kluarkan ckit tntg org islam dgn bukan islam.....

klau kita lihat skrg ni susah nak kenal mana islam dan yg bukan islam terutama di tanah air kita.....Umat islam skrg dah x mengamalkan cara hidup islam.....salah satunya yg biasa tapi diabaikan adlh memberi salam...bukankah walaupun kita tidak mengenal org itu tpi kita dituntut memberi salam jika bertemu sesama islam.....Adab memberi salam ni,org yg bukan islam yg mengamalkannya....Mereka tidak memberi salam tpi mereka menyapa antara satu sama lain kalau mereka bertemu,walaupun mereka tidak kenal......walaupun dengan hny sekadar mengucapkan "HI".........dengan memberi salam kpd org lain,kita bkn sahaja mendoakan kesejahteraan mereka tpi dengan hukum wajib menjawab salam kita juga akan didoakan kesejahteraan....disebabkan kurangnya budaya memberi salam nilah umat islam skrg x bersatu...semua fikirkan hal masing2 je.....Masyarakat skrg suka berpegang kpd "jgn jaga tepi kain org"...Apa pulak jaga tepi kain org,ini agama kita semua...

Selain adab dlm memberi salam....Dalam pemakaian pun umat islam dah menyerupai org bukan islam.....Masyarakat seperti tidak ada pendirian yg tetap bila asyik mengikut apa yg org lakukan...Islam dah tunjukkan dan dah tetapkan pemakaian yg sempurna dan sangat selamat....tetapi yg selalu kita ikut fesyen yg tidak tetap pendirian yg sering berubah-ubah.....Dalam soal tudung terutamanya,seperti hnya menjadi adat memakai tudung utk kecantikan.....Dalam pemakaian tudung juga kita telah meniru org barat(Nasrani).....Pemakaian tudung endon adlh menyerupai pemakaian tudung sister di gereja..tidak bermaksud kita tidak boleh memakai tudung endon itu tapi cara pemakaian yg salah....Pemakaian sister di gereja adlh dgn melabuhkan tudung dibelakang dan dipendekkan di depan sehingga menampakkan dada..kemudian tudung tersebut diklipkan di belakang....itu cara pemakaian sister2 di gereja...Kita tidak boleh ikut,,bukankah Rasulullah dah berpesan;"Siapa meyerupai sesuatu kaum,maka ia tergolong drp mereka"......Jadi ubahlah pemakaian tudung tersebut supaya tidak menyerupai Barat(Nasrani).......cara islam adlh yg terbaik.....

Seterusnya pemakanan kita,cuba kita lihat klau pi restoran apa yg dipesan oleh kita dan apa yg dipesan oleh org bukan islam.....Walaupun bukan semua org bukan islam yg mengamalkannya tapi mereka tetap mengamalkan pemakanan yg sihat dan tidak berlebihan.....Tapi umat islam skrg sering berlebihan dalam pemakanan.....Islam sgt menitik beratkan soal pemakanan yg sihat dan tidak berlebihan sbb memberi kesan dalam ibadah kita.....Kemudian dalam soal kesihatan juga kita sering abaikan....Apabila pergi ke mana2 taman rekreasi yg memenuhi taman itu adlh org bukan islam....Mereka tahu kepentingan kesihatan itu...islam juga sgt mementingkan kesihatan kerana penting kesihatan yg baik utk beribadah tapi umat islam kini tidak juga bersenam sebagai langkah menjaga kesihatan.....Bila makan x jaga,selalu makan makanan yg x berkhasiat kemudian tidak pula bersenam,maka cepatlah kita sakit.....Bila kita sakit pasti dgn mudah diganggu syaitan utk tidak beribadah....bila kita sakit juga maka tiadalah yg nak perjuangkan agama Allah.....Jadi Ayuh jg makanan jg kesihatan......walaupun perkara ni nampak kecil dan seperti ramai yg dah tahu tapi ramai juga yg mengabaikannya.......Islam adlh agama meyeluruh......

Dalam soal pelajaran juga kita umat islam tidak mengikut panduan islam tapi orang bukan islam yg mengikutnya....Islam mengajar kita utk menuntut ilmu hingga ke liang lahad....Islam mengajar kita utk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu...Islam mengajar kita supaya tidak berputus asa....Tetapi kebanyakkannya pelajar islam kurang mempraktikkan apa yg diajar oleh islam...Umat islam kini, terutama di tanah air ni merasa cukuplah aku menuntut ilmu sehingga aku mendapat kerja...selepas dapat kerja tidak perlu lagi menuntut ilmu...Itu salah,sepatutnya kita mempunyai azam utk menuntut ilmu sehingga akhir hayat dan dalam semua bidang bukan hanya bidang yg khusus....Jika kita bandingkan kesungguhan menuntut ilmu ini lebih tinggi dalam kalangan org bukan islam berbanding umat islam sendiri...Jika di sekolah pelajar cina dan india yg sering berusaha berebut utk mendapat tmpt pertama tpi tidak pelajar islam....Ayuh bangun kita bangkitkan islam dengan mengamalkan tatacara dalam islam....Selain itu,pelajar2 seirng putus asa apabila gagal dalam sesuatu pelajaran..Adakah pelajar itu lupa mungkin itu salah satu ujian dari Allah utk menjadikannya pelajar yg lebih maju,mungkin salah satu cara Allah mengajarnya utk bersabar,mungkin juga Allah ingin jauhkannya dari sifat angkuh......Sepatutnya apabila sudah gagal,pelajar itu perlu redha dgn takdir Allah dan bangun semula menunjukkan kebolehannya.....Terutama sekali jika di sekolah pelajar islam harus buktikan kita umat islam yg pertama bukan yg lain.......

Ayuh..Ayuh...Ayuh bangkit ubah cara hidup kita dengan berlandaskan islam...Islam itu agama yg lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan...Jangan disebabkan perkara2 kecil yg dianggap remeh kita menjatuhkan nama islam..... Islam itu mudah...Islam itu lengkap...Islamlah segala-galanya.....

