Pages

ALLAH SLAVE

Nisa' Pemburu Syahid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 8 June 2015

Cinta yang Dikejar !

Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah.

Sudah melebihi setahun dari entri pertama saya mengenai Haramain(dua tanah haram:Mekah dan Madinah). Kini kembali ingin saya mencoretkan pengalaman untuk mengejar cinta di dua tanah haram ini. Dalam post saya setahun lebih yang lalu Tarbiyyah Cinta Hakiki ,telah saya kisahkan pengalaman saya semasa dalam perjalanan untuk menjejak kaki di bumi cinta itu.

Post kali ini,InsyaaAllah akan dikongsikan cinta yang saya kejar sepanjang di Mekah dan Madinah serta apa sahaja maklumat yang bermanfaat kepada mereka yang bakal ke Tanah Haram. Kenapa saya asyik kaitkan post saya mengenai tanah haram dengan perkataan 'cinta'? Ini adalah persoalan yang terlebih dahulu saya tanya pada diri saya mengenai apa yang saya cari dengan menjejak kaki ke Haramain. Hati saya menjawab supaya saya mencari 'CINTA' di sana. Sama seperti orang lain,apabila saya maklumkan ingin ke haramain , banyak doa yang dikirim oleh keluarga dan sahabat-sahabat. Dan sudah pasti pesan sahabat-sahabat yang tidak mahu melepaskan peluang mengirim doa di tempat yang makbul doanya, ramai yang berpesan untuk tidak lupa doakan jodoh disana. 

Kiriman-kiriman doa tersebut membuatkan saya terfikir, apakah cinta seorang yang bernama jodoh yang ingin saya cari disana? Apakah saya pergi ke rumah Allah untuk menyampaikan permintaan-permintaan yang terkumpul dihati semata-mata? Persoalan-persoalan yang muncul dan adakala sengaja saya timbulkan adalah untuk kembali membersihkan niat dihati mengenai tujuan ke sana. Sudah pasti doa-doa pengharapan adalah sebahagian daripada tujuan ke sana, kerana saya adalah manusia biasa yang memerlukan pergantungan kepada Ilahi dalam setiap urusan. Jadi tidak dapat dinafikan,saya juga mempunyai pengharapan kepada Allah untuk memakbulkan permintaan di hati. Disamping itu, saya tetap melatih hati bahawa tujuan ke sana adalah kerana Allah,untuk mengukir cinta Allah dan Rasulullah di hati.

***
Kita Juga Diuji Saat Mereka Diuji

Sejurus tiba di Tanah Suci Mekah kira-kira 11 malam , saya bersama sahabat-sahabat yang lain bersiap untuk menunaikan umrah wajib di masjidil haram. Maha Suci Allah , walaupun tidak sampai sejam tiba di tanah suci Mekah,Allah telah mendidik. Seorang kakak dari rombongan kami kehilangan beg umrahnya dan seluruh isinya. Beg umrahnya itulah beg tangannya, jadi semua kad-kad dan telefon bimbit kakak tersebut bukan lagi rezeki dia. Tindakan awal yang beliau lakukan adalah dengan menelefon pihak bank untuk menamatkan sistem kad bank atas sebab kehilangan. Baru kenal tidak sampai sehari, Allah mendidik jiwa-jiwa kami untuk bersama saudara kamu ketika dalam kesusahan. Ya, saya menjadi saksi setiap yang berada disitu dalam rombongan tersebut sama-sama menolong dan memberi sokongan kepada beliau. Malah, ayat yang cukup mendidik jiwa saya pada malam itu, 

"Allah didik akak untuk fokus beribadah,tidak fikir soal dunia(refer kepada harta yang beliau baru sahaja kehilangan)."

Ya Allah, sungguh saya bersyukur Allah memilih saya untuk bersama mereka menjejak kaki di Rumah Allah ini. Meskipun bukan saya yang ditimpa ujian sedemikian, tetapi ada sesuatu yang Allah ajarkan. Apabila seseorang ditimpa ujian, bukan hanya dia seorang yang ditimpa ujian tapi insan disekeliling juga diuji untuk bagaimana kita ingin menzahirkan akhlak seorang muslim untuk membantu muslim yang lain ketika di dalam kesusahan. 

