Pages

ALLAH SLAVE

Nisa' Pemburu Syahid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts

Wednesday, 26 August 2015

Dengan Allah pun nak berkira?

Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

Dengan Allah pun nak berkira ka?

Pernah dahulu sering dengar orang saling tegur, dengan Allah pun nak berkira ka?

Berkira dengan Tuhan? Macam mana tu?

Apabila ketika solat itu,dilaksanakan dengan gopoh-gapah dan nak cepat. Rasa nak baca doa cepat-cepat, then baca quran cepat-cepat nak habis. Caranya seperti ada sesuatu yang dikejar.

Apabila dilihat apa yang dikejar sangat tu, rupa-rupanya yang dikejar itu urusan dunia.

Pause sebentar. Nilai diri. " A'ah, aku pun pernah, barangkali selalu sebegitu. Lepas habis solat,doa cepat-cepat macam nak kejar sesuatu." Hati merintih menyesal.

Tapi bila check balik, sebenarnya,walaupun urusan dengan Allah diusahakan dengan cepat, ada banyak sahaja masa yang cukup untuk selesaikan urusan dunia, nak jumpa orang ke, nak buat assignment ke. Tidak terkorban pun masa sekiranya urusan dengan Allah dilaksanakan dengan tenang dan sempurna.

Buku Reclaim Your Heart yang sempat diteruskan bacaan dalam sejam perjalanan nak balik rumah, merungkai konflik yang sering difikirkan. Kenapa manusia mudah sangat lupa, kenapa kita solat dan beribadah kepada Allah ?,ya saya sebut manusia dan sudah pasti diri ini juga tidak terkecuali.

Kerana kita solat hanya supaya kita lepas satu tanggungjawab atau mungkin kita merasa solat itu satu beban. Maka bila selesaikannya dengan cepat satu beban sudah terlepas. Penceramah terkenal antarabangsa Yasmin Mogahed, mengingatkan dengan cantik mengenai betapa alpanya kita dalam memelihara hati.

Ya, kita lebih mementingkan urusan dunia berbanding urusan dengan Allah atau tidak menjadikan urusan dunia kita sebagai satu medium untuk dekat dengan Allah kerana kita gagal memelihara hati kita. Kata Yasmin Mogahed, hati kita ini umpama sebuah bot yang belayar di lautan yang merupakan dunia ini. Kita tidak tahu berapa lama kita akan berlayar di lautan kerana kita tidak tahu bila ajal kita.Maka sepanjang dilautan,kitalah yang perlu berusaha menjaga bot supaya tidak berlubang, dimasuki air dan terus karam.

Hipotesisnya, semakin banyak air yang masuk ke dalam bot ,maka tenggelamlah bot ke dalam lautan melupakan destinasinya yang sebenar. Bermakna, makin banyak dunia bertakhta di hati , karamlah kita melupakan hidup berTuhan dan tujuan asal kita di muka bumi ini. Kitalah nahkoda bot yang perlu sentiasa peka, bagi setiap kerosakan bot itu, cepat-cepat baiki.

Biasakan kita dengar, iman itu naik dan turun atau dalam bahasa arabnya ( yazid wa yankuz) ? Haa , kenapa naik dan turun?

Ulama' merumuskan, Iman kita naik dengan ketaatan dan menurun dengan maksiat. So, nak baiki hati,jom sama kita kembalikan hak kepada hati untuk bersama Pemilik Hati. :)

Yang Masih Struggle
Nisa Pemburu Syahid
260815

Saturday, 11 July 2015

Sesumpah atau Ulat Bulu Ramadan?

Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

~ ~ ~ Ramadan tiba,ramadan tiba, marhaban yaa ramadan , marhaban ya ramadan ~ ~ ~ 

Irama yang biasa kita dengar saban tahun apabila menjelang ramadan dan kini sudah pasti lagu-lagu menyambut syawal dan balik kampung pula yang sering kita dendangkan memandangkan kita sudah di penghujung ramadan.

Sambil-sambil buat kuih raya, kemas rumah, dalam perjalanan balik kampung, kita ditemani lagu menyambut syawal. Don't worry bukanlah nak kata salah, tiada masalah selagi kita tidak lalai dan leka dengan tuntutan syariat Allah. :-)

Tapi, dalam keasyikan menyambut syawal dan ramadan di penghujung kehadirannya, bagaimana agaknya ramadan kita? Apa yang dicari dalam bulan mulia ini sebenarnya? Bagaimana akhlak kita selepas ramadan?

Mungkin itu persoalan-persoalan yang kita boleh kupaskan sebagai soalan Muhasabah Ramadan 1436 hijrah ini.

***
Sesumpah kah kita ? atau Ulat Bulu kah kita?

" Asal ramadan ja ,kau jadi ustaz, asal ramadan ja keluar la tazkirah kau," 

Satu contoh skrip dari cerita Sesumpah Ramadan, malah tidak asing bagi kita dengar konsep ini. Apabila ramai yang sering persoalkan bahawa ada sesetengah pihak yang menjadi baik ,beriman,soleh/solehah hanya di bulan ramadan. 

Tetapi sebelum kita asyik melihat orang lain , analisa dahulu iman dihati, adakah ibadah sepanjang ramadan ini mampu mengubah akhlak kita? Mampukah kita istiqamah dengan amalan-amalan yang bertungkus lumus kita pulun sepanjang ramadan?

Kalau kita sesumpah ,maka akan berubahlah kita mengikut keadaan. Dalam bulan ramadan ,ramai yang buat baik, kita pun jadi baik. Ramadan dah pergi,kembalilah kita ke tabiat-tabiat buruk yang lama.

Seorang pakcik pernah berpesan, "kalau nak betul-betul hayati ramadan dan memahami makna niat ramadan, tengok akhlak dan peribadi kita selepas ramadan. Kalau berakhirnya ramadan menjadikan kita insan yang lebih dekat dengan Allah dan lebih cantik akhlak kita maka, itulah makna menahan diri yang sebenar."

Sungguh kata-kata pakcik itu, 3 bulan yang lalu begitu melekat untuk dijadikan muhasabah Ramadan kali ini. Maha Hebat Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. 

Ulat bulu mengajar kita ,walaubagaimana sekalipun keadaan iman kita memasuki Ramadan, itu bukanlah alasan untuk kita tidak memulakan langkah perubahan. Bulan Ramadan adalah tempoh usaha, tempoh mujahadah,jangka masa untuk kita lalui dan menahan diri kita dan akhirnya keluar dari kepompong dan menjadi rama-rama(akhlak) yang cantik bagi menyambut syawal. 

Dan semoga rama-rama yang lahir pada 1 Syawal nanti akan kekal kecantikan akhlaknya,ibadahnya dan hubungannya dengan Allah sebagaimana dia berjuang untuk keluar dari ulat bulu sepanjang bulan Ramadan,insyaaAllah. :'-)

Jom sama-sama kita keluar dari kepompong tabiat buruk kita dan menjadi rama-rama yang lebih cantik,InsyaaAllah.:)

Nah hadiah dari Allah ;-)
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin,lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya,lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah,lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampuan dan pahala yang besar." [ Al-Ahzab: 35]

Nisa Pemburu Syahid
Balik Pulau
120715

Friday, 26 June 2015

Sabarkah dan Ikhlaskah Kita?

Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

Hidup kita tidak pernah berhenti daripada detik belajar dan mengajar. Kalau tidak kita yang belajar sesuatu dari orang lain, mungkin ada sesuatu yang telah orang lain belajar dari kita.
Begitu juga dengan diri saya ini. Dalam masa saya belajar dari sikap dan akhlak orang lain saya juga berharap ada sesuatu yang dapat saya berikan pengajaran yang baik untuk mereka belajar dari karakter dan tindak tanduk saya.

Seseorang pernah memberitahu, sentiasalah berdoa kepada Allah, supaya setiap tindak tanduk dan peribadi kita menjadi dakwah kepada orang lain mengenal Islam. 

***

" HaHaHa, DI.KE.LUAR.KAN. dari Al-Azhar." Lelaki sepenjara itu hanya ketawa sinis sambil membacakan surat yang diterima Fahri.

Dia menyambung lagi berkata kepada Fahri, " Ini bukan qiamat Fahri,ini bukan qiamat.Allah sedang berbicara denganmu Fahri."

"Kau merasa paling benar,kau merasa paling suci,bahkan dihadapan istermu sendiri." 

Sempat sekali lelaki di penjara itu menceritakan kepada Fahri kisah Yusuf dan Zulaika.Apabila Yusuf dipenjara akibat tuduhan ingin memperkosa Zulaika. Doa Yusuf kepada Allah.

" Sekiranya kehidupan dipenjara ini lebih baik dan mendekatkan diriku kepadamu ,maka itulah yang lebih aku suka." 

"Allah sedang berbicara denganmu, Allah sedang berbicara tentang Sabar dan Ikhlas!"

"Sabar dan Ikhlas itu Islam, Fahri."

***

Ini antara skrip dalam movie Ayat-Ayat Cinta. Saya terpaku sebentar dan otak di'pause'kan sebentar apabila tiba di babak Fahri dipenjarakan. Ini kali kedua saya menonton movie ini. Dan kali ini saya cuba untuk meminta Allah mengajar sesuatu dengan menonton movie ini.