Segala yg baik itu hnya dari Allah,segala yg buruk itu dari diri hina ini.....Ambil yg baik, buang yg buruk ,betulkan yg salah.....InsyaAllah kita akan berjaya jika saling membantu....

salam hambaAllah.....

Thursday 25 November 2010

Aku sayang hati aku!!!!

Bismillahirahmanirahim...
Segala pujian hny bg Allah....

Assalamualaikum,

Siapa sayang hati???..........Aku sayang....
Siapa sayang hati???...........Aku sayang.......
Siapa sayang hati???............Aku sayang........

Ya,aku sayang hati......

Aku sayang hati,
Aku cinta hati,
kenapa Aku sayang hati?????kerana...................................

Aku cinta hati,
Tika aku sedih,hati mengajarku erti sabar........
Tika aku gembira,hati ajar aku untuk bersyukur......
Tika aku tenang,hati menyuruh aku ingat Allah......
Tika akal diisi ilmu,hati membantu menyelami ilmu itu,

Aku sayang hati kerana..
Tika aku brsama keluarga,hati ajar aku makna kasih sayang,
Tika aku bersama kawan,hati ajar aku mnjaga hati kawan,
Tika aku keliru dgn cinta manusia,hati mengenalkanku kpd cinta yg HAKIKI,
Tika aku bosan,hati menjadi peneman bicaraku

Aku cinta hati,
Tika aku leka lakukan dosa,hati mengajarku erti keinsafan,
Tika aku gelisah,hati mengajakku menghadap Kalam Allah,
Tika aku terpisah dgn org yg tercinta,hati memberikanku rindu,
Tika aku sibuk dengan dunia,hati menegurku utk kembali kpdNya,

Banyak yg hati berikan kpdku...Tetapi aku sering mengotorkannya....walau kekadang aku bersihkannya...Namun makin bertambah aku kotorkannya....Ya Allah terima kasih kerana menjadikan hati sebahagian dari hidupku....Hati ini sungguh bermakna buat diriku..Aku sayangkan hati...Aku cintakan hati....Maafkan aku hati kerana selalu menyusahkan hati.....Aku akan cuba utk menjaga hati sebaiknya..InsyaAllah....Terima kasih hati kerana sudi menjadi penemanku pada setiap masa....Setiap masa hati bersamaku,bicara denganku,bermain denganku,menenangkanku,menjawab kekeliruanku....Ya Allah terima kasih.....Denagan hati banyak juga yang aku belajar...

Dengan hati aku kenal Penciptaku,
dengan hati aku kenal Rasulullah,
dengan hati aku kenal siapa ibu bapaku,
dengan hati aku kenal siapa diriku,
dengan hati aku kenal siapa sahabatku,
Sekarang aku cuba utk kenal hatiku selepas hati kenalkan aku dgn yg lain......

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu ini.....

Segala yg baik itu dari Allah,dan segala yg buruk itu dari ana sendiri....

notaconteng::::tulis ketika diri cuba utk kenal dgn hati T_T....

salam hambaAllah.....

Monday 22 November 2010

Rinrihan hati kpd jasad......

Bismillahirahmanirahim......
Segala Pujian hny bg Allah....

Assalamualaikum,

Ya Allah ampunkanlah semua dosa2 hambaMu ini Ya Allah....blogku yg kusayangi,minta maaf sbb entri ni kurang manfaat ckit....arini ana nk menyentap sikit diri ini....nak marah diri ni puas2....biar diri ni sedar diri ckit....minta maaf ye blog klau ana terkasar bahasa.....

Diri(Kau) ni,tolonglah dengar rayuan hati(aku) ini....Jasad tolonglah dengar rintihan hati yg kotor ini....Bila kau nak berubah??bila??bila??Adakah kau hny akn berubah bila kau nmpk malaikat Izrail datang memanggil menghadap Ilahi???Adakah kau hny akn berubah Allah timpakan satu ujian yg kau x dpt tanggung???Adakah kau hanya akn kembali menghadap Ilahi apabila kau susah dan lupakannya apabila kau senang???Kau lupa ka siapa yg beri kau senang???Siapa yg beri kau susah???
Sudah banyak kali aku dengar kau kata kau nak berubah,tapi mana hasilnya???Sedikit pun kau x berubah....Kau ingat kau dah baik sangat???Dah bijak sangat ke diri kau tu???

Tahun ni kau ckp 'honeymoon year'.....tpi bila tahun ni dah nak habis, kau masih x nak berubah ke??Bila kau nak sedar??Atau memang kau x nak sedar-sedar langsung??Adakah azam kau selama ni hanya angan-angan semata2???Kau x nak ke berusaha mnjadi insan yg beriman,insan yg baik,insan yg berguna??Kau x nak ke??Aku(hati) dah letih utk menanggung kekotoran yg kau lakukan??Bila kau nak mensucikan aku???Aku dah x tahan menghadapinya???
Tolong!!Tolong!!Tolong!! aku merayu kpd
kau,,berubahlah,,berubahlah,berubahlah...Kenapa kau x berusaha melawan nafsu kau??Kau pandai saja ckp bahwa melawan nafsu tu satu peperangan yg besar,tpi kau x pernah tunjuk apa2 pun???

Kau selalu cakap x serupa bikin....Kau dah yakin ke syurga akn mnjadi milik kau??kejayaan mncapai cita-cita kau akn dpt???Selagi kau x berubah kau jgnlah mngharapkan apa2....Kau ingat diri kau tu hebat sangat ka??Hari ni aku nak marah kau cukup2,kau jangan melawan sbb aku dah x tahan kerana kau sering mengotorkan aku....
Tolonglah berubah,Kau x nak cari Redha Allah ke??Kau x mahu dicintai Allah ke??Kalau kau nak dicintai Allah,klau kau nak Redha Allah,Kau kena tunjukkan dulu yg kau ni mencintai Allah..Kau kena tunjuk usaha kau untuk mencari Redha Allah....

