Pages

ALLAH SLAVE

Nisa' Pemburu Syahid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Buku. Show all posts

Saturday, 7 May 2016

Buku Cinta!

Bismillahirahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

I have just watched , Aiman Azlan's latest video. And one of the point that catches my attention, he said in his video.
"One of the fastest way for a person to become matured is by getting married."
Because we need to deal with something called Responsibilities. And basically, we won't be able to understand those responsibilities unless we already jump into marriage life.
However, we still have the chance to prepare our mind in understanding how the responsibilities will take over through reading. ðŸ˜Š
So, I just viewed my list of books regarding love,relationship and marriage and here are few suggestions.

1) Sebelum Aku Bernikah ( Hilal Asyraf)
- Buku ni lebih menceritakan pengalaman Hilal Asyraf sendiri dalam membuat pilihan dan perbincangan dengan ibu bapa dan juga beberapa cabaran yang hadapi sebelum bernikah.
- Sentuhan ringan tentang perkahwinan tu sendiri, so have a go sebelum anda bernikah ðŸ˜Œ

2) Aku Terima Nikahnya( Ustaz Hasrizal)
- Penceritaan pengalaman besarnya tanggungjawab selepas berkahwin itu sendiri. Bagaimana kesibukan suami dan isteri dan dalam masa yang sama perlu uruskan anak-anak.
- Kita dapat rasa gambaran cabaran yang doubles up dari kehidupan seorang yang bujang kepada kehidupan berkeluarga.
Sebelum pegang tangan tuk kadi ,mungkin boleh pegang buku ni dulu 😎

3) Men are from Mars and Women are from Venus(John Gray)
-Kebenaran yang tidak dapat disangkal, selepas berkahwin ,seorang ialah lelaki dan seorang lagi ialah perempuan, jadi layanan/ penerimaan antara satu sama lain sangatlah berlainan.
- Buku ni lebih memberi kita view tentang peranan masing- masing dalam memahami each other.
And dalam hal persefahaman lelaki dan wanita ,tidak kira dalam konteks perkahwinan atau tidak, saya percaya baca buku tidak cukup, yang penting adalah communicate to each other. Just talk ,pendam-pendam susah! 🙃

4) Cinta Potato Spring( Fatimah Syarhah&Dr Farhan Hadi)
- Sebuah novel yang padat dengan ilmu. Konteks buku ni, lebih kepada pengurusan kewangan.
- Kesungguhan seseorang dalam mencari simpanan demi fikirkan masa depan untuk membina kehidupan berkeluarga.
Kalau nak cari jalan kumpul duit hantaran bolehlah ambil tips sikit dari buku ni 🤑

5) Adab An-Nikah ( ImamAl-Ghazali)
- Salah satu bab dari kitab Ihya Ulumuddin adalah bab nikah. Sentuhan buku ni bagi saya merangkumi aspek fiqh dan juga akhlak dalam perkahwinan itu sendiri bersandarkan sunnah-sunnah Rasulullah.
- Menarik juga sebab buku ini ada menceritakan Disadvantage of Marriage. Dapatlah lebih faham dan nilai kita dan perkahwinan tu bagaimana.
- Ada juga menceritakan tentang penceraian dan kisah Hassan yang sangat terkenal dengan bercerai. Nak tahu,kenalah baca 🤓

6) Our Parents (Di rumah masing-masing) 😅
- Haa, ini yang paling dekat dengan setiap dari kita, iaitu belajar dari kehidupan ibu bapa kita.
- Mereka paling dekat dan realiti kepada kita jadi bercakaplah dengan parents, bertanya pandangan mereka.
Nasihat-nasihat dari ibubapa tu simpan kemas- kemas, insyaaAllah ada rezeki lalui kehidupan berkeluarga dapatlah faham nasihat tu. ☺️
Sekian, Keep Reading! 📚

Anak Manja
Nazlina,Southampton Uk

Tuesday, 15 December 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wick

Bismillahirrahmanirahim. Segala Pujian Hanya Milik Allah

Sudah banyak feedback yang saya terima mengatakan buku ni best. Nilai kehidupan sungguh padat yang boleh dirungkai. Dalam hati dan fikiran hanya sekadar meletakkan buku ini sebagai reading list.

Belum ada inisiatif untuk membeli dan membaca. Semasa cuti musim panas di Malaysia pun, pernah Bookcafe.com.my buat jualan kombo karya Hamka, dah masuk shopping cart pun, tapi akhirnya tak beli juga. Alahai ,sayang poket sangat.

Saya meletakkan keyakinan yang penuh kepada Allah, setiap yang berlaku pasti dengan ketentuan Ilahi dan juga ada hikmah yang besar. Apabila pulang ke UK semula setelah 3 bulan bercuti, sahabat serumah sudah memiliki karya Hamka itu. Tenggelamnya Kapal Van Der Wick. Hati agak tertarik untuk meminjam. Housemate yang lain membacanya dahulu. Setelah lama dipenuhi kehidupan dengan segala kesibukan universiti. Saya membuat keputusan untuk meminjam karya ulung itu dan menggali hikmahnya.