Tup..tup.. Allah gerakkan hati untuk berfikir tentang babak di penjara ini. Siapa yang nak tahu lebih dialog tu bolehlah tengok cerita tu ya. 

Sabar dan ikhlas itu Islam? Saya setuju dengan skrip sabar dan ikhlas itu Islam dan sangat cantik apabila skrip itu disuaikan dengan adegan di dalam penjara. Tetapi sungguh membuat saya terfikir, kerana selama ini,mudah sahaja untuk kita bercakap tentang sabar dan ikhlas. Sebenarnya apa itu sabar? Dan apa itu Ikhlas? 

"Hence,the moment starts! Allah nak aku cari dan faham apa itu sabar dan apa itu ikhlas.Yes this is my job." Saya hanya bercakap kepada diri sendiri.

Sungguh hidayah dan ilmu itu perlu dicari dan bukan dinanti. Pada minggu yang sama saya berfikir mengenai sabar dan ikhlas, seorang akak mengingatkan semasa kami bersama.

" Ikhlas itu seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam". Sudah pasti kalau begitu, ikhlas adalah satu yang tidak dapat dilihat. Hatta, surah kegemaran kita ketika solat yang dinamakan Al-Ikhlas, tidak pula disebut 'IKHLAS' dalam mana-mana ayat surah tersebut.

Ya, itulah ikhlas, sesuatu yang tidak nampak. Kita hanya boleh dan perlu berusaha untuk mendapatkan keikhlasan dengan niat kerana Allah. Lakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa melainkan redha Allah. Lemah dan malu apabila memikirkan tindak tanduk sendiri, kerana bahagian ini melibatkan hati.

Apa yang penting adalah usaha! Usahalah sebaiknya untuk melakukan kebaikan dan berdoa supaya apa yang kita lakukan diterima oleh Allah.

Sabar, hmmm. Umpama sabar menanti detik pulang dari UK untuk kembali ke pangkuan keluarga. Melalui hari-hari tanpa keluhan mahupun persoalan ,seperti ,"kenapa la aku beli tiket lambat?" .
Apabila kita mula memgeluh dan mempersoalkan, kurang kecantikan sabar kita. Dalam mencari makna sabar dalam diri, saya merasakan sabar adalah sesuatu perbuatan kita menahan diri dari melakukan perkara yang dilarang/tidak disukai/tidak diredhai Allah apabila sebenarnya kita mampu melakukannya.

Tamsilnya, seseorang mengejek kita dikhalayak ramai, sudah pasti kita marah dan boleh saja untuk mengutuk kembali orang tersebut. Tetapi dengan mengamalkan sabar, kita dapat menahan diri dan membalas dengan kebaikan. Hakikatnya,kita tidak akan rugi apa-apa pun jika bersabar dengan perkara tersebut.

"Maka bersabarlah Muhammad dengan kesabaran yang cantik!"

Sabar yang cantik. Cantik bagaimana? Hati kita akan memberi isyarat ketenangan.

p/s: Tulisan ini hanyalah pendapat peribadi dan sudah pasti ambik yang baik,buang yang buruk dan betulkan yang salah.

Nisa Pemburu Syahid
Penang
260615

Saturday, 16 May 2015

Ujian,Tanda Kasih Sayang Allah

 Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

Kasih sayang Allah sudah pasti mengatasi kasih sayang manusia. Saya yakin saya ada Allah yang Maha Menyayangi walau apa pun yang bakal terjadi yang di luar kemampuan diri yang lemah ini.
Berkali-kali saya mengatakan perkara ini kepada diri saya, hati kita perlu dididik dengan keyakinan kepada Allah,maka itulah yang saya cuba lakukan setelah tamat perbualan pada malam itu.

***
Malam itu,tengah saya sibuk dengan kerja-kerja persatuan serta assignment yang masih menunggu untuk dilengkapkan satu panggilan telefon yang tidak disangka-sangka mengantikan keserabutan fikiran dengan kebuntuan. 
Panggilan yang tidak disangka itu adalah daripada seseorang yang ku memanggilnya dengan gelaran 'mak'. Melihat 'MOM is calling' pada latar skrin telefon membuatkan hati aku gelisah dan teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut. Mana tidak gelisahnya, jam menunjukkan pukul 11 malam waktu UK dan itu bukanlah waktu kebiasaan mak menelefon aku. Malah,lazimnya aku yang akan membuat panggilan ke tanah air. Tetapi panggilan malam itu pelik. 

Dalam hati yang gelisah dan otak fikir macam-macam, aku menjawab panggilan itu. 

"Assalamualaikum mak." Aku cuba mendahului dalam menjawab.

"Waalaikumussalam, adik duk buat apa?" Tenang suara mak menjawab salamku. Hatiku mula tenang sedikit mendengar suara mak.

" Tengah buat kerja,assingment bagai. Mak tak biasa pun call adik time macam ni." Aku cuba menamatkan ke'curious' an nak tahu kenapa mak call.

Mak cuba berlapik menjawab pertanyaanku. "Dak, mak nak habaq ja , adik tolonglah doa kat bapa, doa bapa sihat."

Tergamam seketika ,tidak tahu nak membalas permintaan mak untuk doakan bapa tu macam mana.

Lalu aku bersuara, "InsyaaAllah, memang adik doa. Tapi awat dengan bapa?" 

" Mak ada kat hospital ni, bapa masuk hospital." Walaupun nada suara mak tetap sama tapi ada gagapnya nak ceritakan kepada seorang anaknya ni yang jauh beribu batu dari keluarga tentang keadaan bapa pada ketika itu.

Sekali lagi,terkedu,terkelu,terdiam. Dalam masa yang sama pelbagai perkara bermain di fikiran, Oh,tidak aku dah tak sanggup nak tanya apa lagi dah. Setelah terdiam beberapa saat.

"Adik doalah kat bapa,InsyaaAllah doktor kata tak dak apa,doktor nak check ja." Mak menyambung perbualan.

Aku masih terdiam.

"Tu mak call nak bagitau kat adik." Mak menyambung lagi.

"InsyaaAllah,mak. Adik selalu doakan mak dengan bapa. Apa-apa mak bagitau la kat adik. Jangan tak bagitau pulak apa-apa jadi." Dalam keadaan buntu berfikir patutkah aku balik sekarang ke Malaysia,aku cuba untuk tenang.

"Mestila mak bagitau,,sebab tu mak call ni , nak habaq. Fokus belajaq,belajaq elok-elok kat sana, jangan risau sangat,InsyaaAllah bapa ok." Sempat lagi mak berpesan ingatkan tujuan aku berada disini dalam keadaan aku memang dah nak lari balik. 

Setelah menamatkan panggilan telefon tersebut, telah aku jangka, panggilan yang aku terima time seperti ini sudah pasti ada satu berita yang tidak disangka dari keluarga di tanah air. Sebab ini jugalah aku mengambil keputusan,biar aku yang menelefon keluarga,kalau mereka yang menelefon itu sudah pasti ada berita disebaliknya.

Segala kerja terhenti malam itu dan hanya diisi dengan limpahan air mata. Ya, aku tidak tahu apa yang terbaik untuk aku lakukan ketika itu melainkan doa kepada Allah.

***
Kerana itulah saya sentiasa mendidik hati saya bahawa saya sentiasa ada Allah walau apa pun yang terjadi. Saya tidak tahu bila,ibu dan ayah yang Allah pinjamkan kepada saya selama ini akan kembali kepadaNya semula. Mungkin juga saya yang akan kembali dulu . Kita tidak tahu,bilakah perpisahan kekal antara kita dengan insan yang kita sayangi. Maka sayangilah mereka sehabisnya,semampu kita selagi kita masih berpeluang. 

Banyak berita kematian keluarga sahabat-sahabat yang didengari sejak belakangan ini. Dan sering kali dengar itu jugalah membuatkan saya terfikir,adakah saya bersedia jika Allah izinkan diri ini mendapat ujian sedemikian? Semoga kalian tabah wahai sahabat-sahabatku. Kehilangan ibu dan ayah adalah satu ujian yang besar buat anak-anak. Tetapi yakinlah dan berusahalah untuk bersama-sama mereka disyurga nanti. Allah tidak membebani kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Pasti Allah sedang mengajar kita untuk menjadi seseorang yang hebat di medan perjuangan dimuka bumi ini melalui ujian yang besar ini. 

Bersedialah kita untuk diuji. Bersedia bagaimana? Dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa memohon supaya Allah berikan kita sesuatu keperluan untuk kita menghadapi ujian Allah. Doalah diberi jalan dan kekuatan untuk menghadapi ujian bukan diminta untuk tidak diberi ujian. Ujian akan mendekatkan kita dengan kasih sayang Allah. 

Al:Baqarah,286:"Allah tidak membebani seseorang melainkan mengikut kemampuannya."

Anak yang merindui mak dan bapa
Nisa Pemburu Syahid

Wednesday, 13 May 2015

Adakah Kau Lupa?

Bismillahirrahmanirahim.
Segala Pujian Hanya Bagi Allah sekalian Alam.

Sudah lama sejak kali terakhir saya mencoretkan sesuatu di blog yang dahulunya menjadi teman setia untuk saya mengukir cerita-cerita untuk dijadikan iktibar.