Aku merayu kpd kau tolonglah berubah kerana Allah....
Sekarang kau dah ada satu pisau di tangan kau...Kau fikirlah,kau nak guna pisau tu mcm mana...Kau nak guna utk memasak dan beri org lain makan???atau Kau nak guna pisau untuk membunuh org lain...Fikirlah!!Fikirlah...Masa x tunggu kau,kau yg kena kejar dan hambat masa tersebut....Sekali lagi aku merayu kpd kau...Tolonglah berubah kerana Allah bukan kerana org lain....Allah adlh segala-galanya,Kau tau tak??Kau dah berjanji utk mnjadi seorang pejuang agama,pemimpin agama...so, sekarang buktikan janji kau.... Berubah,,Berubah,,Berubahlah menjadi insan yg hebat,baik,berguna kpd diri sendiri,agama ,ibubapa,keluarga dan masyarakat,semuanya hanya untuk menggapai redha Allah........Berubahlah dengan ikhlas....Aku merayu sekali lagi kpd Kau,PLEASE berubah mnjadi mukmin hebat,mukmin berguna,mukmin yg baik ikhlas kerana Allah semata-mata... IINNNGGAAATTT....

"Allah x kan mengubah nasib sebuah kaum,melainkan mereka mengubahnya dengan sendiri"

ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!!

Now GO!!GO!!GO!! turn into a new leaf....

Hanya padaMu hamba ini memohon...Segala yg baik dari Allah dan segala yg buruk itu dari diri ana yg lemah ni....

salam hambaAllah

Sunday 21 November 2010

berita gempak!!!

Bismillahirahmanirahim...
Segala Pujian hny bg Allah....

Assalamualaikum blog comel,

x da berita gempak sgt pun....haha sja je....Alhamdulillah smlm abg sepupu ana dh bertunang..tahniah buat abg sepupu ana....Semoga Allah permudahkan urusan dlm mendirikan masjid yg indah.....

haa,satu lagi berita..makcik ana dah selamat pindah rumah baru...tahniah juga buat makcik ana...
semoga Allah murahkan rezeki dan semoga perpindahan ini membawa rahmat kpd makcikku sekeluarga....

Ya Allah,ana mulakan sesuatu dlm hidup ana...Semoga apa yg ana lakukan ni betul dan membawa manfaat Ya Allah....Hanya padaMu ana memohon...bantulah ana memulakannya dengan sebaik-baiknya....Ana lakukan ni utk mndptkan redhaMu Ya Allah....Kau permudahkanlah urusan ana....Ana hamba yg jahil,yg lemah memohon rahmat dan redhaMu Ya Allah......Dengan IzinMu akan ana mulakan perkara itu dgn baik dan akan berusaha utk tidak jadikan perkara itu sia-sia tidak membawa apa2 erti.....

Ya Allah..bantulah ana melawan godaan syaitan dan nafsu agar ana terhindar melakukan perkara yg Engkau larang Ya Allah..Ana tahu ana hamba yg lemah yg sering melakukan kesalahan,oleh itu hanya padaMu ana memohon agar Engkau membantu ana mengharunginya...
Ampunkan ana Ya Allah...Jika perbuatan ana ini salah Engkau tegurlah ana dengan caraMu...
Ya Rahman Ya Rahim Ya Ghafur, ampunkanlah dosa2 ana....

salam hambaAllah

Thursday 18 November 2010

Cinta itu Indah!!

Bismillahirahmanirahim....
Segala Pujian hny bg Allah....

Assalamualaikum,,

hari ini ana nak tulis tntang betapa indahnya sebuah cinta....surat ni ana tulis khas kpd kekasih ana.....

Kepada kekasihku,
ku berterima kasih atas cinta yg kau anugerahkan padaku...
Saat kau hadir menghiasi hatiku..
dapat ku rasakan betapa indahnya cinta itu..
dapat ku rasa betapa kau menghdirkan cintamu padaku....

Kekasih,
terima kasih kerana kau sentiasa sabar melayan kerenahku....
tika ku mengadu,kau memujuk dengan caramu....
tika ku sedih,kalammu menghiburkan hatiku...
.tika ku kongsikan kebahagianku denganmu,kau mengajarku untuk bersyukur....
Ingin kuungkapkan disini betapa bahagianya cintaku bersamamu....

kekasih,
tika hanya kau dan aku bersama,
banyak yang ku ceritakan padamu....
macam-macam yg telah ku luahkan padamu,semuanya hanya keindahan yg ku peroleh.....

kekasih,
ku ingin memohon maaf padamu,
ku minta maaf ats ketidaksetiaanku,
walau kau sentiasa memandangku,
walau kau sentiasa membantuku,
walau kau sentiasa mengingatiku,
namun ada masanya ku terlupa untuk memandangmu,
ada masanya ku lupa untuk mengingati pertolonganmu,
ada masanya ku lupa untuk mengingatimu,
maafkanku kekasih....

kekasih,
terima kasih sahaja mampu kuungkapkan,
minta maaf dan keampunan yg mampu ku minta darimu,
sebagai tanda kasih cintaku padamu,
hanya engkau yg akan ku letak dihati ku ini,
Ya Allah engkau sahajalah kekasih dihatiku,
Cintaku hanya padaMu Ya Allah,
Tiada yg dpt menggantikan tempatMu sebagai kekasih yg hakiki,
Ya Allah,engkaulah kekasih,cinta,peneman dan segala-galanya padaku...

Ya Allah,
akan ku usaha utk mengingati kalamMu,
kalamMu akan sentiasaku jadikan petunjuk utk berjalan dijalanMu,
Sunnah PesuruhMu akan ku berusaha menghiasi diriku...
Ampunkanku Ya Allah,
Ku pohon petunjuk dan hidayahMu Ya Allah,
Bimbinglah hatiku yg kotor ini di jalanMu,
Wahai Kekasih tegurlahku dengan caraMu...
Ku tahu nafsuku pasti menidakkan teguranMu,
Namun akanku menghalang nafsuku itu,
kerna ku yakin dengan kalamMu...

