Pages

ALLAH SLAVE

Nisa' Pemburu Syahid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 16 May 2015

Ujian,Tanda Kasih Sayang Allah

 Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

Kasih sayang Allah sudah pasti mengatasi kasih sayang manusia. Saya yakin saya ada Allah yang Maha Menyayangi walau apa pun yang bakal terjadi yang di luar kemampuan diri yang lemah ini.
Berkali-kali saya mengatakan perkara ini kepada diri saya, hati kita perlu dididik dengan keyakinan kepada Allah,maka itulah yang saya cuba lakukan setelah tamat perbualan pada malam itu.

***
Malam itu,tengah saya sibuk dengan kerja-kerja persatuan serta assignment yang masih menunggu untuk dilengkapkan satu panggilan telefon yang tidak disangka-sangka mengantikan keserabutan fikiran dengan kebuntuan. 
Panggilan yang tidak disangka itu adalah daripada seseorang yang ku memanggilnya dengan gelaran 'mak'. Melihat 'MOM is calling' pada latar skrin telefon membuatkan hati aku gelisah dan teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut. Mana tidak gelisahnya, jam menunjukkan pukul 11 malam waktu UK dan itu bukanlah waktu kebiasaan mak menelefon aku. Malah,lazimnya aku yang akan membuat panggilan ke tanah air. Tetapi panggilan malam itu pelik. 

Dalam hati yang gelisah dan otak fikir macam-macam, aku menjawab panggilan itu. 

"Assalamualaikum mak." Aku cuba mendahului dalam menjawab.

"Waalaikumussalam, adik duk buat apa?" Tenang suara mak menjawab salamku. Hatiku mula tenang sedikit mendengar suara mak.

" Tengah buat kerja,assingment bagai. Mak tak biasa pun call adik time macam ni." Aku cuba menamatkan ke'curious' an nak tahu kenapa mak call.

Mak cuba berlapik menjawab pertanyaanku. "Dak, mak nak habaq ja , adik tolonglah doa kat bapa, doa bapa sihat."

Tergamam seketika ,tidak tahu nak membalas permintaan mak untuk doakan bapa tu macam mana.

Lalu aku bersuara, "InsyaaAllah, memang adik doa. Tapi awat dengan bapa?" 

" Mak ada kat hospital ni, bapa masuk hospital." Walaupun nada suara mak tetap sama tapi ada gagapnya nak ceritakan kepada seorang anaknya ni yang jauh beribu batu dari keluarga tentang keadaan bapa pada ketika itu.

Sekali lagi,terkedu,terkelu,terdiam. Dalam masa yang sama pelbagai perkara bermain di fikiran, Oh,tidak aku dah tak sanggup nak tanya apa lagi dah. Setelah terdiam beberapa saat.

"Adik doalah kat bapa,InsyaaAllah doktor kata tak dak apa,doktor nak check ja." Mak menyambung perbualan.

Aku masih terdiam.

"Tu mak call nak bagitau kat adik." Mak menyambung lagi.

"InsyaaAllah,mak. Adik selalu doakan mak dengan bapa. Apa-apa mak bagitau la kat adik. Jangan tak bagitau pulak apa-apa jadi." Dalam keadaan buntu berfikir patutkah aku balik sekarang ke Malaysia,aku cuba untuk tenang.

"Mestila mak bagitau,,sebab tu mak call ni , nak habaq. Fokus belajaq,belajaq elok-elok kat sana, jangan risau sangat,InsyaaAllah bapa ok." Sempat lagi mak berpesan ingatkan tujuan aku berada disini dalam keadaan aku memang dah nak lari balik. 

Setelah menamatkan panggilan telefon tersebut, telah aku jangka, panggilan yang aku terima time seperti ini sudah pasti ada satu berita yang tidak disangka dari keluarga di tanah air. Sebab ini jugalah aku mengambil keputusan,biar aku yang menelefon keluarga,kalau mereka yang menelefon itu sudah pasti ada berita disebaliknya.

Segala kerja terhenti malam itu dan hanya diisi dengan limpahan air mata. Ya, aku tidak tahu apa yang terbaik untuk aku lakukan ketika itu melainkan doa kepada Allah.

***
Kerana itulah saya sentiasa mendidik hati saya bahawa saya sentiasa ada Allah walau apa pun yang terjadi. Saya tidak tahu bila,ibu dan ayah yang Allah pinjamkan kepada saya selama ini akan kembali kepadaNya semula. Mungkin juga saya yang akan kembali dulu . Kita tidak tahu,bilakah perpisahan kekal antara kita dengan insan yang kita sayangi. Maka sayangilah mereka sehabisnya,semampu kita selagi kita masih berpeluang. 

