Pages

ALLAH SLAVE

Nisa' Pemburu Syahid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 24 May 2014

pintu taubat Allah luas bro!!

Bismillahiirahmanirahim...Segala Pujian hanya bagi Allah..
Assalamualaikum...

Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk semua manusia dan Iman yang yazid sentiasa buat semua umat Islam...Kisah sambungan perjalan Tarbiyyah Cinta Hakiki kita hold dulu,lepas exam cek cerita puas-puas..Sekarang kita fikir dan muhasabah balik hati kita dengan cerita dan huraian panjang lebaq ni.....heeeee...(actually,I should study now) :I break yang disangka sebentar...huhu.. 

hmmm...Fight diri dulu!!

Aroma nescafe Mad melingkupi ruang udara dapur mereka.
Sedang Zaf menemaninya dengan sepinggan spaghetti yang dibeli tengahhari tadi. Agaknya,terlalu sibuk mengulang kaji pelajaran sehingga lupa dimakannya tadi.

Mad dan Zaf kedua-duanya asyik melayan perasaan masing-masing.
Beberapa lama kemudian,Zaf memecahkan kesunyian.

"Mad,aku pelik la tengok mamat-mamat surau kat tempat kita la ni."

"Apa yang kau peliknya,elok ja aku tengok semua pi surau on time,study gempak,gerak kerja mantop." (Mad,salah sorang mamat surau)

Double jerk oleh Zaf," Serius kau tak perasan apa-apa kat geng mamat surau kau tu? Mai aku nak kongsi gossip dengan kau.. Ni bukan pasai study ka,pi surau ka..Ni cerita dari mata turun ke hati bro....
Hidup kat negara omputih ni,biasa laa time summer jaa memang jiwa kita lelaki sejati ni teruji...

Belum sempat Zaf sambung,Mad bersuara," Sebab tu Allah suruh tundukkan pandangan bro."

"Sabaq sat,aku perabih cerita dulu..Baguih punyaa,aku nampak geng2 surau kau tu,bila lalu sebelah minah-minah bertudung baik punyaaa tunduk pandangan sampai tak nampak orang depan jalan.Langgaq habih tiang...Sekali nampak minah saleh cun pakai miniskirt lalu,tak lekang pandangan tengok minah saleh tu sampai ternganga mulut.Ishhhh"

Zaf berhenti sambung makan spaghetti,Mad pertahankan mamat-mamat surau...
"Ish,kau salah orang kut bro. Tak baik buat fitnah bro.Ke dia tengok orang lain kat belakang minah saleh tu,kau tak tahu."-Mad

"Tak la,aku cerita ni sebab nak bagi peringatan ja bro. Walaupun aku bukan mamat surau or budak usrah macam kau,setahu aku yang jahil ni,ayat tundukkan pandangan yang Allah turunkan tu bukan tunduk bila jumpa perempuan muslim ja,semua perempuan bro,yang bertudung ka ,tak bertudung ka.Kita tetap kena jaga pandangan kita."-Zaf

"Betul-betul,aku setuju cakap kau..Siapa yang kau nampak tu?,nanti InsyaaAllah aku boleh slow talk dengan dia."-Mad

Langsung Mad menghirup nescafe yang sudah suam...

"Baguih2 aku harap dia berubah...Sebenarnya,KAU yang aku nampak tu,sampai aku lalu sebelah kau, bagi salam pun kau tak sedar."-Zaf

pffffftttt tersembur nescafe yang diminum Mad.