"boleh jadi sesuatu itu baik utk kamu tapi kamu tidak sukai,,dan boleh jdi kamu sukai sesuatu tapi ianya tidak baik bagi kamu"....

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah atas semua karuniaMu Kekasihku...

Allah Tuhanku,
Rasul tauladanku,
Al-Quran pedomanku,
Jihad jalanku,
Sunnah ikutanku,
Syahid cita-citaku.....

Hanya Allah di hatiku...Segala yg baik itu dari Allah,segala yg buruk itu dari diri yg hina ini...

Salam hambaAllah.....

Hati seorang wanita.....

Bismillahirahmanirahim...
Segala pujian hny bagi Allah...

Assalamualaikum blog kesayanganku...

Ya Allah,hari ini ingin diri ini luahkan sesuatu kpdMu yg Maha Mendengar,
Diri ini seorang wanita yg lemah,
Kelemahan hati dan iman sering membelenggu diri ini melakukan dosa,
Hamba ini tidak sanggup utk meminta pdMu Ya Allah,
Hamba ini tidak sanggup utk meminta dgn dosa yg ku bawa,
Banyak sekali hati ini inginkan,
Diri ini sungguh bersyukur pdMu Ya Allah ats semua karuniaMu,
Namun diri yg lemah ini perlu meminta pdMu Ya Allah,

Ya Allah diri ini sangat lemah,
Diri ini sangat lemah bila berhadapan dgn mujahid Mu Ya Allah,
Hati ini ingin sekali seorang mujahid menjadi teman hidup dunia dan akhirat,
Diri ini sangat lemah sekali Ya Allah bila ku terpaksa berhadapan dgn mujahidMu Ku sedar ya Allah diri yg daif ini sungguh x layak utk berdiri disebelah pejuang agamaMu,
Ku ingin sekali seorang seperti Sultan Muhammad Al-Fateh mnjadi teman hidupku,
Ingin sekali ku mnjadi Fatimah kpd ayahku,
Ingin sekali ku menjadi Aisyah kpd bakal suamiku,
Ingin sekali ku menjadi Abu Bakar kpd sahabatku,
Banyak sekali keinginan ku Ya Allah,
Hanya pdMu ku meminta Ya Allah,

Ya Allah,
hamba ini sentiasa berusaha utk menjadi seorang berguna utk agamaMu,
Namun Ya Allah,hamba yg lemah ini sering tewas dgn ajakan nafsu,
Ampunkan hamba ini ya Allah,
walau ku bawa dosa setinggi gunung,
Kau tetap mendengar doaku,
walau ku bawa dosa seluas lautan di bumi,
Kau tetap memberikanku kehidupan yg bahagia,
walau ku lalai mengingatiMu,
Kau tetap menegurku atas kesilapanku,
Ampunkan aku ya Allah,
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Aziz Ya Karim,,,
Ku memohon Kau perkenankanlah doa hamba ini,
Makbulkanlah doa hamba yg hina ini,
Sesungguhnya hanya padaMu ku meminta,
Syukur Alhamdulillah Ya Allah,
Terima Kasih Allah,
Hanya itu yg mampu ku ucapkan atas segala karuniaMu kpd ku....
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.....

segala yg baik itu dari Pencipta,segala yg buruk itu dari diri yg tercipta ini...

salam hambaAllah....

Renungan untuk wanita akhir zaman

Bismillahirahmanirahim...

Segala pujian hanya bg Allah...

Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut:
“saya bersama-sama fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w, maka kami temui beliau dalam keadaan menangis. Kami bertanya kepada baginda:
apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?”
baginda menjawab:
pada malam aku diisra’kan ke langit, aku melihat orang-orang yang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis”.
Saya bertanya lagi:
"wahai Rasulullah apakah yang engkau lihat?”

Baginda bersabda:

1. wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih

2. wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya yang di cabut dari belakang, sedangkan tar mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya

3. wanita yang digantung dengan buah dadanya dari belakang badannya, sedang air getah kayu zakum dituangkan ke keronkongnya

4. wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah umbun-unbun kepalanya, serta dibelit dibawah kekuasaan ular dank ala jengking

5. wanita yang memakan badannya sendiri, serta di bawah tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya

6. wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka

7. wanita yang bermuka hitam serta memakan usus-ususnya sendiri

8. wanita yang tuli, buta dan bisu di dalam peti neraka, sedang badanya mengalir darah dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga dan mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit

9. wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan

10. wanita yang berbentuk anjing sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka

Maka berdirilah Fatimah sambil berkata:
“wahai ayahku, mata hati kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu? Rasulullah s.a.w bersabda:
“hai Fatimah, ada pun tentang:

1. wanita yang di gantung dengan rambutnya, karana dia tidak menjaga rambutnya (ditutup) dikalangan lelaki

2. wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya

3. ada pun wanita yang digantung dengan payu daranya, karana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya

4. adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu, karana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dan haid dan nifas (keluar darah selepas melahirkan anak)

5. ada pun wanita yang memakan badannya sendiri, karana dia bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan aib orang lain

6. adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan oaring ramai, dengan maksud supaya mereka (orang ramai) itu melihat perhiasan, dan orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya

7. adapun wanita yang diikat kedua kakinya dan tangannya sampai keumbun-umbun dan di belit oleh ular dank ala jenking, karana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwuduk dan solat dan tidak mahu mandi wajib

8. adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti hamar kerana dia suka mengadu domba serta berdusta

9. adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, karana dia ahli fitnah serta suka marah-marah kepada suaminya

MasyaAllah betapa hebatnya azab neraka Allah.....Ya Allah ampunkanlah hambaMu yg sering x pernah henti melakukan dosa......

artikel ni ana ambil dri blog seseorg.....http://akubdkkampong.blogspot.com/2010/11/renungan-untuk-wanita-akhir-zaman.html

Segala yg baik itu hnya dari Allah,dan segala yg buruk itu dari diri yg hina ini....

salam hambaAllah....