Banyak berita kematian keluarga sahabat-sahabat yang didengari sejak belakangan ini. Dan sering kali dengar itu jugalah membuatkan saya terfikir,adakah saya bersedia jika Allah izinkan diri ini mendapat ujian sedemikian? Semoga kalian tabah wahai sahabat-sahabatku. Kehilangan ibu dan ayah adalah satu ujian yang besar buat anak-anak. Tetapi yakinlah dan berusahalah untuk bersama-sama mereka disyurga nanti. Allah tidak membebani kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Pasti Allah sedang mengajar kita untuk menjadi seseorang yang hebat di medan perjuangan dimuka bumi ini melalui ujian yang besar ini. 

Bersedialah kita untuk diuji. Bersedia bagaimana? Dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa memohon supaya Allah berikan kita sesuatu keperluan untuk kita menghadapi ujian Allah. Doalah diberi jalan dan kekuatan untuk menghadapi ujian bukan diminta untuk tidak diberi ujian. Ujian akan mendekatkan kita dengan kasih sayang Allah. 

Al:Baqarah,286:"Allah tidak membebani seseorang melainkan mengikut kemampuannya."

Anak yang merindui mak dan bapa
Nisa Pemburu Syahid

Wednesday, 13 May 2015

Adakah Kau Lupa?

Bismillahirrahmanirahim.
Segala Pujian Hanya Bagi Allah sekalian Alam.

Sudah lama sejak kali terakhir saya mencoretkan sesuatu di blog yang dahulunya menjadi teman setia untuk saya mengukir cerita-cerita untuk dijadikan iktibar.

"Apakah aku sudah tidak mahu mengambil ibrah kehidupan"?
"Apakah aku sudah berhenti menulis"?
"Apakah aku sudah lupa untuk berdakwah"?

Persoalan-persoalan yang akan menyerang diri saya sendiri ,tatkala saya memikirkan blog ini. Tidak,tidak dan tidak. Sering kali itu juga saya akan menafikannya sekuat mungkin di dalam hati ini. Sudah pastilah, ini adalah perniagaan saya dengan Allah. Malah, sekiranya saya tersasar sekalipun saya yakin dengan jalinan sahabat hingga ke syurga, maka pasti akan hadir sahabat-sahabat sekeliling untuk mengingatkan.

Tiada alasan lain melainkan diri sendiri. Lambat sangat nak move on ,dari kehidupan yang kononnya dikatakan sibuk. Sungguh sebenarnya saya rindu,serindunya untuk menyampai dengan menulis. Sejak saya memutuskan untuk memiliki sebuah blog dengan tujuan dakwah,disitulah bermulanya minat untuk menulis dan ingin mengejar syahid sekalipun melalui penulisan. Tetapi ,walaupun telah lama saya tinggalkan, kini adalah saat untuk saya kembali ke medan menulis ini. Ini jalan aku! 

Terlalu banyak kisah-kisah kehidupan yang dilalui hanya sekadar diceritakan iktibar kepada orang-orang tertentu tetapi sebenarnya boleh sahaja untuk diceritakan dimedium ini yang pernah saya sendiri wujudkan dalam diri supaya bermanfaat kepada lebih ramai. Sunnah  
terbesar yang akan kupertahankan sehingga kehujung nyawa,Dengan Keizinan dari Allah dan berserta segala kudrat yang Allah pinjamkan ialah dengan berDAKWAH. 

"Sampaikanlah dari ku walau satu ayat" Satu ayat yang Rasulullah ungkapkan untuk kita umat baginda sebagai seruan menyambung perjuangan Rasulullah. Bangkitlah dan saling memperingatilah sahabat-sahabat. Apa sahaja yang pernah kita lakukan dahulu untuk dakwah dan tidak lakukan lagi kini, 'pause' lah sebentar dari dunia kesibukan  untuk kita berfikir kembali kenapa kita pernah memulakan sesuatu perjalanan itu pada suatu ketika dulu? Kembalilah segarkan niat itu kembali, supaya dakwah itu tidak berhenti pada kita. 

 Dalam peringatan ini tidaklah saya menafikan bahawa tiada cara lain untuk berdakwah selain apa yang kita pernah lakukan suatu ketika dahulu tetapi sekadar peringatan kenapa kita begitu semangat  dulu tetapi tidak sekarang? Adakah kita lakukan perkara itu kerana Allah ? Kerana itu pentingnya kita muhasabah dan refresh niat atas setiap tindak tanduk kita.

Tetapi tujuan peringatan ini terlebih dahulu ditujukan kepada diri sendiri agar saya dapat beristiqamah dengan sesuatu yang saya sering lakukan dahulu. Tidakkah sesuatu amalan itu walaupun sedikit tetapi istiqamah yang lebih disukai oleh Allah. Kembalilah beristiqamah dengan sesuatu yang kita pernah beristiqamah dulu.

Qum FaAnzir! 
Bangkitlah,lalu berikanlah Peringatan!!