Permulaan bab novel tersebut sedikit melambatkan proses bacaan saya kerana sasteranya yang klasik dan susah untuk difahami. Lalu saya tinggalkan bacaan buat sementara waktu. Bak kata pepatah, 'Tak kenal maka tak cinta' ,rupa-rupanya saya hanya memerlukan masa dan menelaah karya Hamka itu dengan penuh ketenangan. Semakin membaca, karya itu semakin tidak dapat saya lepaskan kerana telah jatuh cinta dengan kecantikan bahasa. Tidak ada novel-novel yang saya baca sebelum ini memiliki keindahan sastera dan bahasa yang sedemikian. Tidak wajar saya terus membuat perbandingan kerana bukanlah banyak pun novel yang saya baca. Tapi itu yang dirasai. Novel yang ada 'rasa'.

****************************************************************************

Cinta itu Oksigen kepada Hati

Secara zahir novel itu, menceritakan kisah cinta Zainuddin dan Hayati. Betapa tulusnya cinta yang mereka pertahankan sehingga akhir hayat mereka. Bagi pendapat saya, elemen kisah cinta yang dimasukkan cukup sesuai untuk mendekati pembaca supaya mesej kehidupan yang lain dapat disampaikan dalam masa yang sama. 

Kemuliaan seseorang insan tidaklah terletak pada bangsanya. Tidaklah terletak pada harta kekayaan. Jiwa pasti terbiar dengan kekosongan jika tidak dihidupkan dengan cinta. Hidup akan sentiasa dirundum kesedihan mencari kebahagiaan. Penulis memberi gambaran kepada kita bagaimana keadaan Zainuddin yang sentiasa sedih memikirkan kehidupannya yang malang.Tetapi setelah bertemu dengan Hayati ,dia seperti seseorang yang sesat di terowong gelap yang berjaya menemui cahaya jalan keluarnya.

Tetapi dalam setiap perjalanan cinta pasti punya cabarannya. Itulah kenikmatan yang dapat kita rasai setelah berjaya memiliki cinta itu nanti. Sesuatu yang diperolehi dengan pengorbanan pasti harganya juga mahal. Zainudin dihina, dikeji dan tidak diterima masyarkat Minangkabau kerana asal-usulnya tidak jelas. Ini rentetan ayah dan ibunya lain adat dan keturunan mereka. Jadi, lamaran Zainudin yang ditolak hanya ingin mempertahankan adat oleh keluarga  Hayati telah menghancurkan harapan cinta yang ingin dibina Zainudin dan Hayati. Hayati yang berada dalam kebuntuan dan tidak difahaminya ketika itu jalan kebenaran memilih untuk mengikut kata putus keluarganya mengahwini Aziz. Aziz merupakan seorang bangsawan,abang kepada sahabat baik Hayati sendiri. 

Bukan sekali Zainudin jatuh dalam kehidupannya. Tetapi dia memilih untuk bangkit setelah jatuh. Kita jatuh kerana manusia tapi kita bangkit kerana Allah. Cinta itu memberi semangat bukan melemahkan. Ujian yang Allah berikan dalam kehidupan adalah untuk kita mencari hikmah,memahami kehidupan dan menjadi seorang khalifah yang lebih baik dari semalam. Khalifah yang sentiasa berusaha menjadi hambaNya yang luar biasa,yang menjadikan ujian sebagai alat untuk dekat dengan Tuhan. 

Dengan cinta kita bertemu sinar kehidupan. Dengan cinta kita menemui tali pergantungan. Dengan cinta semangat hidup berkobar. Alangkah indahnya, cinta yang dipenuhi hati itu adalah cinta kepada Allah yang Maha Esa. Tiada kekecewaan yang dapat dirasa. 

Karya Hamka ini bukan kisah tautan fitrah hati semata-mata,malah lebih. Saya sarankan anda untuk membacanya dan rungkai hikmah kehidupan dari novel tersebut. Tidaklah saya mengagung-agungkan novel itu tanpa sebab tapi supaya kita belajar. Belajar memahami ketentuan Allah. Belajar memahami,hidup ini penuh ujian dan yakinlah kita ada Allah untuk kita bergantung. Ujian yang hadir bukan untuk melemahkan kita,tetapi untuk menjadikan kita lebih baik dan dekat dengan Allah yang Esa. Bacalah apa jua buku,karya atau novel, galilah sebanyak mungkin ilmu yang mampu. Dengan ilmu itu, teruslah menyampaikan kebenaran ilmu Allah.

Nisa Pemburu Syahid
Southampton,UK 
141215,2009