"Errrrrkkkk....heeeeee.....pahit sangat la kopi aku ni."-Mad

"hahaha...pintu taubat Allah luas bro!! "
~~~~~~~~
Cerita hanya sebagai hiasan..Kebanyakkan daripada kita,tidak kira wanita mahupun lelaki,hanya menitikberatkan syariat Islam ketika dalam kalangan muslim itu sendiri.Tetapi abaikannya ketika bersama dalam kalangan mereka yang belum menerima hidayah Islam lagi.

Cerita atas ni ,dikaitkan dengan lelaki..Tapi perempuan pun sama saja,kalau dengan lelaki muslim,syariat dijaga tetapi syariat diketepi bila tiada muslim disekeling..Disini menjadi persoalan,kita menjadi muslim kerana Allah atau kerana insan yang kita ingin dia melihat kita sebagai muslim???

Kita dapat nilai keikhlasan kita sebagai seorang muslim, bila kita lakukan sesuatu ditempat atau dalam sesuatu keadaan tapi meninggalkan perbuatan tu dalam situasi yang lain.Andai sesuatu itu kita lakukan kerana Allah,pasti kita akan istiqamah melakukannya tidak kira dimana dan dalam keadaan bagaimana sekalipun kita.

Ayat al-quran "Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik..." sering dijadikan hujah untuk penghijrahan seseorang terutama sekali wanita. Kenapa ayat ni dijadikan modal?? Jadi maknanya,hijrah tu sebab nak lelaki baik la kan?? Bukan kerana Allah la kan?? Lepas dah dapat lelaki baik,perempuan baik,maka akan kembali ke sifat-sifat lama. Umpama kisah kat atas,kita ambik syariat yang kita rasa berbaloi untuk diri kita pada waktu yang kita nak. Lepas tu kita tinggalkan kembali syariat.

Sedangkan,kita perlu sentiasa berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik kerana Allah.Dalam Al-quran banyak ayat yang menyebut ,Allah itu Maha Pengampun,Allah itu Maha Penerima Taubat,Allah mencintai hambanya yang bertaubat...Kenapa ayat-ayat ini tidak dijadikan modal untuk kita berubah??

Masih belum terlambat sebelum tibanya ajal dan hari akhir yang tidak kita ketahui bila,untuk kita refresh kembali niat setiap tindakan kita. Anak-anak yang kalau ibu-ibu di kampung tu cari tudung waktu Pak Haji lalu tapi rilek terdedah waktu Uncle Ah Seng lalu,kita cubala untuk ceritakan yang sebetulnya buat ibu2,makcik2,jiran kampung kita...

Hadis Rasulullah.." Setiap amal itu bermula dengan niat.."

Ambil yang baik ,buang yang buruk,betulkan yang salah.. Saya dahulukan peringatan ni untuk diri yang menulis juga untuk sahabat-sahabat yang dikasihi..Semoga bermanfaat..

Salam mujahidah
pemburusyahid

Wednesday, 23 April 2014

Tarbiyah Cinta Hakiki !!

Bismillahirrahmanirahim....
Segala Pujian Hanya Bagi Allah Maha Esa....

 Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah kepada Ilahi atas nafas yang dipinjamkan hingga kini. Masih mampu mengupdte blog....Banyak post2 di blog yang tergendala akibat virus sibuk,ada malas sikit....huhu... dan yang paling dinanti2,ialah aku nak mulakan penulisan diblog bg tahun ni dengan sesuatu yang paling istimewa dalam hidup....MasyaaAllah,Allah izinkan hari tu tiba...wlaupun tahu tajuk ni akan menyebabkan smua post2 tergendala tpi x kisah yang penting tajuk ni...Jumpa cinta,jumpa kekasih siapa tak mau...So,kena laa peng'update'annya pun kena special....

Cinta siapa yang dh jumpa?? Macam mana boleh jumpa?? Kat mana jumpa?? Subhanallah , kembara ke Baitullah , ke 2 tanah haram (Haramain) satu tempat bertemu dengan cinta yang sangat indah . Setiap detik dan saat sebelum jejak ke tanah haram hati memang sangat berdebar-debar(mcm dlm movie hero jumpa heroin :P )...Itulah perasaannnya...Even sebelum pergi ke Baitullah ada kelas,ada coursework segala bagai,tapi MasyaaAllah Allah bagi satu perasaan yang sangat tenang tapi hati berdebar ,mmg tak fikir langsung pasal exam ka,assignment ka...Satu perasaan yang menjelma jugak ,adalah satu perasaan yang merasakan," Aku ni macam dah x kan balik uk dah ni,aku tak rasa lepas ni aku masih ada kehidupan kat sini"....

Lufthansa Airlines
                                                
                                                          <3 bertemu="" cinta="" p="" tapak="">