"Apakah aku sudah tidak mahu mengambil ibrah kehidupan"?
"Apakah aku sudah berhenti menulis"?
"Apakah aku sudah lupa untuk berdakwah"?

Persoalan-persoalan yang akan menyerang diri saya sendiri ,tatkala saya memikirkan blog ini. Tidak,tidak dan tidak. Sering kali itu juga saya akan menafikannya sekuat mungkin di dalam hati ini. Sudah pastilah, ini adalah perniagaan saya dengan Allah. Malah, sekiranya saya tersasar sekalipun saya yakin dengan jalinan sahabat hingga ke syurga, maka pasti akan hadir sahabat-sahabat sekeliling untuk mengingatkan.

Tiada alasan lain melainkan diri sendiri. Lambat sangat nak move on ,dari kehidupan yang kononnya dikatakan sibuk. Sungguh sebenarnya saya rindu,serindunya untuk menyampai dengan menulis. Sejak saya memutuskan untuk memiliki sebuah blog dengan tujuan dakwah,disitulah bermulanya minat untuk menulis dan ingin mengejar syahid sekalipun melalui penulisan. Tetapi ,walaupun telah lama saya tinggalkan, kini adalah saat untuk saya kembali ke medan menulis ini. Ini jalan aku! 

Terlalu banyak kisah-kisah kehidupan yang dilalui hanya sekadar diceritakan iktibar kepada orang-orang tertentu tetapi sebenarnya boleh sahaja untuk diceritakan dimedium ini yang pernah saya sendiri wujudkan dalam diri supaya bermanfaat kepada lebih ramai. Sunnah  
terbesar yang akan kupertahankan sehingga kehujung nyawa,Dengan Keizinan dari Allah dan berserta segala kudrat yang Allah pinjamkan ialah dengan berDAKWAH. 

"Sampaikanlah dari ku walau satu ayat" Satu ayat yang Rasulullah ungkapkan untuk kita umat baginda sebagai seruan menyambung perjuangan Rasulullah. Bangkitlah dan saling memperingatilah sahabat-sahabat. Apa sahaja yang pernah kita lakukan dahulu untuk dakwah dan tidak lakukan lagi kini, 'pause' lah sebentar dari dunia kesibukan  untuk kita berfikir kembali kenapa kita pernah memulakan sesuatu perjalanan itu pada suatu ketika dulu? Kembalilah segarkan niat itu kembali, supaya dakwah itu tidak berhenti pada kita. 

 Dalam peringatan ini tidaklah saya menafikan bahawa tiada cara lain untuk berdakwah selain apa yang kita pernah lakukan suatu ketika dahulu tetapi sekadar peringatan kenapa kita begitu semangat  dulu tetapi tidak sekarang? Adakah kita lakukan perkara itu kerana Allah ? Kerana itu pentingnya kita muhasabah dan refresh niat atas setiap tindak tanduk kita.

Tetapi tujuan peringatan ini terlebih dahulu ditujukan kepada diri sendiri agar saya dapat beristiqamah dengan sesuatu yang saya sering lakukan dahulu. Tidakkah sesuatu amalan itu walaupun sedikit tetapi istiqamah yang lebih disukai oleh Allah. Kembalilah beristiqamah dengan sesuatu yang kita pernah beristiqamah dulu.

Qum FaAnzir! 
Bangkitlah,lalu berikanlah Peringatan!!

Nisa Pemburu Syahid

Monday, 5 January 2015

Umurku! Tarbiyyahku!

Bismillahirrahmanirahim.
Segala Pujian Hanya Bagi Allah.

Setiap kejayaan,ujian,cabaran dalam hidup tidak lain tidak bukan adalah daripada Allah. Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan untuk kita berfikir dan mengambil hikmahnya. Aku selalu tertanya,apa yang aku lalui dalam hidup bermakna kah?,sebab rasa macam tak lalui apa-apa pun. Rupa-rupanya , apabila mengenali diri sendiri yang hampir mencecah 21 tahun ini , mula ku tersedar aku seorang yang berpersonaliti "harapan tinggi" dan akhirnya akan rasa kosong apabila expectation tidak tercapai. 

Terlalu banyak yang berlaku dalam hidupku yang boleh aku kongsikan pengalamannya dengan orang lain untuk dijadikan iktibar, tapi kadang-kadang aku tinggalkan perkara kecil dan asyik mencari perkara yang besar sahaja. Mana tidaknya, hanya sedikitla yang aku nampak dalam hidup yang sedang melalui saki baki 20 tahun di muka bumi ini. Tapi Allahu Azhim, mengajar aku dengan memberi peluang aku mencari hikmah dalam setiap yang aku lalui. Tapi of course,yang akan diceritakan yang besar sahaja(dah tabiat,nak buat lagu mana? Huhu..) 

Umur 20 tahun kiranya bagi aku amatlah istimewa, mungkin bukan bagi aku sahaja berfikir begitu pasti ramai yang merasakan umur 20 itu istimewa. Itulah angka pertama melepasi umur belasan.Kebanyakkan orang akan berusaha untuk mengisi sesuatu untuk dilakukan supaya usia muda tidak disiakan. Allah izinkan aku berada dibumi UK pada usia ini. Aku yang masih banyak tidak tahu dan perlu belajar, Allah gerakkan hatiku untuk bersama-sama mengajar anak-anak kecil. Mungkin ramai juga yang telah mula mengajar tadika pada usia ini ditanah air.

Tetapi selama aku berada dalam proses mengajar,sungguh banyak perkara yang aku belajar terutama dari budak-budak yang membesarnya dengan teknologi dan kemudahan. Soalan-soalan yang ditanya oleh mereka,tiada satu pun yang tidakku sentap. Pasti sentap dulu baru boleh fikir untuk dijawab. Mendidik itu bukan sesuatu yang on the spot dapat lihat product seperti keluar dari kilang. Mendidik dan dididik itu satu proses , dan perkembangan proses itu dapat dilihat satu per satu sebelum dapat dilihat hasil akhirnya. Dan mungkin hasil akhirnya bukan disini tapi di'sana'(akhirat).
kanak-kanak girang comel yang disayangi, yang selalu menyentapkan aku.. =.= huhu...

 Setiap yang aku lalui, Allah meyakinkan hati satu per satu dalam tindakan yang aku ambil. Allah meyakinkan hati dan beri ketenangan dalam mengambil keputusan, Allah meyakinkan untuk menunaikan umrah, Allah meyakinkan untuk menukar kos dalam pembelajaran, Allah meyakinkan dengan sesuatu yang aku ingin lakukan. Alhamdulillah,keyakinan itu dihadirkan Allah dengan ketenangan hati dan kemudahan urusan. 

" Nikmat Tuhanmu yang manakah ,yang ingin kau dustakan?"(Ar-Rahman) . Selain daripada peluang mengajar budak-budak, Allah memberi peluang untuk aku dan geng rumah memasak dengan kuantiti yang sangat banyak. Ini sesuatu yang insane sebab semua yang memasak tu, baru first time masak kat uk.. Huh.. Pengalaman ini, memberi satu starter untuk aku cabar diri. Cabaran dalam memasak ni ,apabila orang yang memakan mengkritik masakan kita. Haa,disinilah cabaran utama kita macam mana kita nak respond dengan orang. Well or hell , we choose!! :D

Alhamdulillah,Allah telah izinkan aku menjejak dirumahNya pada bulan April yang lalu,malah telah aku nukilkan awal perjalanan aku menunaikan umrah dalam entri yang lepas. Masih belum tersambung perjalananku semasa berada diharamain. Tapi sebahagian dari ibrahnya akan dikongsikan disini,insyaaAllah. Panggilan Ilahi ke haramain,adalah satu panggilan yang tidak dapat aku lupakan walaupun sudah berbulan-bulan,kerana terlalu banyak Allah didik diri ini disana. Cinta kepada Allah dan Rasul tidak dapat digambarkan bagaimana rasanya semasa berada disana melainkan merasa syukur Allah hadirkan perasaan itu. Istiqamah dengan 'rasa' itu didunia sebenar, apabila ditimpa penyakit wahan itu sesuatu yang amat berat. Tiada kekuatan melainkan dari Allah.
Pemandangan Mekah dari puncak Bukit Nur

Satu nikmat yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila, sekiranya diberi ingatan yang kuat oleh Allah adalah ulangtahun masihi hari lahir aku yang ke-20 aku meraikannya dengan Rasulullah, Allah izinkan aku berada di Raudhah dan dekat dengan Rasulullah pada saat itu. Malah,Raudhah yang dikatakan sesak dan teramat ramai dan sememangnya realitinya sebegitu,Allah izinkan aku berada agak lama disitu. Tambahan , rezeki dari Allah, walaupun sudah tiba masa untuk keluar,aku disepit oleh wanita-wanita Turki dan ditolak untuk lebih kehadapan semasa di Raudhah.

Subhanallah, sungguh aku bersyukur atas nikmat dan panggilan ke haramain itu. Tetap tidak merasa puas dan ingin kembali untuk melakukan setiap satu perkara yang tidak sempat dilakukan semasa diharamain asbab ceteknya ilmuku. Betapa pentingnya ilmu, tidak cukup kita sekadar sediakan wang yang banyak sebelum bermusafir,lengkapilah perjalanan kita dengan ilmu dan kutiplah ilmu sebanyak mungkin sepanjang perjalanan.