"Sungguh aku bersyukur ya Allah atas nikmat ujian kehidupan yang Engkau pinjamkan untuk aku belajar dan mendekati diri ini dengan Engkau." Antara hobi aku untuk bermonolog dalaman kepada Allah.

***
Doamu Pasti Termakbul

Tanah Haram Mekah dan Madinah sudah diketahui umum ,merupakan tempat yang penuh barakah dan pasti dimakbulkan doa ketika berada disini. Tidak kira berapa ramai yang menceritakan soal ini sekalipun, kita agak susah untuk merasa melainkan melalui pengalaman itu sendiri. Saya berusaha untuk sentiasa mengharapkan yang baik-baik dan memohon supaya saya juga dapat fokus dengan ibadah sepanjang disana. Alhamdulillah ,Allah memberikan ketenangan yang cukup indah. Setiap kali menceritakan soal ketenangan yang dirasai semasa di sana, saya terasa amat rindu. Rindu untuk istiqamah dengan 'rasa'. Sungguh tidak sama ketenangan yang dirasai semasa telah pulang dan semasa berada disana. 

Apabila hati mengharapkan untuk fokus kepada Ilahi, Allah memberi peluang. Selepas membeli simcard untuk telefon, kebanyakan dari kami memilih untuk memiliki data untuk internet. Saya juga begitu agar mudah berhubung dengan keluarga dan sahabat. Tetapi telefon saya tidak menerima satu pun data plan. Meskipun telah dicuba beberapa kali ,malah telah meminta tolong dari penjual disana tetap tidak boleh. Simcard yang sama digunakan bagi telefon orang lain,boleh pula digunakan seperti biasa. Akhirnya, saya hanya senyum dan bersyukur ,Allah ingin mendidik dan beri peluang untuk saya fokus kepada tujuan hadirnya hati ini ke rumah Allah itu. Saya membuat keputusan untuk memiliki simcard biasa yang hanya boleh membuat panggilan sahaja untuk berhubung dengan keluarga di tanah air. Dan Alhamdulillah, saya dan telefon sepanjang di Haramain bukanlah sahabat karib melainkan untuk menghubungi ibu bapa sahaja.

***
Yakin Akan KetentuanNya

Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan kerana setiap detik yang dilalui ada pengajaran yang Allah ingin diri ini sedar. Masih segar setiap yang dilalui walaupun telah setahun lebih pengalaman itu dan pengharapan untuk kembali keHaramain tidak pernah pudar. Menulis detik-detik pengalaman semasa di sana jugalah yang membantu saya menyuburkan perasaan dan ingatan mengenai perkara-perkara yang dilalui. 

Setelah umrah wajib pada hari pertama jejak ke Mekah, kita boleh untuk melakukan seberapa kali umrah yang dinginkan dan yang kita mampu. Malah,boleh jugak untuk diniatkan kepada orang lain seperti kepada ibu dan ayah. Tetapi yang pasti,umrah wajib bagi diri sendiri perlu diselesaikan dahulu. Pada hari itu,seperti biasa kami semua berkumpul untuk ke Tana'im bagi tujuan niat umrah di miqat. Dan lazimnya, sejak hari pertama,setiap kali pulang dari Tana'im pasti setiap orang akan terus menyelesaikan umrah pada hari tersebut. Tetapi lain bagi saya dan seorang akak ini. Kakak yang sama yang kehilangan barangnya pada hari pertama. 

Selepas pulang dari Tana'im, semua bergerak ke Masjidil Haram untuk bertawaf di kaabah.Tetapi kerana kakak yang bersama saya tidak mampu akibat sakit belakang yang dihadapi beliau, kami membuat keputusan untuk menangguh umrah ke esok pagi sebelum waktu Subuh. Pada awalnya,saya agak sedih kerana tidak dapat melakukan umrah pada hari itu, tetapi sudah pasti perancangan Allah itu yang lebih baik. Terdetik di hati saya untuk diberikan peluang solat di Hijr Ismail. Itu yang saya doakan pada malam itu supaya diberi peluang walaupun hakikatnya amatlah tipis harapan untuk ke Hijr Ismail kerana terlalu ramai dan padat orang berada disitu. 