Allah izinkan utk perjalanan aku ke rumahNya penuh dengan pengisian..Ok,kitorang naik Lufthansa airlines,Alhamdulillah quite best...Perjalanan dari London ke Franfort utk transit,disebabkan kitorang check in kat airport terus so akan dapat random seat,memang tak kan tau nak kena duk sebelah siapa dan ditambah pulak aku special case kena check in sorang(ada jugak special case sama macam aku)...Of course something yg aku harap orang yang duk sebelah aku adalah insan normal dan perempuan....MasyaaAllah ,Allah Maha Melindungi aku dapat seat tengah dan kiri kanan aku dua2 minah saleh...Alhamdulillah betapa besar nikmat Allah permudahkan urusan,pasti kerana ibu dan ayahku yang x putus2 doa untuk aku....Tu baru dari London,sejam ja nak ke Frankfort,haa cabarannya lagi 5 jam dari Frankfort nak ke Jeddah lagi laa membuatkan butterfly tak henti2 terbang dalam perut.Agak2 time tu la yang nak lelapkan mata pun,tapi Subhanallah,MasyaaAllah,Alhamdulillah Allah izinkan seorang wanita dari Ethiopia yang bernama Aden...Dia dalam perjalanan dari California untuk ke Ethiopia nak jumpa parents dia...MasyaaAllah,banyak yang aku belajar dengan Allah izinkan aku duduk sebelah dia....Kalau masa tu asyik berdebar ja hati nak jejak Tanah Haram memang nak tegur orang pun tak laa,kalau time biasa pun malas tegur,time tu lagi laa...

Tapi betapa bersyukurnya aku kerana Allah beri tarbiyah sebelum aku sampai ke rumah Allah..Dari malam x makan ,so aku bawa keluarla kindeer bueno dari bag makan sorang2...Lepas berapa lama sikit,partner flight aku tu,dia bawa keluar kacang,second thing yang dia buat lepas dia makan is tanya aku nak ke x...gulllppp memang tertelan air liur,malu...Dengan reaksi muka yang dia x nampak,aku cakap tak nak....Dari situ laa mula conversation kitorang,dan kali ni aku yang cuba tegur dia sebab memang terkesan dengan teguran Allah mula2....MasyaaAllah,bila dah tanya nama ,asal dari mna,dia selesa untuk cerita sikit pasal family dia,so aku tadah je telinga ambil manfaat apa yang boleh.....So,lepas dah makan semua...dan dah nak dekat sampai miqat untuk berniat ihram aku pun just get ready dgn wuduk sekadar mampu then bila back ke tempat duduk,MasyaaAllah Allah ilhamkan satu semangat tetiba nak cerita pasal Islam kat dia...So,tanpa melepaskan peluang yang Allah bagi dengan dia pun excited mendengar aku cerita tntang wanita dan aurat,tntg prgi umrah ni nak buat apa,cerita tntg apa x leh buat dalam ihram(mcm terover) tpi Alhamdulillah dia dngaq denga baik dan dia terima...

Lepas bercerita sudah tiba masanya dia tidak melepaskan peluang untuk bercerita dengan aku,maka bermulalah cerita mengenai Kristian...MasyaaAllah dia cerita lagi banyak dri aku....dah termalu for the second time.....betapa jahilnya mengenai agama sendiri.....Macam mna nak teruskan perjuangan berdakwah Rasulullah??  Allah sedang menegur dan mendidik..MasyaaAllah....Dan semua yang dia cerita mengenai Kristian (the real Kristian from old testament) memang samala dengan ajaran Islam,especially bab perempuan kena cover the whole body,cannot wear something that attract men's attention,cannot wear perfumes....Tapi dia kata,people will follow this only when they want to go to the church,and she said ,she didn't practice it in her life though.....Bila kita fikir balik,kalau kita umat Islam tidak mengamalkan Islam secara syumul,kita sama ja la dengan mereka yang lain yang tidak mengEsakan Allah sebab kita hanya ambil sebahagian dan hanya amalkan di certain tempat yang kita rasa kita nak amalkan....Jadi macam mana kita nak pelihara diri kita kat akhirat nanti untuk buktikan kita Islam kalau amalan kita didunia sama seperti seorang yang bukan Islam...Tapi ,Alhamdulillah dia hanya bercakap mengenai kristian yang amalkan religion di church sahaja,dan dia memuji Islam(dia ada muslim's friend in California that give her this perception) ,dia kata dia nampak Islam as an identity...

Masyarakat kenal Islam melalui perlakuan dan peribadi,bukan dengan kita tunjuk identity card yang tertulis Islam, orang tau kita Islam...Tapi dengan amalan kita,melalui akhlak kita yang kita contohi dari Rasulullah,dari kalamullah yang kita sentiasa jadikan hujah kita,dengan hati yang sentiasa kita basahkan dengan zikrullah,dengan lembut tutur kata kita...Bagi wanita,pasti kita dikenali sebagai wanita Islam seandainya aurat kita itu kita jaga dengan sempurna.Dengan memelihara mahkota wanita(aurat) itulah kita dikenali sebagai seorang Islam..MasyaaAllah,aku bersyukur kerana Allah penuhkan perjalanan aku untuk bertemu dengan kekasih di sebuah tempat yang indah dengan teguran dan didikan untuk dijadikan satu pengajaran dan untuk memperbaiki diri...SubahanaAllah,makin berdebar-debar hati saat tu...

Semoga Allah berkati dan rahmati penulisan ini...Semoga dengan penulisan ini akan menambahkan keimanan diri ini dan orang lain kepada Allah...This is not the end,ni baru flight sampai ke Jeddah...Masih banyak pengajaran dan tarbiyah yang ,InsyaaAllah akan cuba dicoretkan supaya tarbiyah di haramain ini bermanfaat untuk semua dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila dengan izinNya,InsyaaAllah... <3 div="" islam="">