Nisa Pemburu Syahid

Monday, 5 January 2015

Umurku! Tarbiyyahku!

Bismillahirrahmanirahim.
Segala Pujian Hanya Bagi Allah.

Setiap kejayaan,ujian,cabaran dalam hidup tidak lain tidak bukan adalah daripada Allah. Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan untuk kita berfikir dan mengambil hikmahnya. Aku selalu tertanya,apa yang aku lalui dalam hidup bermakna kah?,sebab rasa macam tak lalui apa-apa pun. Rupa-rupanya , apabila mengenali diri sendiri yang hampir mencecah 21 tahun ini , mula ku tersedar aku seorang yang berpersonaliti "harapan tinggi" dan akhirnya akan rasa kosong apabila expectation tidak tercapai. 

Terlalu banyak yang berlaku dalam hidupku yang boleh aku kongsikan pengalamannya dengan orang lain untuk dijadikan iktibar, tapi kadang-kadang aku tinggalkan perkara kecil dan asyik mencari perkara yang besar sahaja. Mana tidaknya, hanya sedikitla yang aku nampak dalam hidup yang sedang melalui saki baki 20 tahun di muka bumi ini. Tapi Allahu Azhim, mengajar aku dengan memberi peluang aku mencari hikmah dalam setiap yang aku lalui. Tapi of course,yang akan diceritakan yang besar sahaja(dah tabiat,nak buat lagu mana? Huhu..) 

Umur 20 tahun kiranya bagi aku amatlah istimewa, mungkin bukan bagi aku sahaja berfikir begitu pasti ramai yang merasakan umur 20 itu istimewa. Itulah angka pertama melepasi umur belasan.Kebanyakkan orang akan berusaha untuk mengisi sesuatu untuk dilakukan supaya usia muda tidak disiakan. Allah izinkan aku berada dibumi UK pada usia ini. Aku yang masih banyak tidak tahu dan perlu belajar, Allah gerakkan hatiku untuk bersama-sama mengajar anak-anak kecil. Mungkin ramai juga yang telah mula mengajar tadika pada usia ini ditanah air.

Tetapi selama aku berada dalam proses mengajar,sungguh banyak perkara yang aku belajar terutama dari budak-budak yang membesarnya dengan teknologi dan kemudahan. Soalan-soalan yang ditanya oleh mereka,tiada satu pun yang tidakku sentap. Pasti sentap dulu baru boleh fikir untuk dijawab. Mendidik itu bukan sesuatu yang on the spot dapat lihat product seperti keluar dari kilang. Mendidik dan dididik itu satu proses , dan perkembangan proses itu dapat dilihat satu per satu sebelum dapat dilihat hasil akhirnya. Dan mungkin hasil akhirnya bukan disini tapi di'sana'(akhirat).
kanak-kanak girang comel yang disayangi, yang selalu menyentapkan aku.. =.= huhu...

 Setiap yang aku lalui, Allah meyakinkan hati satu per satu dalam tindakan yang aku ambil. Allah meyakinkan hati dan beri ketenangan dalam mengambil keputusan, Allah meyakinkan untuk menunaikan umrah, Allah meyakinkan untuk menukar kos dalam pembelajaran, Allah meyakinkan dengan sesuatu yang aku ingin lakukan. Alhamdulillah,keyakinan itu dihadirkan Allah dengan ketenangan hati dan kemudahan urusan. 

" Nikmat Tuhanmu yang manakah ,yang ingin kau dustakan?"(Ar-Rahman) . Selain daripada peluang mengajar budak-budak, Allah memberi peluang untuk aku dan geng rumah memasak dengan kuantiti yang sangat banyak. Ini sesuatu yang insane sebab semua yang memasak tu, baru first time masak kat uk.. Huh.. Pengalaman ini, memberi satu starter untuk aku cabar diri. Cabaran dalam memasak ni ,apabila orang yang memakan mengkritik masakan kita. Haa,disinilah cabaran utama kita macam mana kita nak respond dengan orang. Well or hell , we choose!! :D

Alhamdulillah,Allah telah izinkan aku menjejak dirumahNya pada bulan April yang lalu,malah telah aku nukilkan awal perjalanan aku menunaikan umrah dalam entri yang lepas. Masih belum tersambung perjalananku semasa berada diharamain. Tapi sebahagian dari ibrahnya akan dikongsikan disini,insyaaAllah. Panggilan Ilahi ke haramain,adalah satu panggilan yang tidak dapat aku lupakan walaupun sudah berbulan-bulan,kerana terlalu banyak Allah didik diri ini disana. Cinta kepada Allah dan Rasul tidak dapat digambarkan bagaimana rasanya semasa berada disana melainkan merasa syukur Allah hadirkan perasaan itu. Istiqamah dengan 'rasa' itu didunia sebenar, apabila ditimpa penyakit wahan itu sesuatu yang amat berat. Tiada kekuatan melainkan dari Allah.
Pemandangan Mekah dari puncak Bukit Nur