Nikmat Allah yang mana yang ingin engkau dustakan? Allah memakbulkan doa dan Allah mengizinkan saya bersama kakak tersebut untuk solat di Hijr Ismail betul-betul dihadapan kaabah dan tidak dapat disangka-sangka saya dapat meyentuh kaabah. Malah, untuk ke Hijr Ismail itupun sebenarnya saya ditarik kakak tersebut dan mulanya saya seakan menolak kerana memikirkan betapa ramainya disitu dan bahaya apatah lagi bagi beliau yang sakit belakang akan membahayakan keadaan beliau. Namun, ketetapan Allah itulah yang pasti dan yang terbaik. Allah memberi peluang kami berdua berada dalam Hijr Ismail ,solat dan dapat menyentuh kaabah. Sunat untuk kita solat di Hijr Ismail kerana ada riwayat mengatakan Hijr Ismail sebahagian daripada Kaabah. 

Kita nampak seolah-olah kita kehilangan sesuatu tetapi sebenarnya ada sesuatu yang lebih baik yang Allah simpan untuk kita. Kita yang perlu ada keyakinan dan bersangka baik dengan Allah.

***
Cinta Ilahi Milik Semua

Cinta Ilahi yang dikejar,itu yang dapat hati ini merungkai jawapan bagi persoalan tujuan aku menjejak ke Baitullah ini. Semakin bertambah hari berada di rumah Allah,semakin terikat hati saya dengan Mekah dan Madinah. Hati seolah-olah telah sebati dengan kedua-dua bumi barakah tersebut.
Sekiranya cinta Allah yang dikejar,sudah pasti akan kita ketemui walau dimana jua kita berada. Namun jika cinta manusia yang kita kejar, hati pasti merana memikirkan sesuatu yang tidak pasti. Ilmu adalah satu tonggak utama sebelum menjejak kaki ke bumi Haramain ini. Sungguh terasa diri ini teramat rugi dan banyak lagi ibadah-ibadah yang ketinggalan akibat kejahilan. InsyaaAllah semoga ini menjadi satu motivasi untuk terus menggali sebanyak mungkin ilmu dan semangat untuk kembali ke Haramain. Perkongsian kali ini baru 1/4 dari keseluruhan perjalanan . InsyaaAllah, rasa cinta yang diperoleh di Baitullah akan dikongsi lagi kerana Cinta Ilahi itu milik semua.

Nisa Pemburu Syahid
Southampton,UK

Saturday, 16 May 2015

Ujian,Tanda Kasih Sayang Allah

 Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

Kasih sayang Allah sudah pasti mengatasi kasih sayang manusia. Saya yakin saya ada Allah yang Maha Menyayangi walau apa pun yang bakal terjadi yang di luar kemampuan diri yang lemah ini.
Berkali-kali saya mengatakan perkara ini kepada diri saya, hati kita perlu dididik dengan keyakinan kepada Allah,maka itulah yang saya cuba lakukan setelah tamat perbualan pada malam itu.

***
Malam itu,tengah saya sibuk dengan kerja-kerja persatuan serta assignment yang masih menunggu untuk dilengkapkan satu panggilan telefon yang tidak disangka-sangka mengantikan keserabutan fikiran dengan kebuntuan. 
Panggilan yang tidak disangka itu adalah daripada seseorang yang ku memanggilnya dengan gelaran 'mak'. Melihat 'MOM is calling' pada latar skrin telefon membuatkan hati aku gelisah dan teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut. Mana tidak gelisahnya, jam menunjukkan pukul 11 malam waktu UK dan itu bukanlah waktu kebiasaan mak menelefon aku. Malah,lazimnya aku yang akan membuat panggilan ke tanah air. Tetapi panggilan malam itu pelik. 

Dalam hati yang gelisah dan otak fikir macam-macam, aku menjawab panggilan itu. 

"Assalamualaikum mak." Aku cuba mendahului dalam menjawab.

"Waalaikumussalam, adik duk buat apa?" Tenang suara mak menjawab salamku. Hatiku mula tenang sedikit mendengar suara mak.

" Tengah buat kerja,assingment bagai. Mak tak biasa pun call adik time macam ni." Aku cuba menamatkan ke'curious' an nak tahu kenapa mak call.

Mak cuba berlapik menjawab pertanyaanku. "Dak, mak nak habaq ja , adik tolonglah doa kat bapa, doa bapa sihat."

Tergamam seketika ,tidak tahu nak membalas permintaan mak untuk doakan bapa tu macam mana.