Orang tgok movie aku tgok map ja dri awal smpai last(smbil chitchat)
Airport jeddah

Khairun Nas,Anfa'uhum Linnas !!
(Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada yang lain)
                                      
Ambil yang baik,buang yang buruk,betulkan yang salah...
Seek Al-Ilm!! Spread Ad-Deen!!

salam pemburu,
mujahidah

Tuesday, 31 December 2013

RISE melabuhkan tirai coretan MEMORI 2013!!

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim....Segala Pujian Hanya Milik Allah...

Gula yg paling manis adalah gula jenama Ukhuwwah!!
Ambik overdose insyaaAllah x kena diabetes tapi addiction...

Gula ni saya dah terambik lebih wktu program RISE,that is Rehlah Insaniah Seluruh England....Rasanya ni bukan something saya rasa sendiri tapi semua yang pergi RISE pun akan rasa nikmat ukhuwwah ni..Sebab Allah satukan kita dalam majlis ilmu,walaupun kita kenal walau 3 hari basically,rasa seolah dah kenal lama...

Dan benda yang paling saya suka dan Alhamdulillah ingat lagi ialah seorang sahabat yang share ilmu waktu makan...
Ni dialog dia tp edited but maksud sama insyaaAllah...

"Apa fungsi 'dengan'..Kata hubung kan,means 'dengan' ni mesti digunakan untuk gabung 2 perkataan contoh Abu dengan Bakar bla..bla...Ayam dengan Itik.....tapi cuba tengok kalimah 'Bismillahirrahmanirahim' bermula dengan 'ba' yg berbaris bawah kan yang membawa maksud dengan...kenapa depan kalimah Bismillah x dak apa2 yang menghubungkan...Itu bermakna setiap perbuatan kita ,anything yang kita buat boleh digabungkan dengan kalimah Bismillah...perbuatan kita yang menjadi subjek gandingan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"....-shared by Nana(kumpulan Duku)

Another thing that really make me inspired of course tema utama RISE..(the chronicles of the red sea)...kisah Nabi Musa.....Dalam kisah Nabi Musa ,sebelum Nabi Musa berlawan dengan Firaun,Nabi Musa berhijrah dan Nabi Musa lalui banyak ujian,berlapar,kena jalan jauh....Semua ujian ni is a preparation untuk Nabi Musa nak hadapi Firaun nanti..Nabi Musa waktu tinggal dengan Firaun pun dia jauh dengan mak dia..Dia tahu Firaun tu memang bukan ayah dia pun...Kalau kita letak diri kita kat tempat Nabi Musa pun berat sangat ujian tu....So,apa yang ana rasa kita boleh ambil iktibar especially yang study jauh2,jauh dari family,jauh dari suasana yang kita impikan,sebenarnya Allah yang hantar kita ke tempat yang kita ada sekarang untuk mem'prepare'kan diri lepas balik kat tempat sendiri nanti...Specifically yang study luar negara,Allah sedang prepare kita untuk masa depan,untuk kita mengubah negara kita nanti...(maksud ayat ni not to say anyone as Firaun,tp kita semua ialah Musa yang sedang disiap sediakan untuk membelah kejahilan)...

Segala sifat2 yahudi,munafik yang Ustaz Ridha(Penceramah RISE) dah sedarkan kita tentang masa ,tepati janji,disiplin,sangatlah rugi kalau kita hanya amalkan ketika berada di negara2 barat saja sebab tak nak jadi asing dari mereka and bila balik negara sendiri amal balik segala tidak tepati masa,x disiplin segala bagai...We have to be Ghuraba'(asing) everywhere we are with the right guidance from Quran and Sunnah....walaupun perkara biasa kalau x on time dalam kalangan kita,we have to change that because perkara  yang biasa is not usually the right thing..

Dengan tarbiyah ukhuwwah terbina,dengan tarbiyyah dapat kita mengenal erti ukhuwwah kerana Allah....

p/s:coretan hanya sekadar perkongsian kecil supaya memori and ilmu yang dah dapat tidak lesap kerana terlalu asyik memikirkan hal dunia..Semoga perkongsian yang sedikit dapat memberi manfaat kepada diri sendiri and orang lain insyaaAllah....

Setiap kata2 ditujukan kepada diri sendiri terlebih dahulu dan sahabat2 insyaaAllah...
Ambil yang baik...Buang yang buruk...betulkan yang salah....<3 br="" islam="">

video penutup rise 2.0......

"Barangsiapa yang Allah beri petunjuk maka dialah yang mendapat petunjuk,dan barangsiapa yang disesatkan Allah maka merekalah orang yang rugi"-AlA'raf:178....Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk...

Khawlah Al Azwar...Ainul Mardhiyah...Nabi Musa....

-2014- new year-new age-nearer to death-

salam pemburu,
mujahidah..

Saturday, 23 November 2013

Nikmat Allah yang manakah yang ingin kau dustakan?

Bismillahirrahmanirrahim....
Segala Pujian hanya bagi Allah...

Nak internet cari telekom,
Nak tulis dengan Assalamualaikum....