Satu nikmat yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila, sekiranya diberi ingatan yang kuat oleh Allah adalah ulangtahun masihi hari lahir aku yang ke-20 aku meraikannya dengan Rasulullah, Allah izinkan aku berada di Raudhah dan dekat dengan Rasulullah pada saat itu. Malah,Raudhah yang dikatakan sesak dan teramat ramai dan sememangnya realitinya sebegitu,Allah izinkan aku berada agak lama disitu. Tambahan , rezeki dari Allah, walaupun sudah tiba masa untuk keluar,aku disepit oleh wanita-wanita Turki dan ditolak untuk lebih kehadapan semasa di Raudhah.

Subhanallah, sungguh aku bersyukur atas nikmat dan panggilan ke haramain itu. Tetap tidak merasa puas dan ingin kembali untuk melakukan setiap satu perkara yang tidak sempat dilakukan semasa diharamain asbab ceteknya ilmuku. Betapa pentingnya ilmu, tidak cukup kita sekadar sediakan wang yang banyak sebelum bermusafir,lengkapilah perjalanan kita dengan ilmu dan kutiplah ilmu sebanyak mungkin sepanjang perjalanan.

Setiap dari cerita hidup kita yang sementara,ada hikmah disebaliknya. Bukan semata demi keseronokan. Usia muda ini jangan kita siakan dengan sesuatu yang tidak disumbangkan kepada agama Islam. "Apa yang telah aku sumbangkan pada Islam harini?" . Satu persoalan yang perlu seringkali kita tanya pada diri kita. Semangat juang para syuhada' ,ayuh kita realisasikan sebagai tindakan dan bukan hanya tinggal kata-kata dibibir.

"Dialah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu ,siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk:2)
Hidup ini adalah ujian,baik senang maupun susah. (Dokanlah aku yang ada exam minggu depan).

Mujahidah
Pencarian baru dalam umur baru,InsyaaAllah :)

Allahu Rabbuna 

Tuesday, 23 December 2014

RISE, will always be my wake up call !! #RISE

Bismillahirrahmanirahim.Segala Pujian hanya milik Allah ya Hamid.

Dengan kuasa Allah ya Jami' mengikat hati-hati kami semua yang berada di RISE14,merupakan sebuah nikmat yang besar dari Allah. Insan-insan yang  terpilih lebih jelas lagi sebenarnya diPILIH oleh Allah  tidak kira apa latar belakang kita,asal-usul kita untuk dijentik hidayah dalam hati kita. 

Sebagaimana Rasulullah bersabda,mafhumnya:
Daripada Abu Hurairah,
" Barangsiapa yang dilehendaki kebaikan kepadanya oleh Allah,maka akan difahamkan agama kepadanya". Juga disebut dalam surah Al-An'am ayat 125.

Ya Allah ,ya Syakur . Sungguh saya teramat bersyukur dengan Allah mengizinkan saya untuk hadir ke RISE buat kali kedua.  Lazimnya(mengikut pengalaman), kalau sesuatu perkara itu dilakukan lebih daripada sekali ,first kita hanya akan mendapat peringatan untuk mengukuhkan apa yang diperoleh daripada yang pertama kali atau keduanya sekadar mendapat perasaan bosan dengan perkara yang berulang itu. Tetapi ,inilah kekuatan,kenikmatan yang Allah beri dalam kita mendekati agama Islam. Setiap perkara yang berulang itu,ada sesuatu yang lain yang Allah ingin tunjukkan kepada kita supaya kita belajar,belajar dan terus tenggelam dalam keghairahan belajar. Tetapi semua itu berlaku hanya sekiranya kita berfikir dengan hati.

Fikiran hatiku mengatakan kepuasan dan bersyukur datang RISE sebagai fasi dan juga peserta. Allah memberi kepuasan bila dapat berada dalam dua keadaan yang berbeza. Apabila aku memilih untuk menjadi fasi dengan izin Allah, aku tahu aku perlu 'lebih' peserta daripada peserta Rise sendiri,maknanya aku kena pastikan diri aku sendiri feel lebih dalam setiap aktiviti. Bagi aku benda tu penting because if we want to give people something ,we need to have that thing more. So,that apa yang kita dapat pun bertambah-tambah kerana itulah konsep ilmu. The more we find,feel, the more we can give and the more we will get,insyaaAllah.

Apa lagi yang kita inginkan diRiSE ini kalau bukan kefahaman agama itu sendiri kan? Telah hadirnya kita ke rise dalam apa jua keadaan keterpaksaan sekalipun pada awalnya ,ini adalah sebuah didikan daripada Allah, supaya sudah CUKUP! untuk selama ini kita hanya menumpang nama IZZAHnya(mulianya) Islam tanpa kita sendiri menyumbang apa-apa kepada agama. Sehingga bila lagi kita hanya ingin menjadi pihak yang melihat dari luar medan perjuangan tanpa melakukan apa-apa??
Itulah tangungjawab kita semua,graduan RISE semuanya dari pengarah rise,semua ajk,fasi sehingga peserta semua sekali jangan biarkan apa yang diperoleh di Rise hanya simpan kat kita seorang sahaja. 