Lalu aku bersuara, "InsyaaAllah, memang adik doa. Tapi awat dengan bapa?" 

" Mak ada kat hospital ni, bapa masuk hospital." Walaupun nada suara mak tetap sama tapi ada gagapnya nak ceritakan kepada seorang anaknya ni yang jauh beribu batu dari keluarga tentang keadaan bapa pada ketika itu.

Sekali lagi,terkedu,terkelu,terdiam. Dalam masa yang sama pelbagai perkara bermain di fikiran, Oh,tidak aku dah tak sanggup nak tanya apa lagi dah. Setelah terdiam beberapa saat.

"Adik doalah kat bapa,InsyaaAllah doktor kata tak dak apa,doktor nak check ja." Mak menyambung perbualan.

Aku masih terdiam.

"Tu mak call nak bagitau kat adik." Mak menyambung lagi.

"InsyaaAllah,mak. Adik selalu doakan mak dengan bapa. Apa-apa mak bagitau la kat adik. Jangan tak bagitau pulak apa-apa jadi." Dalam keadaan buntu berfikir patutkah aku balik sekarang ke Malaysia,aku cuba untuk tenang.

"Mestila mak bagitau,,sebab tu mak call ni , nak habaq. Fokus belajaq,belajaq elok-elok kat sana, jangan risau sangat,InsyaaAllah bapa ok." Sempat lagi mak berpesan ingatkan tujuan aku berada disini dalam keadaan aku memang dah nak lari balik. 

Setelah menamatkan panggilan telefon tersebut, telah aku jangka, panggilan yang aku terima time seperti ini sudah pasti ada satu berita yang tidak disangka dari keluarga di tanah air. Sebab ini jugalah aku mengambil keputusan,biar aku yang menelefon keluarga,kalau mereka yang menelefon itu sudah pasti ada berita disebaliknya.

Segala kerja terhenti malam itu dan hanya diisi dengan limpahan air mata. Ya, aku tidak tahu apa yang terbaik untuk aku lakukan ketika itu melainkan doa kepada Allah.

***
Kerana itulah saya sentiasa mendidik hati saya bahawa saya sentiasa ada Allah walau apa pun yang terjadi. Saya tidak tahu bila,ibu dan ayah yang Allah pinjamkan kepada saya selama ini akan kembali kepadaNya semula. Mungkin juga saya yang akan kembali dulu . Kita tidak tahu,bilakah perpisahan kekal antara kita dengan insan yang kita sayangi. Maka sayangilah mereka sehabisnya,semampu kita selagi kita masih berpeluang. 

Banyak berita kematian keluarga sahabat-sahabat yang didengari sejak belakangan ini. Dan sering kali dengar itu jugalah membuatkan saya terfikir,adakah saya bersedia jika Allah izinkan diri ini mendapat ujian sedemikian? Semoga kalian tabah wahai sahabat-sahabatku. Kehilangan ibu dan ayah adalah satu ujian yang besar buat anak-anak. Tetapi yakinlah dan berusahalah untuk bersama-sama mereka disyurga nanti. Allah tidak membebani kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Pasti Allah sedang mengajar kita untuk menjadi seseorang yang hebat di medan perjuangan dimuka bumi ini melalui ujian yang besar ini. 

Bersedialah kita untuk diuji. Bersedia bagaimana? Dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa memohon supaya Allah berikan kita sesuatu keperluan untuk kita menghadapi ujian Allah. Doalah diberi jalan dan kekuatan untuk menghadapi ujian bukan diminta untuk tidak diberi ujian. Ujian akan mendekatkan kita dengan kasih sayang Allah. 

Al:Baqarah,286:"Allah tidak membebani seseorang melainkan mengikut kemampuannya."

Anak yang merindui mak dan bapa
Nisa Pemburu Syahid

Wednesday, 13 May 2015

Adakah Kau Lupa?

Bismillahirrahmanirahim.
Segala Pujian Hanya Bagi Allah sekalian Alam.

Sudah lama sejak kali terakhir saya mencoretkan sesuatu di blog yang dahulunya menjadi teman setia untuk saya mengukir cerita-cerita untuk dijadikan iktibar.

"Apakah aku sudah tidak mahu mengambil ibrah kehidupan"?
"Apakah aku sudah berhenti menulis"?
"Apakah aku sudah lupa untuk berdakwah"?