How are you doing IMAN? If you feel FUTUR please take your breakfast with amazing words from Quran everyday !! Sapu2 sikit,mop2 sikit bersihkan sawang2 kat dalam blog yg 'ditinggalkan' berbulan2...

Alhamdulillah dengan nikmat Islam dan hidup yang Allah pinjamkan sehingga ke saat untuk menulis setiap patah hingga akhirnyaa,Alhamdulillah...Matrikulasi yang ana rasakan jauh perjalanannya membuka cabang perjalanan yang lebih jauh.Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah Allah pinjamkan untuk menyambung belajar di tempat yang jauh 'sikit' dari Malaysia...

Setiap yang Allah beri adalah pada masa yang tepat...Jika dulu beriya2 nak belajar luar negara lps SPM,tetapi Allah tangguhkan rezeki untuk diri ini lebih bersedia dengan cabaran2 yang lebih hebat...Kita manusia tiada hak untuk mendustakan,menafikan setiap rezeki dan nikmat yang kita peroleh...Setiap kesusahan yang dihadapi tidak layak kita untuk mempersoalkannya....

Bila dapat seronook,bila nak pergi hati terasa teramat berat....Sebelum pergi ibuku berkali2 pesan perkara yang sama berkaitan mati...Itu yang diulang2kan,untuk memperingati anaknya...Mak-"bila pi sana,kita x tau time balik malaysia nanti sapa yang ada,sapa yang x dak,tanggungjawab belajaq tetap kita kena buat".....Setiap kali teringatkan ayat ini,beribu2 makna yang ku tafsirkan tapi Allah yang Maha Mengetahui disebalik kata2 mak itu...(sejak datang sini,dah dengar 2 berita kematian dri Malaysia)...Sempatkah aku untuk kembali ke pangkuan keluarga untuk menunaikan tanggungjawab yang tertangguh??

tu intro jaaa,sedikit perkongsian kisah hidup....yang paling utama yang nak coretkan,tanpa kita sedar kita umpama tidak mensyukuri apa yang Allah kurniakan kerana kita sentiasa meminta sesuatu yang lebih walaupun kita telah memiliki sesuatu......Kita dah dapat belajar tinggi2,pastu minta pulak nak kahwin dengan anak raja(cth yg agak over,tp nk bg view jaa,cth sebenar ada dalam hidup kita sendiri)....x salah pun nak kahwin dengan anak raja...manalah tau dah jodoh..huhu......Setiap nikmat yang kita peroleh itu ,ada hak orang lain didalamnya....Dan setiap perkongsian kita dengan orang lain,ada keberkatan di dalamnya,InsyaaAllah...

Rezeki yang kita peroleh juga mungkin menjadi medium untuk kita menjadi lebih aktif dan hebat berdakwah dengan sumbangan kita dari aspek kewangan mahupun tenaga..Apa yang penting sekarang ni macam mana kita yang uruskan rezeki kita ke mna disalurkan....Allah dah pinjamkan , kita yang perlu fikir dan bertindak....

Setiap yang kita lakukan itu,lakukanlah demi Islam kerana Allah...belajar kerana Allah, x kira belajar akauntan ka,doktor kaa,engineering kaa,arkitek kaa,belajr bidang agama ke,semuanya kerana Allah untuk membangunkan Islam...Setiap rezeki yang Allah pinjamkan supaya kita dapat jalankan tanggungjawab kita belajaq semua bidang tu demi Islam,supaya kita lebih bersyukur dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...Cuba kalau kita kena paksa belajaq semua benda tu semua then orang cakap u must do it for islam,tapi kita x dak segala keperluan ,agak2 kita akan belajar ke x atau kita akan bersyukur x dengan hidup kita?? Allah pinjamkan rezeki semua tu supaya kita sentiasa on track towards Allah....Kita yang perlu sentiasa ingatkan diri kita tentang setiap rezeki yang Allah pinjamkan dan do everything for Islam!!!

Qoute from my father>>> the only choice you have is either Do It or Just Do It!!!

 ( every second in our life is a knowledge for us,if we did nothing in that every second we gain nothing...even a dream is a lesson for us!!!!)Semoga Allah rezekikan pengakhiran yang baik dan syahid kepada semua umat Islam....

Nisa Pemburu Syahid

Wednesday, 24 July 2013

Aku Mad'u!! Aku Da'ie!!

 Bismillahirrahmanirahim...Segala Pujian Hanya Milik Allah...

Assalamualaikum warga bumi Allah sekalian....Sesuatu yang dah sangat lama bermain diminda tapi tak tertaip kat Diari Dakwah ana....tntg Aku mad'u..Aku da'ie ni 'pup' muncul kat kepala ni waktu duk sibuk2 dengan ustazah kat sekolah lama dlu,tapi kekangan diri sendiri..(malaih sangat nak menaip),ana pun biarkan jaa benda ni tersimpan rapi dalam kotak minda.....So,sekarang nak buka balik kotak tu utk dikongsikan dalam blog ni yang agak2 berhabuk tapi dah bersih skit kut...huhu...Ni muqaddimah suka-suki jaa...muqaddimah sebenar dia...haaa....nyanyi lagu kat bwh ni ~ ~ ~

Sayang ,apa khabar imanmu,
Disini kumerisaukan kaamu,
Kuharap imanmu tak kan berubah,
Kerna disana ada syurga untukmu

Teringat kat lagu ni sebab rindukan Raudhatul Iman masa kat matrik dlu(dulu laa sangat)....