Teruskan ke next step after knowing and feel. Starts to share any knowledge or any feeling to anyone.
Sabda Rasulullah,"Sampaikan dari aku walau satu ayat"(Hadis Riwayat Bukhari). Pada aku,sharing itulah kekuatan bagi penyebaran agama kita bukan sahaja kepada yang muslims tapi juga kepada yang belum muslim. Sunnah terbesar Rasulullah yang betapa nikmatnya rasa dihati dan rasa sangat dekat dengan Rasulullah apabila melakukannya ,itulah DAKWAH. Sebagaimana perkongsian Ustaz Syaari, lihat sesuatu dengan kaca mata yang berbeza and starts to do something. 

Seek Al-Ilm!!Spread Ad-deen!!
23/12/14
penantian perjalanan,jadinya menulis dimana-mana 😬...

Friday, 29 August 2014

Oh My Media !!

Bismillahirrahmanirahim..
Segala Pujian Hanya Bagi Allah..

Assalamualaikum,dengan keizinan dari Allah untuk berkongsi harini dalam blog ,kita bicara tentang media sikit. Bukan nak kritik untuk menjatuhkan tetapi semoga sesiapa yang ahli dalam bidang ini mengubah style yang lebih berkesan dan terbaik sebagai input kepada masyarakat..

Roll camera... Action !!!

[Disebalik Tabir]

Bicara soal media,setiap yang media paparkan,setiap tv show,movie, drama,sinetron2 pasti ada objektif2 yang si pengarah, si penerbit and semua krew2 nak capai. 

Ada tujuan yang untuk diri sendiri,tingkatkan bakat mungkin dan ada juga demi masyarakat menerima input yang bermanfaat yang dapat memberi pendidikan dan ilmu kepada penonton2 setia tv..

Dengan kehadiran satu cerita 'Nasi Kangkang' yang tak sengaja aku ter'on' disebalik tabir cerita tu,satu perkara yang dikongsikan dalam sebalik tabir itu yang tak dapat otak ni digest is tujuan movie tu.

Salah seorang pelakon kata,

"Melalui movie Nasi Kangkang ni dapatlah kita tahu proses2 bagaimana nasi kangkang itu dilaksanakan,kalau sebelum ni kita hanya dengar dan tahu itu adalah adat nenek moyang tapi dalam cerita nasi kangkang ni kami menunjukkan bagaimana prosesnya,kita boleh tahu apa yang akn berlaku sebelum,semasa dan selepas nasi kangkang tu dilakukan".

Aku fikir mungkin mereka nak tunjukkan kesan kut,nak habaq(beritahu) kata perkara ni tak boleh buat dan ada kesan buruk dia, tapi sebagai seorang yg bukan ahli dalam bidang perfileman ni,rasanya ada cara lain movie ni boleh dilakonkan untuk sampaikan kepada masyarakat yg benda ni salah dan tidak perlu untuk tunjukkan proses satu persatu macam mana nak buat,tapi sebaliknya berikan kefahaman mengenai perkara yang salah dan betul dalam agama.

Kelompok masyarakat yang suka tengok tv berbeza,jadi itu bermakna maklumat yang diterima juga diproses dan difahami dengan berbeza.Kita tak boleh nak assumed semua yang tengok cerita tu dia sedaq dan faham kesan perbuatan tu.Mana tahu ada yang baru terpikiaq(terfikir) idea nak buat nasi kangkang lepas tengok cerita tu macam mana??Tambah full steps siap dengan praktikal dah ditunjukkan dalam movie tu.Apa tunggu lagi,action laa lpas tu..So,sapa yang akan dapat saham kalau ada orang yang buat selepas tonton movie tu?? 

Disini peranan director2,producer2,pelakon2 untuk mendekati masyarakat melalui media dengan memahami pemikiran masyarakat. Of course,semua krew akan study dulu sebelum buat movie or any rancangan tv ,tetapi proses pemilihan langkah untuk melaksanakan perlu sesuai dengan masyarakat.
Mesti ada kawan2 yang mungkin ambil bidang media,filem yang terdorong dengan minat,so kepada yang pakar dan ahli dalam bidang ni,jadikan bidang ni sebagai satu medium untuk memberi ilmu dan pendidikan,maklumat dengan cara dan style yang betul dan bukan semata-mata nak dapatkan projek buat movie dapat untung..

Kesimpulannya, aku tak faham apa tujuan buat movie Nasi Kangkang ???

Create something to give people gain something! 