Persoalan-persoalan yang akan menyerang diri saya sendiri ,tatkala saya memikirkan blog ini. Tidak,tidak dan tidak. Sering kali itu juga saya akan menafikannya sekuat mungkin di dalam hati ini. Sudah pastilah, ini adalah perniagaan saya dengan Allah. Malah, sekiranya saya tersasar sekalipun saya yakin dengan jalinan sahabat hingga ke syurga, maka pasti akan hadir sahabat-sahabat sekeliling untuk mengingatkan.

Tiada alasan lain melainkan diri sendiri. Lambat sangat nak move on ,dari kehidupan yang kononnya dikatakan sibuk. Sungguh sebenarnya saya rindu,serindunya untuk menyampai dengan menulis. Sejak saya memutuskan untuk memiliki sebuah blog dengan tujuan dakwah,disitulah bermulanya minat untuk menulis dan ingin mengejar syahid sekalipun melalui penulisan. Tetapi ,walaupun telah lama saya tinggalkan, kini adalah saat untuk saya kembali ke medan menulis ini. Ini jalan aku! 

Terlalu banyak kisah-kisah kehidupan yang dilalui hanya sekadar diceritakan iktibar kepada orang-orang tertentu tetapi sebenarnya boleh sahaja untuk diceritakan dimedium ini yang pernah saya sendiri wujudkan dalam diri supaya bermanfaat kepada lebih ramai. Sunnah  
terbesar yang akan kupertahankan sehingga kehujung nyawa,Dengan Keizinan dari Allah dan berserta segala kudrat yang Allah pinjamkan ialah dengan berDAKWAH. 

"Sampaikanlah dari ku walau satu ayat" Satu ayat yang Rasulullah ungkapkan untuk kita umat baginda sebagai seruan menyambung perjuangan Rasulullah. Bangkitlah dan saling memperingatilah sahabat-sahabat. Apa sahaja yang pernah kita lakukan dahulu untuk dakwah dan tidak lakukan lagi kini, 'pause' lah sebentar dari dunia kesibukan  untuk kita berfikir kembali kenapa kita pernah memulakan sesuatu perjalanan itu pada suatu ketika dulu? Kembalilah segarkan niat itu kembali, supaya dakwah itu tidak berhenti pada kita. 

 Dalam peringatan ini tidaklah saya menafikan bahawa tiada cara lain untuk berdakwah selain apa yang kita pernah lakukan suatu ketika dahulu tetapi sekadar peringatan kenapa kita begitu semangat  dulu tetapi tidak sekarang? Adakah kita lakukan perkara itu kerana Allah ? Kerana itu pentingnya kita muhasabah dan refresh niat atas setiap tindak tanduk kita.

Tetapi tujuan peringatan ini terlebih dahulu ditujukan kepada diri sendiri agar saya dapat beristiqamah dengan sesuatu yang saya sering lakukan dahulu. Tidakkah sesuatu amalan itu walaupun sedikit tetapi istiqamah yang lebih disukai oleh Allah. Kembalilah beristiqamah dengan sesuatu yang kita pernah beristiqamah dulu.

Qum FaAnzir! 
Bangkitlah,lalu berikanlah Peringatan!!

Nisa Pemburu Syahid

Monday, 5 January 2015

Umurku! Tarbiyyahku!

Bismillahirrahmanirahim.
Segala Pujian Hanya Bagi Allah.

Setiap kejayaan,ujian,cabaran dalam hidup tidak lain tidak bukan adalah daripada Allah. Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan untuk kita berfikir dan mengambil hikmahnya. Aku selalu tertanya,apa yang aku lalui dalam hidup bermakna kah?,sebab rasa macam tak lalui apa-apa pun. Rupa-rupanya , apabila mengenali diri sendiri yang hampir mencecah 21 tahun ini , mula ku tersedar aku seorang yang berpersonaliti "harapan tinggi" dan akhirnya akan rasa kosong apabila expectation tidak tercapai. 