Ok ,back to the topic....Apa yg ana nak kongsikan tentang Aku MAD'U dan Aku juga seorang DA'IE??
hmmm...apa ye... Perkongsian ni sekadar pandangan ana sebab ada insan yang memang menjalankan dakwah dengan bersungguh2..Menyahut hadis Rasulullah, "Siapa yang mengucap La ila ha illah,dia ialah da'ie"...Tapi dalam masa kita semua menjadi seorang da'ie,Jangan Lupa yang kita juga perlu bersedia untuk menerima nasihat orang lain dengan menjadi seorang MAD'U kepada orang yg bagi nasihat tu...Bukannya bila kita dah buat semua kerja2 dakwah kita ni dah memang perfect sampai orang teguq sikit pun kita nak meradang..Mungkin ada benda yang kita tak tahu ,orang lain tahu ...So dia bagitahu kat kita yang tak tahu ni...Kita pun kenala terima dengan baik+hati terbuka+berlapang dada.....BUKAN Menengking!!

Itu satu bab,satu lagi hal,kita ni semua ialah Mad'u kepada ilmu2 Allah yang teramat luas...Rasulullah diutus untuk menyampaikan Al-Quran kepada kita..Jadi ,apa yang perlu kita buat ??  TUNTUTLAH ILMU!!

Itu tugas kita...Jangan kedekut masa+tenaga untuk tuntut ilmu Allah...Kita ni semua juga 24 jam berada dalam tarbiyah Allah..Setiap nikmat,rezeki,kesulitan,kesakitan,kesedihan,kebahagian...Semuanya Allah bagi untuk uji kita...Tapi untuk apa Allah uji kita??

Surah Al-Mulk ayat 2: Yang menciptakan mati dan hidup,untuk MENGUJI kamu,siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia MahaPerkasa,Maha Pengampun 

Berdasarkan ayat 2 surah Al-Mulk ni kita tau Allah uji untuk melihat ,siapa di antara kita yang lebih baik amalnya ...dan satu lagi jangan kita sia-siakan setiap ujian yang Allah anugerahkan kepada kita macam tu jaa...Sebenarnya ujian yang Allah bagi tu juga untuk kita fikir,ambik iktibar dan kongsikan dengan orang lain...Dengan menghadapi ujian yang Allah bagi,kita sedang berada dalam tarbiyyah Allah..Saat ni kita ialah seorang mad'u...Bila dah harungi ujian,dah jumpa penyelesaian yang terbaik dan dah kenalpasti dah cara untuk menghindari keburukan2 semua,saat ni lah kita perlu bertindak sebagai seorang Da'ie untuk sampaikan kepada orang lain yang mungkin menerima ujian yang sama atau berbeza sekalipun..Saat ni lah dapat kita menjadi Da'ie untuk menceritakan hebatnya pergantungan kepada Allah ,mengenali Allah dengan lebih mendalam...Pada pandangan ana,setiap pengalaman dalam setiap saat kehidupan kita adalah untuk mengajar kita sebagai seorang Mad'u dan juga untuk memberi peluang kepada kita sampaikan kepada orang lain sebagai seorang Da'ie...Kepada Da'ie>>> ( Perasan tak kdg2 kita berdakwah dan ada mad'u cerita masalah atau kisah yang kita sebenarnya dh pernah lalui) .....Itulah tujuan setiap pengalaman dalam hidup kita...Cuba kalau Allah tak pernah bagi kita pengalaman untuk hadapi sesuatu mesti bila orang lain datang kepada kita , kita tak tau nak bagi penyelesaian mcm mna dan sekalipun kita boleh fikirkan penyelesaian ,akn ambik masa yang agak lama skit....

Setiap orang ada pengalaman,sharelah supaya orang lain ambik iktibar dan juga supaya pengalaman yang kita dapat tu tidak sia-sia...Nak cerita pengalaman pun tak semestinya pengalaman diri sendiri jaa...Mana tau sesetengah orang memang dia tak dak pengalaman hidup sendiri,pengalaman dia semuanya cerita drp datuk dan ayah dia jaa...Tak salah untuk dikongsikan...Make sure pengalaman yang dikongsikan tidak melibatkan privasi orang lain atau menjatuhkan air muka sapa2...Baru classs....Macam ni baru boleh jadi Mad'u and Da'ie on the same time... (^_^) Jom berusaha untuk cari pengalaman dan kongsi pengalaman yang dapat meningkatkan iman...

Jangan Kedekut Tuntut Ilmu,
Jangan Kedekut Share Ilmu!!

notajari : entri ni pandangan ana,so...salah silap minta maaf...ambil yang baik ,buang yang buruk dan betulkan yang salah.....In anything we do,make sure Syar'ie the indicator!!

Aku Mad'u,Aku Da'ie,

mujahidah.....

Sunday, 30 June 2013

Jalinan Kasih

Bismillahirrahmanirahim...Segala Pujian hanya bagi Allah...

Assalamualaikum wahai kertas maya buat coretan jari menaip keyboard.....Kesempatan yang Allah beri ditengah malam melayan coretan2 yang ditulis sahabat-sahabat seperjuangan sebelum alam maya ni kukenali...huhu....tajuk Jalinan Kasih ni bukanlah butik pengantin ye...Jalinan Kasih yang ana nak coretkan adalah jalinan kasih yang Allah lemparkan kasih sayang kedalam hati ana dan sahabat-sahabat untuk kami bina ukhuwwah hanya keranaNya.....