Seek Al-Ilm !! Spread Ad-deen!!

Salam pemburu

Saturday, 24 May 2014

pintu taubat Allah luas bro!!

Bismillahiirahmanirahim...Segala Pujian hanya bagi Allah..
Assalamualaikum...

Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk semua manusia dan Iman yang yazid sentiasa buat semua umat Islam...Kisah sambungan perjalan Tarbiyyah Cinta Hakiki kita hold dulu,lepas exam cek cerita puas-puas..Sekarang kita fikir dan muhasabah balik hati kita dengan cerita dan huraian panjang lebaq ni.....heeeee...(actually,I should study now) :I break yang disangka sebentar...huhu.. 

hmmm...Fight diri dulu!!

Aroma nescafe Mad melingkupi ruang udara dapur mereka.
Sedang Zaf menemaninya dengan sepinggan spaghetti yang dibeli tengahhari tadi. Agaknya,terlalu sibuk mengulang kaji pelajaran sehingga lupa dimakannya tadi.

Mad dan Zaf kedua-duanya asyik melayan perasaan masing-masing.
Beberapa lama kemudian,Zaf memecahkan kesunyian.

"Mad,aku pelik la tengok mamat-mamat surau kat tempat kita la ni."

"Apa yang kau peliknya,elok ja aku tengok semua pi surau on time,study gempak,gerak kerja mantop." (Mad,salah sorang mamat surau)

Double jerk oleh Zaf," Serius kau tak perasan apa-apa kat geng mamat surau kau tu? Mai aku nak kongsi gossip dengan kau.. Ni bukan pasai study ka,pi surau ka..Ni cerita dari mata turun ke hati bro....
Hidup kat negara omputih ni,biasa laa time summer jaa memang jiwa kita lelaki sejati ni teruji...

Belum sempat Zaf sambung,Mad bersuara," Sebab tu Allah suruh tundukkan pandangan bro."

"Sabaq sat,aku perabih cerita dulu..Baguih punyaa,aku nampak geng2 surau kau tu,bila lalu sebelah minah-minah bertudung baik punyaaa tunduk pandangan sampai tak nampak orang depan jalan.Langgaq habih tiang...Sekali nampak minah saleh cun pakai miniskirt lalu,tak lekang pandangan tengok minah saleh tu sampai ternganga mulut.Ishhhh"

Zaf berhenti sambung makan spaghetti,Mad pertahankan mamat-mamat surau...
"Ish,kau salah orang kut bro. Tak baik buat fitnah bro.Ke dia tengok orang lain kat belakang minah saleh tu,kau tak tahu."-Mad

"Tak la,aku cerita ni sebab nak bagi peringatan ja bro. Walaupun aku bukan mamat surau or budak usrah macam kau,setahu aku yang jahil ni,ayat tundukkan pandangan yang Allah turunkan tu bukan tunduk bila jumpa perempuan muslim ja,semua perempuan bro,yang bertudung ka ,tak bertudung ka.Kita tetap kena jaga pandangan kita."-Zaf

"Betul-betul,aku setuju cakap kau..Siapa yang kau nampak tu?,nanti InsyaaAllah aku boleh slow talk dengan dia."-Mad

Langsung Mad menghirup nescafe yang sudah suam...

"Baguih2 aku harap dia berubah...Sebenarnya,KAU yang aku nampak tu,sampai aku lalu sebelah kau, bagi salam pun kau tak sedar."-Zaf

pffffftttt tersembur nescafe yang diminum Mad.