Setiap dari cerita hidup kita yang sementara,ada hikmah disebaliknya. Bukan semata demi keseronokan. Usia muda ini jangan kita siakan dengan sesuatu yang tidak disumbangkan kepada agama Islam. "Apa yang telah aku sumbangkan pada Islam harini?" . Satu persoalan yang perlu seringkali kita tanya pada diri kita. Semangat juang para syuhada' ,ayuh kita realisasikan sebagai tindakan dan bukan hanya tinggal kata-kata dibibir.

"Dialah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu ,siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk:2)
Hidup ini adalah ujian,baik senang maupun susah. (Dokanlah aku yang ada exam minggu depan).

Mujahidah
Pencarian baru dalam umur baru,InsyaaAllah :)

Allahu Rabbuna 

Saturday, 24 May 2014

pintu taubat Allah luas bro!!

Bismillahiirahmanirahim...Segala Pujian hanya bagi Allah..
Assalamualaikum...

Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk semua manusia dan Iman yang yazid sentiasa buat semua umat Islam...Kisah sambungan perjalan Tarbiyyah Cinta Hakiki kita hold dulu,lepas exam cek cerita puas-puas..Sekarang kita fikir dan muhasabah balik hati kita dengan cerita dan huraian panjang lebaq ni.....heeeee...(actually,I should study now) :I break yang disangka sebentar...huhu.. 

hmmm...Fight diri dulu!!

Aroma nescafe Mad melingkupi ruang udara dapur mereka.
Sedang Zaf menemaninya dengan sepinggan spaghetti yang dibeli tengahhari tadi. Agaknya,terlalu sibuk mengulang kaji pelajaran sehingga lupa dimakannya tadi.

Mad dan Zaf kedua-duanya asyik melayan perasaan masing-masing.
Beberapa lama kemudian,Zaf memecahkan kesunyian.

"Mad,aku pelik la tengok mamat-mamat surau kat tempat kita la ni."

"Apa yang kau peliknya,elok ja aku tengok semua pi surau on time,study gempak,gerak kerja mantop." (Mad,salah sorang mamat surau)

Double jerk oleh Zaf," Serius kau tak perasan apa-apa kat geng mamat surau kau tu? Mai aku nak kongsi gossip dengan kau.. Ni bukan pasai study ka,pi surau ka..Ni cerita dari mata turun ke hati bro....
Hidup kat negara omputih ni,biasa laa time summer jaa memang jiwa kita lelaki sejati ni teruji...

Belum sempat Zaf sambung,Mad bersuara," Sebab tu Allah suruh tundukkan pandangan bro."

"Sabaq sat,aku perabih cerita dulu..Baguih punyaa,aku nampak geng2 surau kau tu,bila lalu sebelah minah-minah bertudung baik punyaaa tunduk pandangan sampai tak nampak orang depan jalan.Langgaq habih tiang...Sekali nampak minah saleh cun pakai miniskirt lalu,tak lekang pandangan tengok minah saleh tu sampai ternganga mulut.Ishhhh"

Zaf berhenti sambung makan spaghetti,Mad pertahankan mamat-mamat surau...
"Ish,kau salah orang kut bro. Tak baik buat fitnah bro.Ke dia tengok orang lain kat belakang minah saleh tu,kau tak tahu."-Mad

"Tak la,aku cerita ni sebab nak bagi peringatan ja bro. Walaupun aku bukan mamat surau or budak usrah macam kau,setahu aku yang jahil ni,ayat tundukkan pandangan yang Allah turunkan tu bukan tunduk bila jumpa perempuan muslim ja,semua perempuan bro,yang bertudung ka ,tak bertudung ka.Kita tetap kena jaga pandangan kita."-Zaf

"Betul-betul,aku setuju cakap kau..Siapa yang kau nampak tu?,nanti InsyaaAllah aku boleh slow talk dengan dia."-Mad

Langsung Mad menghirup nescafe yang sudah suam...

"Baguih2 aku harap dia berubah...Sebenarnya,KAU yang aku nampak tu,sampai aku lalu sebelah kau, bagi salam pun kau tak sedar."-Zaf

pffffftttt tersembur nescafe yang diminum Mad.