Ukhuwwah yang terbina dengan adik-adik di KMPP pada bulan lepas sangat terkesan dihati..Sebelum amanah itu dipikul masih belum terasa tanggungjawab itu....Tapi mulai 27 Mei 2013 ,apabila mendapat adik-adik sebagai amanah dari ibubapa mereka,dari kolej dan yang lebih nyata adalah daripada Allah amanah itu mulai terasa beratnya..Beratnya amanah untuk memberi bimbingan dan perkongsian-perkongsian yang dapat membantu mereka untuk menjadi insan yang terbaik buat ummah,dalam masa yang sama untuk memperbaiki diri dan menjadi teladan buat adik-adik..22 insan mulia yang hadir dalam hidupku selama seminggu ,Allah yang telah hadirkan mereka dalam hidup ini untuk membimbing dan terbimbing sekali...Amanah itu lebih terasa berat setelah meninggalkan mereka setelah seminggu..Kerana setelah tinggalkan mereka itulah amanah yang sebenar...betul atau tidak tunjuk ajar yang diberi??.betul atau tidak teladan?? betul atau tidak jalan yang ditunjukkan?? Segala2nya menjadi persoalan..Kesusahan mereka dapat dirasai sama,namun untuk membantu tak mampu.. Semoga adik-adik berjaya di KMPP ya..dan semoga Rahmat dan Hidayah Allah sentiasa bersama adik-adik....

Special to adik-adik yang akak sayang,akak tulis entri ni sebenarnya untuk adik-adik sebab dah sebulan akak tinggalkan 'amanah' akak di KMPP untuk adik-adik berdiri belajar manis,masam,masin,pahit kehidupan.....Mungkin adik-adik tak baca entri ni tapi akak yakin 'signal' rindu telah akak hantar ke KMPP untuk adik-adik..harap2 sampai...huhu....Waktu kita bersama kali terakhir tu akak pernah cakap yang setiap daripada adik-adik akak ni ada kelebihan masing-masing tapi akak x cakap pun apa kelebihan tu...sebabnya akak nak adik-adik kenal sendiri dengan kelebihan adik-adik,barulah adik-adik akn dapat menfaatkan kelebihan adik-adik tu...Tapi dengan menulis entri special ni akak nak rungkaikan kelebihan adik-adik yang akak sangat kagum supaya klau2 sapa2 yang terbca entri ni dalam kalangan adik-adik dapatlah kenali sahabat2 dan diri sendiri..(klau ada yang x kenal lagi)...huhu...tapi adik2 ni apa yg akak nmpak la sepanjang kita bersama,adik2 pasti lebih kenal dengan diri sendiri kaaannn.....

Akak nak mula dengan shima dlu,shima tegas dan tetap pendirian....so,shimaa mesti sng buat keputusan. dan satu lgi tegas dlm keayuan....shafiqah berani tampil kehadapan seblum org len klau ada apa2 dan berani suarakan pndapat....syazwan pula seorang yang ceria dn sgt teror english,nanti ajar akak yg lemah ni ye...fakruddin pandai buat lawak (klau gabung dgn syazwan sgt sesuai) dan sgt kreatif dalam bg idea...afiqah pula pandai menyampaikan cerita mcm ada ciri2 pengajar....syamira pula akak nmpak mcm ada gaya pandai berbahasa dn kreatif...sasi seorang yang smart,kata2 sasi tersusun dan brkeyakinan....farhana seorang yang bersungguh2 sntiasa berusaha untuk maju kedpn....rinafarhana pula sangat ayu dan ada senyuman yg manis...aina ada gaya kepimpinan dn pandai brcakap...(org yg pndai brckp x semestinya perlu bnyk ckp kaan)...hock seng , first time dh nmpak gaya seorg yg rajin dan ada ciri2 boleh memimpin jugak....syafini seorang yg kreatif dan pandai bermain dgn bahasa yg berbunga2 dn hati lembut....Nanie, akak nmpak kelembutan hati nanie dan nanie ni mcm boleh dn senang sesuaikan diri kat mna2...nisha ,seorang yg aktif dan suka keluarkn pndangan...it really help in conversation....ainy,pemalu tapi senang mesra klau dh approach dia dn lembut jgak...aqasha,nmpak semngat nak belajar bersungguh2 dn akak rsa aqasha ni pendengar yg setia jgak....Bismi,bnyak idea dalam pikiran dia..so kak harap bismi akan lontarkan idea2...bismi nmpk gaya mcm seorg pemikir...hafiz pula, nmpk tegas dn gaya orang rajin dan akak yakin hafiz msti rajin dn hafiz ada ciri2 untuk bgi nasihat kat org dn hati yg lembut.....khalisah seorang yg ayu dan pendiam n khalisah ada senyuman yg manis.....syatul pandai bawa diri dn peramah jugak dn stu lg akak nmpak syatul ni rajin jgak...addina,seorang yg hati dan karakter yg lembut dan senang nk terima pndgn org dn berkongsi dgn org lain...fattah pula, watak ikut keadaan mcm boleh sesuaikan watak ikut mna yg sesuai..pendiam, pandai berckp bila dh mula brckp dn kreatif.....last but not least,shikin,aina,dn twins(aqilah dn athirah) akak minta maaf sbb kita kenal sekejap sgt tapi akak yakin korang pun mesti ada kelebihan yg hebat.........Akak saja jaa buat entri ni sebagai kenangan akak bersama2 dgn adik2 semua.....All the best ya adik2...dalam apa2 yg kita buat,kita lakukan dengan bersungguh2 yaaa....Adik2 pasti ada kelebihan2 lain yg lebih hebat dan bermanfaat untuk org lain,ini hanya daripada apa yg akak sempat rungkaikan....Semoga ukhuwwah dan tautan kasih yg terbina berkekalan hingga ke syurgaNya...InsyaaAllah...

