Pages

ALLAH SLAVE

Nisa' Pemburu Syahid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 24 July 2011

Ditarik ke neraka kerana lalai!!!!

Bismillahirrahmanirahim....
Segala Pujian hanya bg Allah....

Segala Pujian hanya bagi Allah krna mengurniakan Rahmat kpd ana untuk ana meluangkan masa dgn blog ana hari ini....sebenarnya ana saja duk dpn laptop harini sbb nak menghilangkan 'takut'....
'Takut' sbb .......................................................?????

Semua orang sudah sedia tahu bahawa Ramadhan semakin sangat2 hampir....Walaupun Ramadhan begitu hampir dengan kita,belum tahu lagi kita sempat atau tidak untuk merasai Ramadhan....Semoga jika umur kita masih panjang,dapatlah kita merasai Ramadhan kali yg ke berapa kalinya dalam hidup kita,InsyaAllah.....Sebelum masuk topik yg ana nk cerita,ana nk ucap SELAMAT BERPUASA dan BERAMAL kepada semua umat Islam yang berada di seluruh pelosok dunia......

Wahai sahabat2 seIslam ana semua , pd hari Jumaat yg lalu ana sertai satu program kat sekolah...Seorang ustaz yg terkenal telah menyedarkan sesuatu pada ana dan sahabat2 ana....Ustaz tersebut dikenali dgn Brother Kamaruddin....Ustaz ini dahulunya seorang Kristian,namun telah memeluk Islam semasa usia remaja lagi....Keislamannya sungguh hebat malah beliau lebih hebat daripada kita yang dilahirkan dlm keluarga Islam.....

Semasa beliau menceritakan tentang kisah beliau memeluk Islam, beliau telah menyedarkan kami semua bahawa selama ini kebanyakkan umat Islam lalai untuk menyebarkan Islam....Umat Islam kini tidak berusaha untuk menyebarkan Islam kpd orang bukan Islam dalam usaha berdakwah....Mungkin ada yang berusaha melakukannya tapi tidak banyak yg melakukannya....

Kita tidak boleh kata ,seseorang bukan Islam itu hanya akan masuk apabila Allah berikan hidayah kepadanya,hal ini memang benar namun,disamping hidayah daripada Allah,ianya menjadi tanggungjawab kita juga untuk memberikan maklumat kpd mereka tentang Islam...Kita perlu ceritakan tentang kebenaran Al-Quran kpd orang bukan Islam dan membuktikan kebenaran agama Islam.....

Kata2 ustaz tersebut sungguh menusuk ke hati....

"Kalaulah saya tidak memeluk Islam dan mati sebagai seorang Kristian,apabila di akhirat nanti saya akan menarik anda semua bersama jutaan umat Islam lagi ke neraka bersama saya, kerana anda semua tidak beritahu kpd kami tentang agama yang benar menyebabkan kami kafir masuk ke neraka..."

Beliau telah mengungkapkan kata2 ini dengan nada yg sangat keras.....Astaghfirullah,ana telah lalai dlm melaksanakan amanah.....Sahabat2ku , walaupun kita telah beramal sebanyak mana sekalipun ,jika kita tidak laksanakan amanah kita untuk menegakkan agama Islam,kita tetap orang yang gagal......Kita sering menyatakan ,kita hendak menegakkan agama Allah tapi Apakah yg telah kita lakukan???Adakah cukup sekadar jaga solat kita sahaja???Adakah cukup sekadar dengan tidak mengumpat org lain??? Adakah cukup sekadar menutup aurat diri kita sahaja????Bagaimana dengan sahabat2 kita yang lain????Bagaimana dengan mereka yang bukan Islam??Bukankah mereka semua tanggungjawab kita????Ibu bapa kita,keluarga kita, sahabat kita, saudara Islam kita yg lain malah orang bukan Islam yg lain adalah tanggungjawab dan amanah kita.....Kita perlu menyampaikan Islam kepada semua orang dengan ilmu yang kita miliki....Jika ada yg cakap 'saya x cukup ilmu nak berdakwah,nanti klau berdakwah orang tanya banyak soalan ,mcm na saya nk jawab"....mudah saja jawapannya tuntutlah ilmu kerana Nabi telah bersabda : "Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang muslim".......

Tidak semestinya kita hanya layak berdakwah hanya setelah memiliki ilmu yang setinggi gunung....Walaupun dengan berbekal sebakul ilmu sekalipun kita perlu sampaikan kepada orang lain termasuk yang bukan Islam.....Semasa Nabi Muhammad menerima wahyu yang pertama,Nabi Muhammad telah berkata kpd Malaikat Jibril bahawa baginda tidak tahu membaca semasa Jibril menyuruh baginda membaca....Namun Nabi Muhammad tetap dapat menyampaikan Islam kepada masyarakat Arab jahiliah....Baginda menyampaikan apa yang telah diwahyukan oleh Allah...Jadi setelah kita menerima ajaran Rasulullah,menjadi tugas kita pula untuk menyampaikannya kepada sahabat2 yang lain......Bayangkanlah kalau kita tidak sebarkan agama Islam kepda orang lain sama ada Islam atau bukan Islam,kita yang tidak pasti mendapat syurga atau neraka akan ditarik ke neraka akibat kelalaian kita dalam menyampaikan agama Islam kepada orang lain.......Jika hari ini kita bersama sahabat2 kita bicara soal Islam kepada 10 orang bukan Islam dan daripada 10 orang, seorang telah kembali ke agama fitrah ,tidakkah agama Islam telah berkembang...apabila seorang itu memeluk Islam sudah pasti keluarganya juga akan mempunyai harapan untuk memeluk Islam.....Maka dapat berkembanglah agama Allah.....Kalau seluruh umat Islam tidak lalai melaksanakan amanah,sudah pasti ramai orang bukan Islam yang telah memeluk Islam....

InsyaAllah setakat ini yang dapat ana kongsikan....Ya Allah tetapkanlah dan kuatkanlah hati -hati kami untuk menegakkan agamaMu....kami memohon pertolonganMu Ya Allah....
Allahu Rahman,Allahu Rahim,Allahu Akbar,Allahu Aziz,Allahu Karim.......

Seek for I'lm
Spread Ad-deen

Pencari ilmu,
Mujahidah <3<3<3