"Errrrrkkkk....heeeeee.....pahit sangat la kopi aku ni."-Mad

"hahaha...pintu taubat Allah luas bro!! "
~~~~~~~~
Cerita hanya sebagai hiasan..Kebanyakkan daripada kita,tidak kira wanita mahupun lelaki,hanya menitikberatkan syariat Islam ketika dalam kalangan muslim itu sendiri.Tetapi abaikannya ketika bersama dalam kalangan mereka yang belum menerima hidayah Islam lagi.

Cerita atas ni ,dikaitkan dengan lelaki..Tapi perempuan pun sama saja,kalau dengan lelaki muslim,syariat dijaga tetapi syariat diketepi bila tiada muslim disekeling..Disini menjadi persoalan,kita menjadi muslim kerana Allah atau kerana insan yang kita ingin dia melihat kita sebagai muslim???

Kita dapat nilai keikhlasan kita sebagai seorang muslim, bila kita lakukan sesuatu ditempat atau dalam sesuatu keadaan tapi meninggalkan perbuatan tu dalam situasi yang lain.Andai sesuatu itu kita lakukan kerana Allah,pasti kita akan istiqamah melakukannya tidak kira dimana dan dalam keadaan bagaimana sekalipun kita.

Ayat al-quran "Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik..." sering dijadikan hujah untuk penghijrahan seseorang terutama sekali wanita. Kenapa ayat ni dijadikan modal?? Jadi maknanya,hijrah tu sebab nak lelaki baik la kan?? Bukan kerana Allah la kan?? Lepas dah dapat lelaki baik,perempuan baik,maka akan kembali ke sifat-sifat lama. Umpama kisah kat atas,kita ambik syariat yang kita rasa berbaloi untuk diri kita pada waktu yang kita nak. Lepas tu kita tinggalkan kembali syariat.

Sedangkan,kita perlu sentiasa berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik kerana Allah.Dalam Al-quran banyak ayat yang menyebut ,Allah itu Maha Pengampun,Allah itu Maha Penerima Taubat,Allah mencintai hambanya yang bertaubat...Kenapa ayat-ayat ini tidak dijadikan modal untuk kita berubah??

Masih belum terlambat sebelum tibanya ajal dan hari akhir yang tidak kita ketahui bila,untuk kita refresh kembali niat setiap tindakan kita. Anak-anak yang kalau ibu-ibu di kampung tu cari tudung waktu Pak Haji lalu tapi rilek terdedah waktu Uncle Ah Seng lalu,kita cubala untuk ceritakan yang sebetulnya buat ibu2,makcik2,jiran kampung kita...

Hadis Rasulullah.." Setiap amal itu bermula dengan niat.."

Ambil yang baik ,buang yang buruk,betulkan yang salah.. Saya dahulukan peringatan ni untuk diri yang menulis juga untuk sahabat-sahabat yang dikasihi..Semoga bermanfaat..

Salam mujahidah
pemburusyahid

Saturday, 23 November 2013

Nikmat Allah yang manakah yang ingin kau dustakan?

Bismillahirrahmanirrahim....
Segala Pujian hanya bagi Allah...

Nak internet cari telekom,
Nak tulis dengan Assalamualaikum....

How are you doing IMAN? If you feel FUTUR please take your breakfast with amazing words from Quran everyday !! Sapu2 sikit,mop2 sikit bersihkan sawang2 kat dalam blog yg 'ditinggalkan' berbulan2...

Alhamdulillah dengan nikmat Islam dan hidup yang Allah pinjamkan sehingga ke saat untuk menulis setiap patah hingga akhirnyaa,Alhamdulillah...Matrikulasi yang ana rasakan jauh perjalanannya membuka cabang perjalanan yang lebih jauh.Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah Allah pinjamkan untuk menyambung belajar di tempat yang jauh 'sikit' dari Malaysia...

Setiap yang Allah beri adalah pada masa yang tepat...Jika dulu beriya2 nak belajar luar negara lps SPM,tetapi Allah tangguhkan rezeki untuk diri ini lebih bersedia dengan cabaran2 yang lebih hebat...Kita manusia tiada hak untuk mendustakan,menafikan setiap rezeki dan nikmat yang kita peroleh...Setiap kesusahan yang dihadapi tidak layak kita untuk mempersoalkannya....

Bila dapat seronook,bila nak pergi hati terasa teramat berat....Sebelum pergi ibuku berkali2 pesan perkara yang sama berkaitan mati...Itu yang diulang2kan,untuk memperingati anaknya...Mak-"bila pi sana,kita x tau time balik malaysia nanti sapa yang ada,sapa yang x dak,tanggungjawab belajaq tetap kita kena buat".....Setiap kali teringatkan ayat ini,beribu2 makna yang ku tafsirkan tapi Allah yang Maha Mengetahui disebalik kata2 mak itu...(sejak datang sini,dah dengar 2 berita kematian dri Malaysia)...Sempatkah aku untuk kembali ke pangkuan keluarga untuk menunaikan tanggungjawab yang tertangguh??

tu intro jaaa,sedikit perkongsian kisah hidup....yang paling utama yang nak coretkan,tanpa kita sedar kita umpama tidak mensyukuri apa yang Allah kurniakan kerana kita sentiasa meminta sesuatu yang lebih walaupun kita telah memiliki sesuatu......Kita dah dapat belajar tinggi2,pastu minta pulak nak kahwin dengan anak raja(cth yg agak over,tp nk bg view jaa,cth sebenar ada dalam hidup kita sendiri)....x salah pun nak kahwin dengan anak raja...manalah tau dah jodoh..huhu......Setiap nikmat yang kita peroleh itu ,ada hak orang lain didalamnya....Dan setiap perkongsian kita dengan orang lain,ada keberkatan di dalamnya,InsyaaAllah...

Rezeki yang kita peroleh juga mungkin menjadi medium untuk kita menjadi lebih aktif dan hebat berdakwah dengan sumbangan kita dari aspek kewangan mahupun tenaga..Apa yang penting sekarang ni macam mana kita yang uruskan rezeki kita ke mna disalurkan....Allah dah pinjamkan , kita yang perlu fikir dan bertindak....

Setiap yang kita lakukan itu,lakukanlah demi Islam kerana Allah...belajar kerana Allah, x kira belajar akauntan ka,doktor kaa,engineering kaa,arkitek kaa,belajr bidang agama ke,semuanya kerana Allah untuk membangunkan Islam...Setiap rezeki yang Allah pinjamkan supaya kita dapat jalankan tanggungjawab kita belajaq semua bidang tu demi Islam,supaya kita lebih bersyukur dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...Cuba kalau kita kena paksa belajaq semua benda tu semua then orang cakap u must do it for islam,tapi kita x dak segala keperluan ,agak2 kita akan belajar ke x atau kita akan bersyukur x dengan hidup kita?? Allah pinjamkan rezeki semua tu supaya kita sentiasa on track towards Allah....Kita yang perlu sentiasa ingatkan diri kita tentang setiap rezeki yang Allah pinjamkan dan do everything for Islam!!!

Qoute from my father>>> the only choice you have is either Do It or Just Do It!!!

 ( every second in our life is a knowledge for us,if we did nothing in that every second we gain nothing...even a dream is a lesson for us!!!!)Semoga Allah rezekikan pengakhiran yang baik dan syahid kepada semua umat Islam....

Nisa Pemburu Syahid

Wednesday, 24 July 2013

Aku Mad'u!! Aku Da'ie!!

 Bismillahirrahmanirahim...Segala Pujian Hanya Milik Allah...

Assalamualaikum warga bumi Allah sekalian....Sesuatu yang dah sangat lama bermain diminda tapi tak tertaip kat Diari Dakwah ana....tntg Aku mad'u..Aku da'ie ni 'pup' muncul kat kepala ni waktu duk sibuk2 dengan ustazah kat sekolah lama dlu,tapi kekangan diri sendiri..(malaih sangat nak menaip),ana pun biarkan jaa benda ni tersimpan rapi dalam kotak minda.....So,sekarang nak buka balik kotak tu utk dikongsikan dalam blog ni yang agak2 berhabuk tapi dah bersih skit kut...huhu...Ni muqaddimah suka-suki jaa...muqaddimah sebenar dia...haaa....nyanyi lagu kat bwh ni ~ ~ ~

Sayang ,apa khabar imanmu,
Disini kumerisaukan kaamu,
Kuharap imanmu tak kan berubah,
Kerna disana ada syurga untukmu

Teringat kat lagu ni sebab rindukan Raudhatul Iman masa kat matrik dlu(dulu laa sangat)....

Ok ,back to the topic....Apa yg ana nak kongsikan tentang Aku MAD'U dan Aku juga seorang DA'IE??
hmmm...apa ye... Perkongsian ni sekadar pandangan ana sebab ada insan yang memang menjalankan dakwah dengan bersungguh2..Menyahut hadis Rasulullah, "Siapa yang mengucap La ila ha illah,dia ialah da'ie"...Tapi dalam masa kita semua menjadi seorang da'ie,Jangan Lupa yang kita juga perlu bersedia untuk menerima nasihat orang lain dengan menjadi seorang MAD'U kepada orang yg bagi nasihat tu...Bukannya bila kita dah buat semua kerja2 dakwah kita ni dah memang perfect sampai orang teguq sikit pun kita nak meradang..Mungkin ada benda yang kita tak tahu ,orang lain tahu ...So dia bagitahu kat kita yang tak tahu ni...Kita pun kenala terima dengan baik+hati terbuka+berlapang dada.....BUKAN Menengking!!

Itu satu bab,satu lagi hal,kita ni semua ialah Mad'u kepada ilmu2 Allah yang teramat luas...Rasulullah diutus untuk menyampaikan Al-Quran kepada kita..Jadi ,apa yang perlu kita buat ??  TUNTUTLAH ILMU!!

Itu tugas kita...Jangan kedekut masa+tenaga untuk tuntut ilmu Allah...Kita ni semua juga 24 jam berada dalam tarbiyah Allah..Setiap nikmat,rezeki,kesulitan,kesakitan,kesedihan,kebahagian...Semuanya Allah bagi untuk uji kita...Tapi untuk apa Allah uji kita??

Surah Al-Mulk ayat 2: Yang menciptakan mati dan hidup,untuk MENGUJI kamu,siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia MahaPerkasa,Maha Pengampun 