Wednesday 17 November 2010

La Tahzan....

Bismillahirahmanirahim...
segala Pujian hny bg Allah...

Assalamualaikum,,

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kpd seluruh umat islam di seluruh dunia...iktibar pengorbanan yg diambil dri Aidil Adha jgnlah sekadar berkorban pd hari ini sahaja malah bawalah semangat berkorban itu sehingga roh meninggalkan jasad...Agama Islam yg kini makin mundur impak drp sikap umatnya sendiri perlu dibangkitkan semula oleh mujahid dn mujahidah yg sanggup berkorban nyawa sekalipun demi menyelamatkan Agama Allah....

di pagi raya ni ana x mampu nak berkata2 dgn sesiapa pun....kesalahan yg dilakukan akibat lalai dgn hasutan syaitan sgt menghantui ana...

Ya Allah,
Semakin ana cuba lupakannya,
Semakin bnyk ana mengingatinya,
Kata2 itu sgt menganggu naluri ana Ya Allah,
Telah ana cuba pelbagai cara utk menghindarinya namun,
tetap hati ini ingin mengingatinya,

Ya Allah,
bantulah hati yg kotor ini,
Sucikanlah hati ini,
Hiasilah hati ini dgn sinaran nur dan hidayah-Mu,
jgnlah Kau pesongkan hati ini setelah Kau berikan petunjuk dan hidayah Mu,

Ya Allah,
ikrar janji itu sgt bermakna buat diri ini,
hamba ini sgt2 lemah utk melaksanakan ikrar itu,
hamba ini sering lupa dgn ikrar itu,
bantulah hamba ini menguatkan diri,
melaksanakan ikrar itu,

Ya Allah,
rasa camburu itu makin menggunung,
ingin hamba ini berebut utk mnjadi sepertinya,
setinggi mana jua hamba ini berusaha utk mnjd sepertinya,
semuanya tetap dgn kehendak dn izin Mu ya Allah,
hamba yg lemah ini sentiasa mengharapkan rahmatMu ya Allah,

Ya Allah,
hamba ini ingin berubah,
ingin mnjdi insan yg baru,
semuanya hny ingin merebut RedhaMu,
hati yg kotor ini ingin ku bersihkannya semula,
bantulah hambaMu ini ya Allah,
La Haula Wala Kuata Illa Billa hil aliyil azim......

La Tahzan InnaAllaha Ma'ana...........

berubahlah kerana Allah,
.jgn hiraukan kata-kata manusia,
jgn biarkan diri ini malu dgn Allah..
biar diri ini malu dgn manusia,

segala yg baik dari Allah dn segala yg buruk dari diri ana sendiri....

salam hambaAllah

Tuesday 16 November 2010

Nadwah mengajarku!!!

Bismillahirahmanirahim,
Segala Pujian hny bagi Allah..

Alhamdulillah,,program nadwah kepemimpinan islam kebangsaan(NKI) 2010 dah brjln dgn sgt lancar...
Alhamdulillah,,Allah telah bnyk mengajar ana dan menjwb persoalan diri ana dgn ana menyertai NKI ini..Alhamdulillah Allah memilih ana utk mnjdi peserta NKI ini....

kpd blog kesayangan ana,ana nk kongsi sedikit apa yg ana dpt sepanjang NKI....NKI ni sbnrnya nak melatih dan juga mengajar kpd kami semua (peserta) utk menjadi pemimpin yg hebat berlandaskan Al-quran dn sunnah krna itulah tonggak dan rujukan utama umat islam...

Sangat bnyk yg ana dpt dri NKI dari segi bnyk aspek....yg paling ana suka ialah ana dpt bnyk sahabat2 baru....disebabkan ni peringkat kebangsaan, jd sahabat2 ana yg mnyrtai NKI ni datang dri seluruh semenanjung Malaysia....salah satu yg bljr adlh bahasa...hehe...ana bljr bahasa kelantan dn terengganu(dua bhs ni yg lain ckit dari ana).....best sgt ckp bahasa kelantan dn terengganu....bila ana bljr bhsa org kelantan dn terangganu,,diaorg pun bljr ckp bahasa utara...
melalui NKI ni ana lebih menghargai ukwah yg terjalin,semuanya hanya kerana Allah...walaupun baru sehari tinggalkan diaorg semua,ana dah mula rindu dgn kerenah masing2.....

Ana jumpa dgn ramai org yg hebat2 kat NKI ni....semuanya pemikiran 'tip top' yg bnyk ilmu agama diaorg,,ana sedar yg sagt bnyk ilmu yg perlu ana pelajari lg...ilmu ana memang x setanding dgn diaorg.....sahabat2 NKI syukran kasiran ats semua kasih sayang,ilmu,teguran dan nasihat yg korang bg dkt ana(klau la korang ada dpn ana,nak saja ana bgtau kat korang betapa ana rindukan kasih korang)......bkn sahaja ukwah ana dgn sahabat2 NKI malah ukwah dgn sahabat2 ana yg satu sklh dgn ana pun menjadi brtmbh rapat.....hubungan kami bertambh rapat terutama sekali waktu dlm prjalanan smsa dlm bas(pelbagi karakter sahabat2 ana yg baru tahu)...ok tu ckit perkongsian diari perjalanan ana smsa dlm NKI....

skrg ana nk kongsi sedikit maklumat yg ana dpt dlm NKI ni...

"setiap drp kita ni adlh pemimpin".. x kisahla pemimpin(daie) kawan ke,keluarga ke,umat islam ke@ seluaruh msyrakat sekali pun,kita adlh pemimpin...

" Kepimpinan Berdedikasi"( ceramah Dr. Azizan)

1) klau nak jd pemimpin yg hebat kita kena bnyk berzikir mengingati Allah..InsyaAllah ,,Allah permudahkan urusan kita dlm menjdi pemimpin@ daie

2) jg hubungan dan rohani kpd Allah..caranya berqiyam selalu...minta pertolongan Allah dlm mnjdi pemimpin utk mengagungkan agama Allah...