"Errrrrkkkk....heeeeee.....pahit sangat la kopi aku ni."-Mad

"hahaha...pintu taubat Allah luas bro!! "
~~~~~~~~
Cerita hanya sebagai hiasan..Kebanyakkan daripada kita,tidak kira wanita mahupun lelaki,hanya menitikberatkan syariat Islam ketika dalam kalangan muslim itu sendiri.Tetapi abaikannya ketika bersama dalam kalangan mereka yang belum menerima hidayah Islam lagi.

Cerita atas ni ,dikaitkan dengan lelaki..Tapi perempuan pun sama saja,kalau dengan lelaki muslim,syariat dijaga tetapi syariat diketepi bila tiada muslim disekeling..Disini menjadi persoalan,kita menjadi muslim kerana Allah atau kerana insan yang kita ingin dia melihat kita sebagai muslim???

Kita dapat nilai keikhlasan kita sebagai seorang muslim, bila kita lakukan sesuatu ditempat atau dalam sesuatu keadaan tapi meninggalkan perbuatan tu dalam situasi yang lain.Andai sesuatu itu kita lakukan kerana Allah,pasti kita akan istiqamah melakukannya tidak kira dimana dan dalam keadaan bagaimana sekalipun kita.

Ayat al-quran "Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik..." sering dijadikan hujah untuk penghijrahan seseorang terutama sekali wanita. Kenapa ayat ni dijadikan modal?? Jadi maknanya,hijrah tu sebab nak lelaki baik la kan?? Bukan kerana Allah la kan?? Lepas dah dapat lelaki baik,perempuan baik,maka akan kembali ke sifat-sifat lama. Umpama kisah kat atas,kita ambik syariat yang kita rasa berbaloi untuk diri kita pada waktu yang kita nak. Lepas tu kita tinggalkan kembali syariat.

Sedangkan,kita perlu sentiasa berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik kerana Allah.Dalam Al-quran banyak ayat yang menyebut ,Allah itu Maha Pengampun,Allah itu Maha Penerima Taubat,Allah mencintai hambanya yang bertaubat...Kenapa ayat-ayat ini tidak dijadikan modal untuk kita berubah??

Masih belum terlambat sebelum tibanya ajal dan hari akhir yang tidak kita ketahui bila,untuk kita refresh kembali niat setiap tindakan kita. Anak-anak yang kalau ibu-ibu di kampung tu cari tudung waktu Pak Haji lalu tapi rilek terdedah waktu Uncle Ah Seng lalu,kita cubala untuk ceritakan yang sebetulnya buat ibu2,makcik2,jiran kampung kita...

Hadis Rasulullah.." Setiap amal itu bermula dengan niat.."

Ambil yang baik ,buang yang buruk,betulkan yang salah.. Saya dahulukan peringatan ni untuk diri yang menulis juga untuk sahabat-sahabat yang dikasihi..Semoga bermanfaat..

Salam mujahidah
pemburusyahid

Wednesday, 23 April 2014

Tarbiyah Cinta Hakiki !!

Bismillahirrahmanirahim....
Segala Pujian Hanya Bagi Allah Maha Esa....

 Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah kepada Ilahi atas nafas yang dipinjamkan hingga kini. Masih mampu mengupdte blog....Banyak post2 di blog yang tergendala akibat virus sibuk,ada malas sikit....huhu... dan yang paling dinanti2,ialah aku nak mulakan penulisan diblog bg tahun ni dengan sesuatu yang paling istimewa dalam hidup....MasyaaAllah,Allah izinkan hari tu tiba...wlaupun tahu tajuk ni akan menyebabkan smua post2 tergendala tpi x kisah yang penting tajuk ni...Jumpa cinta,jumpa kekasih siapa tak mau...So,kena laa peng'update'annya pun kena special....

Cinta siapa yang dh jumpa?? Macam mana boleh jumpa?? Kat mana jumpa?? Subhanallah , kembara ke Baitullah , ke 2 tanah haram (Haramain) satu tempat bertemu dengan cinta yang sangat indah . Setiap detik dan saat sebelum jejak ke tanah haram hati memang sangat berdebar-debar(mcm dlm movie hero jumpa heroin :P )...Itulah perasaannnya...Even sebelum pergi ke Baitullah ada kelas,ada coursework segala bagai,tapi MasyaaAllah Allah bagi satu perasaan yang sangat tenang tapi hati berdebar ,mmg tak fikir langsung pasal exam ka,assignment ka...Satu perasaan yang menjelma jugak ,adalah satu perasaan yang merasakan," Aku ni macam dah x kan balik uk dah ni,aku tak rasa lepas ni aku masih ada kehidupan kat sini"....

Lufthansa Airlines
                                                
                                                          <3 bertemu="" cinta="" p="" tapak="">

Allah izinkan utk perjalanan aku ke rumahNya penuh dengan pengisian..Ok,kitorang naik Lufthansa airlines,Alhamdulillah quite best...Perjalanan dari London ke Franfort utk transit,disebabkan kitorang check in kat airport terus so akan dapat random seat,memang tak kan tau nak kena duk sebelah siapa dan ditambah pulak aku special case kena check in sorang(ada jugak special case sama macam aku)...Of course something yg aku harap orang yang duk sebelah aku adalah insan normal dan perempuan....MasyaaAllah ,Allah Maha Melindungi aku dapat seat tengah dan kiri kanan aku dua2 minah saleh...Alhamdulillah betapa besar nikmat Allah permudahkan urusan,pasti kerana ibu dan ayahku yang x putus2 doa untuk aku....Tu baru dari London,sejam ja nak ke Frankfort,haa cabarannya lagi 5 jam dari Frankfort nak ke Jeddah lagi laa membuatkan butterfly tak henti2 terbang dalam perut.Agak2 time tu la yang nak lelapkan mata pun,tapi Subhanallah,MasyaaAllah,Alhamdulillah Allah izinkan seorang wanita dari Ethiopia yang bernama Aden...Dia dalam perjalanan dari California untuk ke Ethiopia nak jumpa parents dia...MasyaaAllah,banyak yang aku belajar dengan Allah izinkan aku duduk sebelah dia....Kalau masa tu asyik berdebar ja hati nak jejak Tanah Haram memang nak tegur orang pun tak laa,kalau time biasa pun malas tegur,time tu lagi laa...