Berdasarkan ayat 2 surah Al-Mulk ni kita tau Allah uji untuk melihat ,siapa di antara kita yang lebih baik amalnya ...dan satu lagi jangan kita sia-siakan setiap ujian yang Allah anugerahkan kepada kita macam tu jaa...Sebenarnya ujian yang Allah bagi tu juga untuk kita fikir,ambik iktibar dan kongsikan dengan orang lain...Dengan menghadapi ujian yang Allah bagi,kita sedang berada dalam tarbiyyah Allah..Saat ni kita ialah seorang mad'u...Bila dah harungi ujian,dah jumpa penyelesaian yang terbaik dan dah kenalpasti dah cara untuk menghindari keburukan2 semua,saat ni lah kita perlu bertindak sebagai seorang Da'ie untuk sampaikan kepada orang lain yang mungkin menerima ujian yang sama atau berbeza sekalipun..Saat ni lah dapat kita menjadi Da'ie untuk menceritakan hebatnya pergantungan kepada Allah ,mengenali Allah dengan lebih mendalam...Pada pandangan ana,setiap pengalaman dalam setiap saat kehidupan kita adalah untuk mengajar kita sebagai seorang Mad'u dan juga untuk memberi peluang kepada kita sampaikan kepada orang lain sebagai seorang Da'ie...Kepada Da'ie>>> ( Perasan tak kdg2 kita berdakwah dan ada mad'u cerita masalah atau kisah yang kita sebenarnya dh pernah lalui) .....Itulah tujuan setiap pengalaman dalam hidup kita...Cuba kalau Allah tak pernah bagi kita pengalaman untuk hadapi sesuatu mesti bila orang lain datang kepada kita , kita tak tau nak bagi penyelesaian mcm mna dan sekalipun kita boleh fikirkan penyelesaian ,akn ambik masa yang agak lama skit....

Setiap orang ada pengalaman,sharelah supaya orang lain ambik iktibar dan juga supaya pengalaman yang kita dapat tu tidak sia-sia...Nak cerita pengalaman pun tak semestinya pengalaman diri sendiri jaa...Mana tau sesetengah orang memang dia tak dak pengalaman hidup sendiri,pengalaman dia semuanya cerita drp datuk dan ayah dia jaa...Tak salah untuk dikongsikan...Make sure pengalaman yang dikongsikan tidak melibatkan privasi orang lain atau menjatuhkan air muka sapa2...Baru classs....Macam ni baru boleh jadi Mad'u and Da'ie on the same time... (^_^) Jom berusaha untuk cari pengalaman dan kongsi pengalaman yang dapat meningkatkan iman...

Jangan Kedekut Tuntut Ilmu,
Jangan Kedekut Share Ilmu!!

notajari : entri ni pandangan ana,so...salah silap minta maaf...ambil yang baik ,buang yang buruk dan betulkan yang salah.....In anything we do,make sure Syar'ie the indicator!!

Aku Mad'u,Aku Da'ie,

mujahidah.....

Friday, 23 November 2012

Sahabat!! Pandanglah PALESTINA!!!

Bismillahirrahmanirahim...

Segala Pujian Hanya Bagi Allah....

Assalamualaikum sahabat2 semua... Dengan keizinan Allah dengan kelapangan masa ni ana nak share something yg smga dgn perkongsian ni dpt menyedarkan kta drp sgala tindakan kita.......

Sekarang apa yg duk jadi kat ngara sedara kita?? haa,jawab sndiri...klau yg x tau mai nk habaq....ngara sedara kita diserang...diserang dengan musuh islam...musuh islam yg bkan calang2...tapi musuh yg kenal islam dengan cukup dripada kita sndiri yg kenal islam...sbb depa kenal islam,depa dah hancurkan kita skit2 dri dulu dan sekarang bila kita dah termakan dengan tipu daya musuh islam tuu,depa ambil kesempatan ni utk serang sedara kita yg kat PALESTIN!!!

Sekarang ni kita kata kita hanya boleh hulurkan doa untuk sahabat2 kita yg duk memperjuangkan nyawa mereka demi islam...Memang benar kita x mampu nk kesana bagi yg x mampu dan yg mampu pergi utk tlg Alhamdulillah...tapi cuba kita fikir balik,knpa kita hanya mampu berdoa??? Sebab kita dah lemah dalam memegang Islam ,kita dah kalah dengan kenikmatan hiburan..terutama sekali remaja2 Islam...Ya Allah,termasuk diri ana yg hina ni,kita semua dah gagal dengan nafsu kita sendiri...Memerangi nafsu adlah peperangan yg terhebat berdasarkan hadis Nabi tapi kita dah gagal memerangi nafsu kita sendiri....

Kita sibuk duk cari artis hensem/cute mna yg nak jdikan idola kita...sbb tu kita hnya mampu berdoa...Kita sibuk fikir apa yang orang fikir klau kita buat itu ,ini....sbb tu kita hanya mampu doa..dan kadang2 doa kita hanya bermusim ketika peperangan rancak berlaku di tanah air saudara kita..padahal peperangan x prnah berhenti di sana...Kita sibuk nk memiliki teknologi terkini....Kita sibuk memikirkan siapa bakal tulang rusuk kiri/dan siapa imam kita...sbb tu kita hanya mampu berdoa.....Semua yg ana katakan ini bukan untuk menunding kepada yg lain tapi kpd diri ana sendiri...sbb itulah Allah memilih kita hanya untuk berdoa buat saudara2 kita....

Pernah terfikir knpa mereka di PALESTIN yg dipilih untuk berperang seperti zaman Rasulullah untuk memperjuangkan agama??? Hidup mereka sejak kecil ditanam dengan benih Al-Quran....anak2 kecil kita??(fikir2kan apa yg kita sogokkan kpd anak2 kecil kita)....Mereka menyimpan Al-Quran dalam JIWA mereka....dlm JIWA kita??...Mereka hidup mencontohi Rasulullah...kita hidup mencontohi siapa??? Walaupun dalam peperangan,nyawa di hujung tanduk,mereka masih menegakkan TIANG AGAMA...kita nak mati bru nk blja solat??dah tua bru nak bertaubat???hidup hnya sekali,so kna enjoy??? Jangan lupa mereka pun hidup hanya sekali, tapi mereka yakin dengan kehidupan yg kekal abadi di AKHIRAT...di SYURGA ALLAH.....Kerana itu Allah memilih mereka untuk berperang,mendapat syahid....ya mmg benar,kita juga boleh mendapat syahid tanpa perlu berperang...tapi syahid mereka itu jelas dan nyata!!! Benar2 seperti zaman Rasulullah mereka berperang mempertahankan ISLAM yg merupakan agama kita juga...

Sahabat2 apa yg ana coretkan ni hanya untuk kita fikir dan muhasabah balik diri kita yg kita ni sebenarnya dah jauh dari Islam kita dah tenggelam dalam dunia hiburan,dunia kemewahan,dunia kenikmatan.....Kita jauh drp Al-Quran!! Kita jauh drp AJARAN Al-Quran!! Kita jauh drp mengingati Allah dan Rasul!!!

Jangan disebabkan post ni kita malah lebih jauh sbb ana katakan yg Allah x pilih kita,so kita pun terus pergi jauh dri Allah...sebenarnya 'Nasib sesebuah kaum itu ada pada kaum itu sendiri'....Ana nukilkan persoalan2 ni supaya kita semua berfikir dan muhasabah atas segala kelemahan dan kekurangan diri kita....Ana dahulukan segla persoalan ni untuk diri ana sendiri dan smga bermanfaat buat semua sahabat2 yg lain....

Teruskan Berdoa buat Sahabat2,Abang2,Adik2,Ibu2,Ayah2 kita yg sedang memperjuangkan nyawa mereka demi Islam...Walaupun dah ada gencatan senjata dan Allah juga telah berfirman dalam surah Al-Isra' bahawa umat Islam akan menang,Jangan kita berhenti berdoa...Itu satu2nya senjata kita untuk turut bersama saudara2 kita untuk berperang....

Ambil yg baik,buang yg buruk,betulkan yg salah...

salam pemburu,
mujahidah

Wednesday, 22 August 2012

Hebatnya Universiti Allah!!!

Bismillahirrahmanirrahim....
Segala Pujian Hanya Bagi Allah...

Assalamualaikum...Sebelum ana start something yg ana nk share arini,ana nak ucap Selamat Hari Raya dlu kpd semua...walaupun dah msuk raya ke-4,harap x kisah la trima ucapan ana....Semoga Allah menerima sgla amalan kita sepanjang bulan Ramadhan,InsyaAllah.....

Sedar x sahabat2 semua yg kita ni semua sebenarnya ialah mahasiswa/siswi UNIVERSITI Allah....Kita jd mahasiswa/siswi ni sampai kita meninggal dunia..Di alam 'sana' brulah kita akn dpt tahu kita berjaya ka x....Satu kisah yg menjadikan ana ter'sedar' yg ana ni mahasiswi kat universiti Allah ni waktu ana tngok video Fatimah Syarhah...drp video tu ana dpt satu ilmu berkaitan Nilai Arus dan Nilai Taqwa...Dua benda ni mnjdi kayu ukur kita kat dunia...Klau kita jenis yg suka ambik nilai arus mmg kita akn jadi orang yg paling x bahagia kat dunia ni,sbb kita hanya akan asyik dan sibuk utk penuhi kemahuan manusia semata...cthnya,klau kita berpakaian tu kita akn sentiasa dalam tanda tanya,sama ada manusia suka atau tak dengan pakaian kita,cantik ka tak pakaian kita ni...Kalau seumur hidup kita mengambil Nilai Arus mmg kita x kan tenang sampai bila2...

Tapi klau kita ambik Nilai Taqwa dalam hidup kita x perlu risau langsung tentang keperluan memenuhi manusia lain...Kita hanya perlu memenuhi kehendak Allah mengikut perintah Allah...Kita juga x perlu risau dengan memikirkan bagaimana utk memenuhi perintah Allah ni,sbb Allah dah menyatakan semua keperluan kita untuk mematuhi perintah Allah dalam surat cinta Allah(Al-Quran).....Perlu lagikah kita risau??Kita hanya perlu ikut perintah Allah sahaja....bukti Universiti Allah yg kita semua tinggal dalamnya ni hebat,sehari selepas ana belajar tntang Nilai Arus dan Nilai Taqwa scra amali,esoknya Allah bagi praktikal trus...Praktikal yg ana alami ni merangkumi kedua2nya...Nilai Arus dan Nilai Taqwa...