3) jernih dlm fikrah(kefahaman)>>faham tanggungjwb

4)cemerlang dlm akademik(islam memerlukan cerdik pandai)....klau kita rasa mls utk berjaya dlm akademik ingatkan diri kita ...klau kita x berusaha @ bljr brsungguh2 dan berjaya itu adlh satu fitnah kpd islam..Nauzubillahiminzalik...

5) aktif dlm dakwah

6) kepimpinan adlh wasilah jihad(pertahankan syakhsiah ummah)

" kun aliman mujahidan" (jdilah org yg alim dan mujahid)

objektif mnjd pemimpin >>>>

  • yg prtama sekali utk mendpt redha Allah..bkn saja nk jd pemimpin tpi utk segala prkara kita buat mestilah utk mndpt redha Allah
  • kita jd pemimpin sbb tugas dn tanggungjwb yg kita dpt tu adlh amanah...jd kita kena merasakan amanah tu penting...
  • berpeluang menambahkan pengalaman diri
  • sbgai peluang mendekatkan diri kpd Allah kerana kepimpinan yg baik adlh mulia dn ibadah

yg ats tu adlh hasil dari ceramah Dr.Azizan...
skrg ana nk kongsi semua kata2 yg berkaitan tntg kepimpinan@ pendakwah.....semua ni adlh hasil yg ana dpt dlm setiap slot dlm NKI....ianya tiada pengkhususan.....

Saidina Ali>>

" sesiapa yg dilantik mnjd pemimpin manusia,hndaklah ia mula dgn mengajar dirinya sendiri terlebih dahulu sblm ajarkan org lain..hendaklah ia mengajar dgn perjalanan hidup sblm mengajar dgn lidah..org2 yg dpt mengajar dan melatih diri sendiri itu lebih layak dihormati lebih drp mereka yg mengajar org lain"

>>

Apabila ubah pemikiran anda,anda ubah kepercayaan,
apabila ubah kepercayaan, anda ubah harapan anda,
apabila ubah harapan , anda ubah sikap anda,
apabila ubah sikap, anda ubah tindakan anda,
apabila ubah tindakan,anda ubah prestasi anda,
apabila ubah prestasi,maka anda ubah KEHIDUPAN anda.....

>>

Mengenal org lain adlh suatu kuasa yg menghubungkan pemimpin dgn org yg dipimpin supaya dpt menggerakkan tenaga dgn tersusun utk mncapai objektif bersama...

>>

Jadikan cabaran yg dihadapi sbgai peluang bkn sbgai penghalang...

itu sja serba sdikit perkongsian dri NKI....Mari bersama kita membngunkn agama kita...."rosklah suatu negara itu,jika rosak remajanya"...oleh itu ayuh remaja-remaja jgn kita jd punca kerosakan....ingat, sblm kita menegur @ mengajak org lain membuat kebaikan kita kena lakukannya dahulu kerana manusia lebih mudah mengikut drp mendengar....mari kita memimpin dgn kasih sayang dan sentuhan bkn kekerasan dan kemarahan....Contohilah kepimpinan Rasulullah....

Sgala yg baik itu dri Allah dn sgala yg buruk itu dari ana...

Al-Quran dan Assunnah pegangan kita....

p/s: tulis blog tntg NKI sbb rindukan NKI...lps ni InsyaAllah hubungan kita akn trjalin dlm blog NKI ...Alhamdulillah..^_^

salam hambaAllah

Saturday 6 November 2010

Life is fun!!

Bismillahirahmanirahim...
Segala Pujian hny bg Allah....

Assalamualaikum,
kpd blogku..ana minta maaf sangat2 sbb rupa-rupanya selama ana 'berdating' dgn kamu ana x bagi salam pun..aduh minta maaf,mcm na leh lupa ntah....ana terperasan bnda ni semalam, so kpd blogku mulai arini ana akn bagi salam dulu eh....
hhmm, nak tulis apa arini eh...mood baru abis exam, so mestila nak enjoy abis2 kat dpn pc ni...
tadi dlm duk 'blog walking' trjumpa satu falsafah, fuh power punya,jadi ana ingat nak kecaikan kaca falsafah tu ikut apa yg ana rasa.....

Sebelum tu ni dia falsafah tu..:>>>>
The wise is the one who learns from his yesterday, struggles for his present day and provides hope for his tomorrow.” “Dream what we want to dream, go where we want to go, be what we want to be, cause we have only one life and one chance to do all the things that we want in life, BUT make sure we have Allah The Almighty in our life!”

haa, ayat first tu memang dah bg ana jd tergamam+malu dan semua perasaan la,mana x nye ana bkn jenis mcm tu....klau bab nak 'hope for yesterday' mungkin ana juara kut sbb suka sgt angan2...tpi lg dua ayat sblm tu, aduh memang terkena muka sendiri la...sbb tu la ana nk tulis kat blog ni sbgai peringatan kat diri ana...

The wise is the one who learns from his yesterday,

memang kita sbgai manusia yg lemah kena sentiasa belajar dari hari lalu kita spya kesilapan masa lalu x diulang dan kebaikan masa lalu ditambahbaikkan....kita kena jdkan kehidupan masa lalu kita sebgai satu memoribilia yg ibrah kpd kita..x kisahla memori yg pahit @ manis,mesti ada sesuatu disebalik semua yg berlaku....sbgai contoh yg dpt ana bw kat sini,contoh waktu peperiksaan prtghn tahn kita dpt keputusan yg teruk sbbnya kita sendiri yg x bc buku(ingat dah pandai sgt la katakan)..Jadi utk priksaan akhir thn pula kita kena ubah sikap kita utk buat persediaan awal sblm pepriksaan spy x mengulangi kesilapan masa lalu....ana tahu cth ni cth biasa,so mesti ada yg ckp x bes..tpi x kisahla sbb bg ana yg biasa tu la yg ana selalu lupa....