Tapi betapa bersyukurnya aku kerana Allah beri tarbiyah sebelum aku sampai ke rumah Allah..Dari malam x makan ,so aku bawa keluarla kindeer bueno dari bag makan sorang2...Lepas berapa lama sikit,partner flight aku tu,dia bawa keluar kacang,second thing yang dia buat lepas dia makan is tanya aku nak ke x...gulllppp memang tertelan air liur,malu...Dengan reaksi muka yang dia x nampak,aku cakap tak nak....Dari situ laa mula conversation kitorang,dan kali ni aku yang cuba tegur dia sebab memang terkesan dengan teguran Allah mula2....MasyaaAllah,bila dah tanya nama ,asal dari mna,dia selesa untuk cerita sikit pasal family dia,so aku tadah je telinga ambil manfaat apa yang boleh.....So,lepas dah makan semua...dan dah nak dekat sampai miqat untuk berniat ihram aku pun just get ready dgn wuduk sekadar mampu then bila back ke tempat duduk,MasyaaAllah Allah ilhamkan satu semangat tetiba nak cerita pasal Islam kat dia...So,tanpa melepaskan peluang yang Allah bagi dengan dia pun excited mendengar aku cerita tntang wanita dan aurat,tntg prgi umrah ni nak buat apa,cerita tntg apa x leh buat dalam ihram(mcm terover) tpi Alhamdulillah dia dngaq denga baik dan dia terima...

Lepas bercerita sudah tiba masanya dia tidak melepaskan peluang untuk bercerita dengan aku,maka bermulalah cerita mengenai Kristian...MasyaaAllah dia cerita lagi banyak dri aku....dah termalu for the second time.....betapa jahilnya mengenai agama sendiri.....Macam mna nak teruskan perjuangan berdakwah Rasulullah??  Allah sedang menegur dan mendidik..MasyaaAllah....Dan semua yang dia cerita mengenai Kristian (the real Kristian from old testament) memang samala dengan ajaran Islam,especially bab perempuan kena cover the whole body,cannot wear something that attract men's attention,cannot wear perfumes....Tapi dia kata,people will follow this only when they want to go to the church,and she said ,she didn't practice it in her life though.....Bila kita fikir balik,kalau kita umat Islam tidak mengamalkan Islam secara syumul,kita sama ja la dengan mereka yang lain yang tidak mengEsakan Allah sebab kita hanya ambil sebahagian dan hanya amalkan di certain tempat yang kita rasa kita nak amalkan....Jadi macam mana kita nak pelihara diri kita kat akhirat nanti untuk buktikan kita Islam kalau amalan kita didunia sama seperti seorang yang bukan Islam...Tapi ,Alhamdulillah dia hanya bercakap mengenai kristian yang amalkan religion di church sahaja,dan dia memuji Islam(dia ada muslim's friend in California that give her this perception) ,dia kata dia nampak Islam as an identity...

Masyarakat kenal Islam melalui perlakuan dan peribadi,bukan dengan kita tunjuk identity card yang tertulis Islam, orang tau kita Islam...Tapi dengan amalan kita,melalui akhlak kita yang kita contohi dari Rasulullah,dari kalamullah yang kita sentiasa jadikan hujah kita,dengan hati yang sentiasa kita basahkan dengan zikrullah,dengan lembut tutur kata kita...Bagi wanita,pasti kita dikenali sebagai wanita Islam seandainya aurat kita itu kita jaga dengan sempurna.Dengan memelihara mahkota wanita(aurat) itulah kita dikenali sebagai seorang Islam..MasyaaAllah,aku bersyukur kerana Allah penuhkan perjalanan aku untuk bertemu dengan kekasih di sebuah tempat yang indah dengan teguran dan didikan untuk dijadikan satu pengajaran dan untuk memperbaiki diri...SubahanaAllah,makin berdebar-debar hati saat tu...

Semoga Allah berkati dan rahmati penulisan ini...Semoga dengan penulisan ini akan menambahkan keimanan diri ini dan orang lain kepada Allah...This is not the end,ni baru flight sampai ke Jeddah...Masih banyak pengajaran dan tarbiyah yang ,InsyaaAllah akan cuba dicoretkan supaya tarbiyah di haramain ini bermanfaat untuk semua dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila dengan izinNya,InsyaaAllah... <3 div="" islam="">

Orang tgok movie aku tgok map ja dri awal smpai last(smbil chitchat)
Airport jeddah

Khairun Nas,Anfa'uhum Linnas !!
(Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada yang lain)
                                      
Ambil yang baik,buang yang buruk,betulkan yang salah...
Seek Al-Ilm!! Spread Ad-Deen!!

salam pemburu,
mujahidah