First,ana brada dalam satu keadaan orang duk bincang tentang kecantikan...depa duk cakap tntg orang yg depa suka n x....Pastu duk cakap tntg wajah orang tu mcm ni mcm tu..mcam2 laaa...Pastu ada pulak satu keadaan orang cakap tntg Nilai Taqwa...Kedua2nya Allah tunjuk secara praktikal direct utk kita belajar....Semua orang pasti melalui juga fasa2 sebegini cuma sedar atau tidak...Itulah hebatnya kita berada dalam Universiti Allah ini.....Satu Ilmu yg kita peroleh tapi boleh kita kaitkan dengan banyak benda dalam hidup...Dalam ilmu tu plak Allah memberi kita praktikal utk kita mengamalkan ilmu kita supaya ilmu tersebut sentiasa terpahat di sanubari....

InsyaAllah ,semoga ilmu yang kecil ini akan bermanfaat utk kita dan akan memberi saham utk kita di akhirat sana....Ambil yg baik,buang yg buruk dan betulkan yg salah...

salam mahabbah,
mujahidah....

Tuesday, 14 August 2012

Ajaibnya Al-Quran!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Pujian Hanya Bagi Allah...

Assalamualaikum dan salam mahabbah....kaifahaluk semua??? Hope ALL IS WELL,InsyaAllah....
Arini ana nak kongsikan isi daripada sebuah buku tentang Al-Quran...mungkin ramai yang dah tahu dan dah baca buku ni tpi InsyaAllah kita cuba ambik iktibar dan ibrah yang bermanfaat daripada isi yang ada..InsyaAllah...Tajuk buku tu>>>'Keajaiban Al-Quran<< @ versi english dia "The Miracle Of Quran"....

Seorang jurutera di Universiti Toronto meminati bidang psikologi.Beliau membua satu prnyelidikan dan menulis sebuah tesis yang bertajuk Keberkesanan Perbincangan dalam Kumpulan(Efficiency of Group Discussions). Tujuan oenyelidikan ini adalah bagi mengetahui dalam kumpulan seramai berapa orangkah manusia dapat berbincang secara paling berkesan.Kajian ini menyelidik kumpulan perbincangan secara paling efektif adalah seramai 2 orang sahaja.Penemuan ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan.Namun ,fakta ini terkandung dalam Al-Quran ,

Surah Saba' ayat 46.."Katakanlah wahai Muhammad ,'Aku hanya mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja iaitu,hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata2,sama ada dengan cara berdua(dengan org lain) atau seorang diri,kemudian hendaklah kamu berfikir bagi mengetahui salah atau betulnya ajaranku..."
Dalam Surah Al-Fajr ayat 7 pula,Al-Quran menyebut nama satu kota iaitu I'ram yang beerti Kota Tiang (City of Pillars).Tiada siapa yang pernah dengar nama kota ni dan menurut pakar-pakar sejarah,kota ni x pernah wujud.Tetapi akhirnya,majalah National Geographic mendedahkan kewujudan sebuah kota dalam keluaran bulan Disember 1978.National Geographic melaporkan suatu kisah yang menarik tentang runtuhan kota Elba yang ditemui di Syria.Kota ini dikenalpasti berusia 43 abad tetapi ada fakta lain yang lbih menarik..Para penyelidik menemui perpustakaan Elba yang mengandungi rekod2 transaksi perdagangannya dgn kota2 lain..Percaya atau tidak ,dalam rekod tu tercatat nama kota I'ram dan orang2 Elba pada zaman tu berdagang dengan orang2 I'ram....

ni ana ambik dri buku tu...tengoklah betapa hebatnya Al-Quran....semuanya benar tiada yang salah sbb Al-Quran ni kalam Allah...ni bru 2 cth kecil yg bagi kita nampak betapa benarnya Al-Quran dan ia bukannya rekaan Nabi,ianya Kalam Allah...wahyu yg Allah turunkan kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada kita...Dalam buku Keajaiban Al-Quran juga ada menyatakan klau la ada orang yg meragukan kebenaran Al-Quran..cabar orang tu untuk balik dan kesalahan Al-Quran sbb dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan  dalam surah An-nisa' ayat 82.." Patutkah mereka itu bersikap sedemikian dan tidak mahu memikirkan isi Al-Quran.. Kalaulah Al-Quran itu datangnya bukan dari Allah,nescaya mereka dapati banyak perselisihan dalamnya.."

Klau sahabat2 semua nak tau lagi banyak kehebatan dan keajaiban AL-Quran ni ana sarankan baca la buku 'Keajaiban Al-Quran" ni...InsyaAllah kita akan nampak betapa benarnya Al-Quran...Sangat penting untuk kita tahu isi kandungan Al-Quran supaya kita tahu apa yang Allah katakan dalam AL-Quran dan dengan cara ni la kita dapat tambahkan keimanan dan keyakinan kita dengan melihat sendiri kebesaran Allah..

Kalau kita nak bicara dengan Allah,bersolatlah..
Kalau kita nak dengar Allah bicara dengan kita,bacalah AlQuran..

joooom kita sama2 membaca dan mentadabbur Al-Quran!!!!

salam pemburu,

Mujahidah...

Sunday, 12 August 2012

Ilmu yang TERBAIK!!!

Bismillahirrahmanirahim....
Segala Pujian hanya bagi Allah..

 Assalamualaikum,salam mahabbah n selamat berpuasa....Puasa yg ke 23 ni bru sempat ana nk 'isi' blog ni dengan sesuatu yg baru....InsyaAllah ,smoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita walaupun sedikit...

Ana nak sharekan apa yg kak usrah ana sampaikan...Pengisian yg diberi tu mcm terkena tempias kat diri sendiri yg senang sgt 'jatuh'..Ana nk kongsi sbb mna la tau kut2 ada yg terkena tempias jgak kan...Kadang2 kita especially pelajar selalu susah nak buat keputusan terutama sekali nak buat pilihan bidang yg terbaik dengan kita..sbb mestila kita nak bidang yg kita ambik tu adalah bidang yg terbaik kan..So,ana pun lalui la jgak fasa memilih bidang ni...dalam duk dalam proses duk fikir punya fikir yang mana yang terbaik ni sekali Allah 'hantar' kak usrah ana sampaikan satu info skit ja tapi Alhamdulillah bermanfaat..Subhanallah,betapa besarnya nikmat Allah untuk manusia kan??...Kalau rasa2 hidup kita ni macam x adil ja..cuba tengok balik ke belakang2 kisah2 kita yang Allah dah selitkan banyak sangat bantuan Allah yang kita x sedar....

ok...bebalik psai bidang tu...waktu usrah tu naqibah ana ceritakan tentang betapa pentingnya ilmu Tauhid sbb dengan ilmu tauhid ni la kita dapat kenal Allah...dengan ilmu tauhid la dapat menguatkan keimanan dan aqidah seseorang insan..Ilmu yang menceritakan keesaan Allah ,yang mengenalkan kita dengan Allah..So bleh la kita buat conclusion ilmu tauhid fardu ain utk setiap insan....Tapi2......x kan semua orang nak blajaq ilmu tauhid ja???Ilmu len mcm na plak???x kan x yah blajaq kut??persoalan2 yang timbul dlam kepala waktu kak tu cakap mcm tu...tapi rupa2nya ana silap buat judgement,kak tu x habis cakap lg...sebenarnya naqibah ana nak sampaikan maksud dalam duk kejar ilmu2 dunia yg fardu kifayah tu kita x leh tinggal ilmu tauhid ni sbb ilmu ni adalah ilmu yang paling mulia didunia....Jadi,apa2 saja ilmu yang kita ceburi disertakan dengan ilmu tauhid,ilmu itulah yang akan jadi ilmu yang paling mulia...Mcm na nak kaitkan ilmu tauhid dengan pembelajaran kita???Itulah kita kena sentiasa mentadabbur Al-Quran supaya kita tahu apa isi kandungan Al-Quran yang sebenarnya dan barulah kita boleh kaitkan dengan apa yang kita belajar....dengan cara ni akan lebih meyakinkan kita terhadap keesaan Allah dan keimanan kita akan lebih mantop InsyaAllah....

Kalau kita adalah insan yang memang menceburi bidang agama dan belajar ilmu tauhid dengan mendalam,kita masih perlu ambil tahu ilmu2 lain walaupun sedikit supaya kita boleh beramal dengan ilmu yang kita ada dan dapat dijadikan hujah...Kita boleh jadikannya hujah untuk mengembangkan Islam...sbb zaman sekarang,kita kena kaitkan dengan bukti terutama sekali bukti melalui sains untuk meyakinkan orang lain terutama yg ahli2 pemikir ni tentang kebenaran Islam....

Konklusinya,kita kenala tuntut ilmu tauhid disamping ilmu2 fardu kifayah yg lain...Ini menjadi satu kewajipan kepada diri kita...Ana harap sahabat2 yang membaca faham dan dapat apa yang ana sampaikan ni..InsyaAllah kita sama2 berusaha untuk memahami,menghayati,mempelajari dan mengamalkan segala ilmu yang kita pelajari...Klau kita x tahu nak tuntut ilmu tauhid kat mna,kita boleh mencari melalui mana2 medium yang mudah untuk kita..Tanpa mencari kita x kan dapat apa2 pun,untuk mengenal Allah kita perlu mencari Allah melalui ilmu...InsyaAllah klau kita ada usaha ,Allah pasti beri jalan kepada kita...

Wednesday, 23 May 2012

Wahai Dae'i!!!

Bismillahirrahmanirahim...

Assalamualaikum semua..:)

Alhamdulillah Allah masih memberi keupayaan untuk update blog InsyaAllah semoga bermanfaat untuk semua makhluk..Pernah terifikir dan sering terfikir untuk deletekan blog tetapi bila nak delete ja x jadi.Mungkin Allah ingin diri ini lebih kuat dan berusaha untuk sering menarikan jari jemari bagi pengisian di blog kecil ni...InsyaAllah perkongsian ringkas hari ni sebagai penerusan blog ini masih ada...