struggles for his present day

klau hari smlm kita bljr ,hari ini kita kena usaha yg trbaik,Rasulullah pun prnh bersabda " berkerjalah seperti kamu akan hidup seribu tahun,dn beramallah seperti kamu akan mati esok hari"...jd buatlah yg terbaik pd hari ni spy hasilnya dpt kita nikmati seribu tahun....

provides hope for his tomorrow.”

yg ni mesti semua org suka,ana pun suka...angan-angan(siapala x suka angan)....angan-angan la satu perkara yg sgt nikmat dan senang...x yah keluar duit,tenaga,atau apa2 saja.....kita hny perlukan otak yg penuh imaginasi dan hati yg bersih spy angan2 kita bkn benda2 yg merepek....walaupun angan2 ni bebas tpi kita masih kena kawal angan2 kita spy angan2 kita akn mmbw kebaikan dan bkn keburukan....jgnla kita angan2 bnda yg memang kita tahu x kan jd,contohnya angan2 nak jumpa Neil Armstrong kat bulan(mustahil..mustahil)...bila kita dah impikan utk lakukan sesuatu pd hari esok maka kita kena usaha utk laksanakan..x besla klau angan2 bkn main bnyk tpi kita x usaha nak dptkannya....Jom angan-angan jom..^_^

“Dream what we want to dream, go where we want to go, be what we want to be, cause we have only one life and one chance to do all the things that we want in life, BUT make sure we have Allah The Almighty in our life!”

Ayat ni ramai org pakai,kita manusia slalu ckp 'enjoyla brother,hidup sekali je'...tpi kena ingat mati pun sekali juga brother....memang btul hidup sekali saja dan memang wajar dan sgt patut klau kita enjoy hidup yg sekali tu...tpi kena ingat biar kita enjoy dgn rahmat Allah,dgn berkat Allah dan dgn Allah sentiasa di hati kita...mksud enjoy kat sini bkn pergi disko tpi ckp dlm hati kita ingat Allah...klau ingat Allah x kan pergi punya disko tu....jd, enjoy kat sini brmaksud perjuangkan islam,bangkitkan agama Allah,buat perintah Allah dn tinggalkan semua larangan Allah...InsyaAllah klau ikhlas buat semua tu kerana Allah,Allah akan bg "keenjoyan" dlm hati kita....'Dream what we want' ,jd 'dream' la sesuatu yg hebat sprti nak gi Palestin pi lwn Israel ke..bknnya 'dream' nak kahwin dgn Angelina Jolie....'go where we want to go',tetapkan dlm hati ke mana saja kita pergi biar tempat tu bkn tmpt yg Allah larang...bnyk tempat yg elok2 yg ada utk dipergi,so pergi je la yg pasti x lggr syariat....haa yg last ni best,last but not least..'be what we wanna be'....jd la apa saja yg kita nak jd...tpi pastikan impian kita akn mnjdkan kita orang bkn beruang....jd insan yg berguna sbb "Sebaik-baik manusia ialah yg berguna kpd org lain"....

ok,mungkin takat tu je kut dpt ana kupaskan slps buh Fab+dynamo+diaia pd otak ana ni...ye la ana ni bkn la tere sgt jd kena merangkak-rangkak la tulis satu perenggan.....semoga bermanfaat buat diriku yg sering terlupa.....ok InsyaAllah jumpa lg blog...Assalamualaikum(kna ubah tabiat lama yg x bg salam)

semua yg baik itu dari Pencipta dn sgla yg buruk itu dari yg tercipta...

salam hambaAllah...

Friday 5 November 2010

Siapa kekasih kita???

Bimisllahirrahmanirahim...
Segala Pujian hny bg Allah...

Alhamdulillah arini dpt ilham ckit nk tulis dlm blog ni...Ana tahu ana ni lemah ckit dlm penulisan ni jd sgala kekurangan harap diampun...

Arini ana nk tulis tntg "SIAPA KEKASIH KITA"?....kebnykkan remaja skrg mesti akn ada yg rs kekurangan klau x da couple...mai ana bgtau kat korang semua yg semua org ada kekasih..korang jgnla sedih...kekasih ni x kan lari punya dri kita....dlm entri ni ana bgtau siapa Si Kekasih tu dan knpa Si Kekasih tu perlu kita pilih sbgai kekasih kita.....

Sebelum mula apa2 ana nk bgtau kat semua org kekasih tu apa....just nak kongsi pendpt ana...Bagi ana kekasih tu bknlah seorg lelaki @ perempuan yg mnjd couple,suami @ isteri...tapi bg ana kekasih tu ialah org yg berkongsi kasih dgn kita...contohnya klau satu jari ia akn dipanggil jari saja tpi klau bnyk jari ia dipanggil jemari....samala kalau satu ia dipanggil kasih tpi klau bnyk ia dipanggil kekasih....so melalui muqaddimah ni mesti ramai dah dpt agak kekasih apa yg ana maksudkan...ok,mari kita tgk satu persatu kekasih kita....

SIAPA kekasih kita dan KENAPA kita memilihnya?????

1) ALLAH.

mesti ramai dah agak jwpn ni yg akan tulis...ya bnda ni x dpt dinafikan langsung..Tpi ana just tulis ni nak ingatkan diri ana dan InsyaAllah org lain juga utk letakkan Allah sbgai kekasih teragung kita....jgn sesekali kita letakkan cinta lain mengatasi cinta kpd Allah...Kenapa kita perlu Allah cintakan Allah??? Analoginya,,kalau ada seseorg yg kita x prnh jumpa org ni tpi dia tahu semua apa yg kita perlukan...pastu tiap2 hari hantar kat kita bnda yg kita perlu tu...mesti dlm hati kita akan rs teringin nak jumpa org ni dan mesti kita akan sayang gila kat orang ni..ye tak??
Sama la,kita x pernah jumpa Allah pun dan kita x pernah bgtau kat Allah yg kita perlukan oksigen arini sbb arini nak bernafas..tanpa kita minta Allah bg kat kita..lg kita x pernah pun bgtau kat Allah yg kita nanti bila lahir kat dunia kita seorang bapa dan seorg ibu..Tapi Allah sediakan utk kita tanpa perlu kita minta....jadi x da sebab kita nak pinggirkan Allah sbgai kekasih kita...x da sebab utk kita bg utk tdk laksanakan perintah Allah...