Kepada adik2 yg muslim.....Salam Ramadhan buat adik2,semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya..Dalam mengejar kejayaan dunia kita jgan abaikan bekalan kita untuk akhirat ye...Amalan2 yang kita sempat kumpul di persinggahan didunia inilah kejayaan yg sebenar di akhirat kelak....Setiap perintah Allah tunaikan dengan baik dan ikhlas yaa....Dan ilmu akhirat pun jangan tinggal sebab klau x dak ilmu kita x dapat nak kumpul bekalan dengan sebaiknya untuk hari akhirat nanti....Sama-sama kita kejar Syurga ya..
(^_^)...

notajari : entri kali ni special untuk adik2 akak di kmpp....jadi minta maaf yaa klau pengisian ni manfaatnya kurang...segala kedhaifan dari diri yg lemah ini....

Segalanya daripada Allah...ambil yg baik,buang yg buruk,betulkan yg salah....

salam bakal jenazah,
mujahidah...

Wednesday, 12 June 2013

sis....waaa nk crita skiiitt.......(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim.....Segala Pujian hny Bagi Allah...

Assalamualaikum blogku yg telah sengajaaa kutinggalkan kira2 hmpir setahun wlaupun ada gak update skit2....sori blog...ada tanggungjawab yg lbih besar....(senyum sengih bajet mcm besaq sgt).....'org len pun ada tuntutan bljaq gaak' ....fuh ~ ~ tersentap disiitu....ana ni klau buat something trlebih fanatic skit....so,disebabkn ana trlalu fanatic utk menulis blog sblum msuk matrik dlu....takut kewajipan diabaikan...so, trpaksa laaa korbankan something.....rilek2 x yah luah bnyk sgt...haha....

Aura utk mnjadi penulis kembali,Alhamdulillah syukran ya Allah atas nikmat ini....Salam rindu petang....huhu... Petang yg sunyi diisi dgn vico panas yg hmmmm marvellous.....menggerakkan ana utk crita skit kat sini.....mai2 dngaq waa nk setoorriiii......haha...

x de setori pun.....(ayat biasa org yg nk crita akn ckp...---perkara biasa---).....Alkisah mambang bermulanyaaa bgini....seorang budak yg bru berusia 2 tahun fuh mngajaq ana yg bagi rasa tersentap bagai kena hempap dgn apa2 jaa laa,bantai kutt...huhu...

kita semua tau kan,apatah lagii yg bakal2 psikologis tu...klau dgn budak2 setiap perbuatan kita depa observe dn depa akn tiru....yaa2...semua tau bnda tu tp agak2 bila kita duduk dgn budak2 ni kita ingat x nk jaga karakter2 kita yg depa akn teladani tu...haa....kisaahnyaa...budak ni tiba2 handphone ana ada kat tgn diaa...ana x kisah sangat budak2 ambik h/p anaa tpi ana kisah budak ni ambik sebab budak comei tu ada sejarah telah mengancurkan h/p mama dia sampai mama dia terpaksa tukaq 2 kali h/p....jaadii disebabkan x sanggup nk melihat kehancuran h/p (dh x dak duit nk beli bru deh).....ana pun terus merampas dari tangan budak tu.....

"toksahla ambik cm tu,hg bagi balik kat dia...minta elok2 dari dia" abang ana jerit dari belakang....

 "awat plak?? dia baling satgi habih aah".....ana yg x sanggup nk bagi balik.....pastu abang ana pun cakap laa....ya laa klau hg ambik main rampas jaaa nanti lepas ni dia pulak jadi perampas...orang ambik barang diaa,dia rampas jaa nanti dari org tuu....

ana terus terdiam  x tau nk balas apa walaupun selalu akn lwan balik dgn abang ana...cuma kali ni terdiam,terkaku,terbeku...apa yg telah aku tunjukkan kat budak tuu...nanti dia ikut cara tuu ,ana yg salaaah besaaq..... Moral of the setoorii is......Kita x cukup sekadar TAHU kita mesti FIKIR dan MAHU buat apa yang kita TAHU......Tak cukup setakat TAHU untuk menjadi Khudwah Hasanah(teladan baik) kepada orang lain walaupun tntg sekecil2 benda tapi mesti kena MAHU laksanakan dengan baaaiik....

Sama juga klau kita dalam konteks Islam yg lebih luas....setiap daripada kita muslimin dan muslimah sekalian...kita ialah MODEL-MODEL ISLAM....setiap tindak-tanduk kita adalah dakwah kepada sekecil-sekecil bayi hinggalah kepada setua-tua orang tua....(ayat yg lbih mudah semua lapisan umoq laa)....Nak jadi MODEL Islam kena ada ilmu...JOM MENUNTUT ILMU!!! ;-)

hanya perkongsian kecil dari ana setelah lama blog ini ditinggalkan...InsyaaAllah semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dn permudahkan urusan.... Semoga semua mndapat iktibar dan dapat mengamalkan untuk sama2 kita mnjadi muslim terbaik... (y).....

sat..sat...last satu perkongsian Hadis Rasulullah s.a.w yg tercinta...

       "Ada seorang lelaki bertanya kepada al-Bara' bin A'zib..Adakah wajah Rasulullah seperti pedang?..Al-Bara' menjawab,Tidak,wajah beliau bahkan seperti rembulan" ....(^__^)
                                                                               riwayat Tirmizi dan Bukhari 

salam pemburu....