                     Wahai Para Dae'i,kalianlah para dae'i yg ingin ku tuturkan kata2 ini termasuk hamba yg lemah ini...Kita semua daei yg memegang tanggungjawab meneruskan dakwah Rasulullah.Apa yg ingin diingatkan kpd diri ini dan semua adlah jgnlah kita para dae'i hanya menunggu insan lain yg mencari kita baru kita ingin mengeluarkan kata2 dakwah.Apabila kita jumpa sahabat seislam malah yg bukan islam sekalipun selitkan kata2 indah mengenai Islam kepada mereka bukan utk kita buat cermah free or 'bebel' x tentu pasai..tetapi sebenarnya hati2 setiap insan sedang meronta setiap saat meminta untuk seseorang mengajak mereka ke satu jalan yg dpt memberi ketenangan kepada mereka..Itulah jalan islam.

                     Pertemuan dan pengakuan beberapa orang yg Allah pertemukan dengan diri ini menyatakan perkara yg hampir sama walau dengan cara yg berbeza.Maksud mereka sama,mereka perlukan sokongan dan bimbingan dri insan yg dapat membantu mereka tetapi mereka tidak tahu bagaimana dan sentiasa merasakan mereka tidak layak untuk berada di jalan Allah.Maka setiap muslim yg mempunyai ilmu walaupun satu berkongsilah dengan insan yg memerlukannya.Bagi seseorang mungkin ilmu yg mereka peroleh itu sedikit dan tidak cukup untuk dikongsi kepada orang lain tetapi bagi pihak lain ilmu yg kita rasakan sikit itu adalah satu rahmat yg besar kepada mereka.Sepertimana kita inginkan orang lain memahami kita,kita juga perlulah buka hati kita untuk cuba memahami insan lain dengan ilmu yang kita pinjam dari Allah....

Man qaala La ila ha illallah fahuwa dae'i(barangsiapa mengucap la ila ha illallah maka dia ialah dae'i)
 
salam pemburu,
mujahidah.. 

Thursday, 29 March 2012

Musibah dan kebahagiaan itu UJIAN!!!

Bismillahirrahmanirahim....Segala Pujian hanya bg Allah...

Assalamualaikum......Alhamdulillah dpt semangat ni nk tulis utk terus2 berjuang!!! Perjuangan tidak akn pernah berakhir....keja 'tanam anggur'(menganggur) ni bnyk bg ana fikir...sbb dah x dak keja...satunya kuasa yg Allah bg aqal.....so guna power tu sehabis2.....x dak la fikir sgt pun cuma kdg2 perlu utk kita duduk bersendirian tanpa diganggu dgn apa2 kerja sekalipun utk renung perbuatan kita...InsyaAllah bila kita buat mcm tu kita akn jumpa jalan utk ke arah yg lebih baik dari sebelumnya......ana nk share skit smoga bermanfaat utk diri ana dan semua orang InsyaAllah....

Apabila kita dipuji, disanjung , dihormati , dilayan segala perbuatan kita , segala yg kita lakukan diterima orang...Apa yg kita rasa??? Mesti kita akn rasa bahagia,seronok,hepi dan seangkatan dgn dia....Mungkin ada yg akn bersyukur kpd Allah kerana nikmat yg Allah berikan tu.....tetapi tanpa kita sedar kita tidak merasai perasaan sahabat2 kita yang dihina,dikeji,disisih,segala tindakannya ditentang,dia tidak diterima msyrakat tanpa alasan.....

Ana tidak tahu prkara yg ana sampaikan ni diterima org lain atau x...tp apa yg ana dpt lihat insan2 yg diuji dengan keburukan dpt merasa bagaimana perasaan ketika menerima kebahagiaan dan dia juga dapat merasa perasaan ketika menerima kedukaan....tetapi insan yg sentiasa mendpat kebahagiaan ,dia hanya mampu merasa perasaan bahagia semata2...dia tidak dpt merasa perasaan sedih insan lain....Ini tidak bermakna orang yg selalu dpt kebahagiaan ni 'jahat' dan orang yg selalu dpt musibah ini baik.....Segala2nya bergantung bagaimana kedua2nya kembali kpd Allah atas ujian yg menimpa sama ada ujian dlm bentuk yg baik atau sebaliknya...

Bagi case yg prtama...dia asyik dipuji.dibelai,disanjung dan seangkatan dgnnya...Insan ni first of all kena la bersyukur sgt2 kpd Allah krna berikan kebaikan kpd dia....Dalam masa yg sama jgn sesekali menghina @ mengkeji orang lain yg x dpt kebahagiaan sepertimna yg diperoleh...Masa inilah seseorg itu diuji...Andai dia simpati dan membantu rakan yg ditimpa musibah itu berjayalah dia dgn ujian Allah...Andai dia termasuk dlm golongan yg menambahkan musibah kpd rakan yg lain,kalahlah dia dgn ujian.....

Bagi case yg kedua...dia mendapat ujian dlm bentuk dihina,dikeji dan seangkatan dgnnya....Satu yg perlu dia lakukan adlh tidak berputus harap dan letakkan pergantungan kpd Allah....Mohon doa kpd Allah utk berikan kekuatan menghadapi ujian ini dan memohon kebaikan dari Allah...tetapi setelah menerima kebaikan dan pertolongan Allah jgn sesekali pula lupakan Allah....Jika semasa ditimpa musibah dia menyalahkan Allah atas musibah yg ditimpanya maka kalahlah dia dgn ujian...dan jika selepas mendapat pertolongan Allah dia tidak berterima kasih kpd Allah maka kalahlah juga dia dgn ujian...Andai semasa ditimpa musibah dan selepas mendapat pertolongan Allah dia tidak pernah putus hubungan dgn Allah..maka berjayalah dia dgn ujian Allah.....

Kita ialah insan yg lemah didunia ni kena sentiasa peka dan pastikan setiap yg kita peroleh, kebahagiaan ataupun kedukaan,perkara itu akan membawa kebaikan kepada kita semula....Kita dan rakan2 kita kdg2 ditimpa musibah yg sama tetapi utk membezakan kita dan rakan2 berjaya atau tidak  menghadapi ujian itu adlah cara kita menanganinya mcm na.....Mungkin kadang2 kita fikir knpa ujian kpd kita dlm bentuk musibah tpi ujian kpd sahabat kita dlm bentuk kebahagiaan....sbb setiap dripada kita ada kemampuan masing2....Kita dapt ujian dari Allah utk dihadapi mengikut kemampuan kita.....Allah dah berfirman dalam Al-Quran..." Tidak Aku membebani hambaKu dengan ujian melainkan dia mampu"...Jadi kita bukakanlah hati kita utk tidak mempersoalkan knpa ujian sebegini yg kita dapat..malah seharusnya kita mencari jalan utk menghadapi ujian tersebut tanpa mendapat kemurkaan Allah....Wallahua'lam....

InsyaAllah ana harap sangat2 apa yg ana tulis ni akan memberi iktibar kpd diri ana sendiri dan sahabat2 yg lain....Ambil yg baik,buang yg buruk dan betulkan yg salah....

LAA YUKALLIFULLAHA NAFSAN ILLA U'SA'HA

salam jihad,
mujahidah....

Friday, 27 January 2012

Aku hanya PEMINJAM!!!!

Bismillahirrahmanirahim.....

Assalamualaikum....Alhamdulillah ana nk share something arini sblm berangkat esok.......

klau skrg ni ana sbgai seorg ex-student yg bru habis spm...soalan2 biasa yg org tnya kenala ana hadapi walaupun x sanggup nk jwb.......common questions...

' tak takut ka nk dpt result???'

'agak2 result dpt apa??'

'nanti nk smbung blajar mna??'...

tujuan ana share benda ni bukan nk marah org yg tnya atau tak bagi tnya tp ana nk kongsi skit ja brkaitan dgn hal ni.....sebenarnya slps habis exam tu kita kena serahkan semuanya pd Allah disamping kita berdoa......Ana serahkan sglanya pd Allah utk keputusan dan msa depan ana...sbb ana hidup ini hnya sbgai PEMINJAM !!! andai itu yg Allah tetapkan utk ana dan yg terbaik ana terima...Semestinya apa yg ditetapkan Allah itu lah yg terbaik.....

kita tengok analogi sbgai peminjam kat bank....klau kita nk buat pinjaman kat bank...ada syarat2 yg kita kena ikut...klau kita inginkan RM500 ribu , tak semestinya kita akn direct dpt dri bank jumlah yg kita inginkan sbb bank nk bg pinjaman kat kita pun dia akn tengok kelayakan kita...contohnya usia kita or penjamin utk kita bru la kita akn dpt pinjaman tu.....sma juga dlm urusan lain yg kita inginkan dri Allah....kita hnya PEMINJAM...wlaupun kita inginkan sesuatu kita perlu melepasi beberapa kelayakan utk kita dpt benda yg kita inginkan....

contoh yg lebih jelas yg ana bleh kongsi cth sbgai student spm......pasti semua impikan kejayaan STRAIGHT A....dan pasti itu yg dipohon kpd Allah....tp sblum Allah nk bg kat kita apa yg kita minta tu ada juga kelayakan2 dia......kejayaan yg cemerlang tu kita hnya mendpat pinjaman dri Allah jdi utk mendapat kelulusan pinjaman kita ada la syarat2nya....pasti Allah akan lihat pd bgaimna usaha kita utk mencapai kejayaan yg diimpikan???....bgaimna kesungguhan kita???...sbb tu tak semua org dpt apa yg diidamkan krna ada syarat2 yg belum sempurna utk dia dpt keinginan dia tu....kemampuan kita nk hadapi sesuatu juga bleh jdi salah satu syaratnya.....mungkin kita dah usaha keras utk dpt keputusan cemerlang dan niat pun baik tp Allah tangguhkan kejayaan kita kerana mungkin kita masih belum mampu utk memiliki kejayaan tu....
barangkali dengan kejayaan tu kita akn RIAK...barangkali kita akn jauh drp ALLAH....jdi kejayaan tu ditangguhkan sehingga kita btul2 dah mampu dan layak utk memilikinya....

 satu yg ana dpt simpulkan....ingatan utk diri ana dan sahabat2...kita kena ingat apa yg kita miliki kat dunia ni adlh pinjaman dri Allah...so itu hak Allah utk memberi dan mengambilnya dri kita....tugas kita adlh utk terus berdoa dan terus2 berusaha utk kehidupan kita sama ada di dunia atau akhirat....andai apa yg kita idamkan tidak dimiliki pasti Allah telah merancang  sesuatu yg lebih baik utk kita.....InsyaAllah smga ambil yg baik,buang yg buruk dan betulkan yg salah.....smga bermanfaat utk kita semua....

 salam PEMINJAM...

Mujahidah....