So jdkanlah Allah kekasih yg teragung dlm diri kita...jgn risau x kan ada ruginya kalau kita bgtau kat suami @ isteri kita yg dia tu bkn kekasih pertama kita tapi kekasih pertama kita adlh Allah...
kalau kita ditimpa ujian yg bnyk jgnlah kata "Allah x sayang aku"...never say that...Sbb Allah sayangla Allah beri ujian spya kita mngharapkan bantuan Allah dan dekat dgn Allah...Bnyk yg Allah beri kat kita tanda kasih sayang Allah pd kita...tpi apa yg kita beri???...Cara utk kita membls cinta Allah adlh dgn buat semua perintah Allah...jgnla kita semua cari alasan utk tdk laksanakan perintah Allah...Ingatlah Allah sentiasa sayang kita....

2) Rasulullah(Nabi Muhammad s.a.w)

lps Allah jd kekasih kita yg pertama,maka kekasih yg kedua mestilah pesuruh Allah....kalau kita sayang kwn kita kerana Allah mesti kita kan sayang family dia sekali spy hubungan kita dgn kwn kita tu kekal insyaAllah....begitu juga kalau kita dah sayang dan cintakan Allah, kita kena sayangkan kekasih Allah juga iaitu Nabi Muhammad....kenapa Rasulullah kena jd kekasih kita???
sbbnya Rasulullah sayang kita..x kan la kita x sayang org yg sayang kita...Allah sayang kita , Rasulullah sayang kita , so kita pun kenala sayang Allah dan pesuruh Allah..x adil la kalau org sayang kita tpi kita x sayang mereka,kita langgar cakap mereka...sangat x adil kalau mcm tu...

Rasulullah walaupun x pernah jumpa kita, x pernah pun duduk sebelah kita sembang2 dgn kita ,knl diri kita tpi Rasulullah sgt sayang dan cintakan kita...buktinya, waktu Rasulullah wafat nama kita yang Rasulullah sebut"ummati,ummati.ummati"...bknkah kita umat Rasulullah tu...lagi satu Rasulullah dah berjuang bersungguh2 utk bw agama Allah kat kita spya kita selamat dri api neraka ...x kanla kita x sayang dan cintakan Rasulullah....Ada satu kisah seorg sahabat dtg kpd Nabi dn tanya apa yg bleh bantu dia masuk syurga sbb dia kata dia x buat pun qiam tiap2 hari dia x pun solat lama2 @ bnyk puasa sunat ke...Tapi dia meletakkan cinta kpd Allah dan Rasul paling tinggi...maka Nabi ckp dia pasti akan bersama2 org yg dia cintai di syurga nanti..maknanya dia akan bersama Rasulullah la di syurga nanti...Kita manusia yg hina ni x nak ke masuk syurga...So ayuh cintakan Rasulullah dgn jga agama yg dibawanya dan buat sunnah Rasulullah....

3) Ibu bapa.

Ok slps kekasih prtama Allah dn kedua Rasulullah skrg kekasih kita yg ketiga mestila ibubapa kita...walaupun kita rasa ibubapa x sayang kita dan kita letak org lain seleps Allah dan Rasul dan bukannya ibubapa kita ,maka kita perlu ubati hati kita...Dengan izin Allah kita x kan lahir di dunia ni tanpa ibubapa kita..ingat..ingat..ingat....Sebelum kasihkan bapa kita kena letak kasih kpd ibu dlu...kalau ckap kekasih ketiga kita ibubapa ,jd kenapa mereka yg ketiga???

haa..sbbnya mesti semua org dah tahu,sbb mereka besarkan kita...haha jwpn biasa...ye la walaupun ramai yg tahu kita kena syangkan ibubapa sbb diaorg sayangkan kita tapi ramai juga yg tinggalkan ibubapa mereka bila dah tua...bkn waktu ibu bapa tua tapi waktu ibubapa masih muda pun anak2 terutama remaja sering tinggalkan ibubapa sendirian dgn alasan ibu suka bebel bapa suka marah..mana x marahnya dah kita yg jahat sangat....cuba kita letak diri kita dlm situasi ibubapa kita yg dah penat2 besarkan kita pastu bila kita besar dah ada akal sgt la kononnya kita bantah ckp diaorg ,tengking,melepak kat luar buat keja2 merepek....itu seperti kita dah khianati ibubapa kita...cubala bayangkan kwn karib kita khianati kita mcm tu la ibubapa rasa klau kita buat jahat....setiap ibu mengandung pasti ckp kat doktor sblm lahirkan ana supaya doktor cuba selamtkan anak diorang walaupun mereka hilang nyawa....lihatla nilai kita sama dgn nyawa ibu kita...x kan x leh letak ibubapa sbgai kekasih slps Allah dan Rasul...drpada letak pakwe @ makwe bkn diaorg bg apa2 pun......ingat..ingat dan kita mesti ingat Redha Allah trletak pd redha ibubapa....

setakat ni je kut...sbnrnya klau nk list satu2 bnyk kekasih kita sbnrnya...tpi ana kongsikan tntg kekasih kita yg 3 ni je sbb yg 3 ni yg paling utama...InsyaAllah klau kita jga ketiga2 kekasih kita ni kekasih kita yg lain akan turut terjaga juga...Ana just nak ulang sekali lagi yg kekasih x semestinya pasngan hidup sama ada lelaki @ perempuan tpi kekasih ialah org yg berkongsi kasih dgn kita,yang beri kasih sayang kpd kita dan menerima kasih sayang kita....

semga entri ini bermanfaat beri peringatan kpd diri ana yg pelupa dan semga dgn izin Allah beri manfaat kpd org lain

segala yg baik itu dari Allah dan segala yg buruk itu dari diri ana sendiri...

salam hambaAllah..