Terlalu banyak yang berlaku dalam hidupku yang boleh aku kongsikan pengalamannya dengan orang lain untuk dijadikan iktibar, tapi kadang-kadang aku tinggalkan perkara kecil dan asyik mencari perkara yang besar sahaja. Mana tidaknya, hanya sedikitla yang aku nampak dalam hidup yang sedang melalui saki baki 20 tahun di muka bumi ini. Tapi Allahu Azhim, mengajar aku dengan memberi peluang aku mencari hikmah dalam setiap yang aku lalui. Tapi of course,yang akan diceritakan yang besar sahaja(dah tabiat,nak buat lagu mana? Huhu..) 

Umur 20 tahun kiranya bagi aku amatlah istimewa, mungkin bukan bagi aku sahaja berfikir begitu pasti ramai yang merasakan umur 20 itu istimewa. Itulah angka pertama melepasi umur belasan.Kebanyakkan orang akan berusaha untuk mengisi sesuatu untuk dilakukan supaya usia muda tidak disiakan. Allah izinkan aku berada dibumi UK pada usia ini. Aku yang masih banyak tidak tahu dan perlu belajar, Allah gerakkan hatiku untuk bersama-sama mengajar anak-anak kecil. Mungkin ramai juga yang telah mula mengajar tadika pada usia ini ditanah air.

Tetapi selama aku berada dalam proses mengajar,sungguh banyak perkara yang aku belajar terutama dari budak-budak yang membesarnya dengan teknologi dan kemudahan. Soalan-soalan yang ditanya oleh mereka,tiada satu pun yang tidakku sentap. Pasti sentap dulu baru boleh fikir untuk dijawab. Mendidik itu bukan sesuatu yang on the spot dapat lihat product seperti keluar dari kilang. Mendidik dan dididik itu satu proses , dan perkembangan proses itu dapat dilihat satu per satu sebelum dapat dilihat hasil akhirnya. Dan mungkin hasil akhirnya bukan disini tapi di'sana'(akhirat).
kanak-kanak girang comel yang disayangi, yang selalu menyentapkan aku.. =.= huhu...

 Setiap yang aku lalui, Allah meyakinkan hati satu per satu dalam tindakan yang aku ambil. Allah meyakinkan hati dan beri ketenangan dalam mengambil keputusan, Allah meyakinkan untuk menunaikan umrah, Allah meyakinkan untuk menukar kos dalam pembelajaran, Allah meyakinkan dengan sesuatu yang aku ingin lakukan. Alhamdulillah,keyakinan itu dihadirkan Allah dengan ketenangan hati dan kemudahan urusan. 

" Nikmat Tuhanmu yang manakah ,yang ingin kau dustakan?"(Ar-Rahman) . Selain daripada peluang mengajar budak-budak, Allah memberi peluang untuk aku dan geng rumah memasak dengan kuantiti yang sangat banyak. Ini sesuatu yang insane sebab semua yang memasak tu, baru first time masak kat uk.. Huh.. Pengalaman ini, memberi satu starter untuk aku cabar diri. Cabaran dalam memasak ni ,apabila orang yang memakan mengkritik masakan kita. Haa,disinilah cabaran utama kita macam mana kita nak respond dengan orang. Well or hell , we choose!! :D

Alhamdulillah,Allah telah izinkan aku menjejak dirumahNya pada bulan April yang lalu,malah telah aku nukilkan awal perjalanan aku menunaikan umrah dalam entri yang lepas. Masih belum tersambung perjalananku semasa berada diharamain. Tapi sebahagian dari ibrahnya akan dikongsikan disini,insyaaAllah. Panggilan Ilahi ke haramain,adalah satu panggilan yang tidak dapat aku lupakan walaupun sudah berbulan-bulan,kerana terlalu banyak Allah didik diri ini disana. Cinta kepada Allah dan Rasul tidak dapat digambarkan bagaimana rasanya semasa berada disana melainkan merasa syukur Allah hadirkan perasaan itu. Istiqamah dengan 'rasa' itu didunia sebenar, apabila ditimpa penyakit wahan itu sesuatu yang amat berat. Tiada kekuatan melainkan dari Allah.
Pemandangan Mekah dari puncak Bukit Nur

Satu nikmat yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila, sekiranya diberi ingatan yang kuat oleh Allah adalah ulangtahun masihi hari lahir aku yang ke-20 aku meraikannya dengan Rasulullah, Allah izinkan aku berada di Raudhah dan dekat dengan Rasulullah pada saat itu. Malah,Raudhah yang dikatakan sesak dan teramat ramai dan sememangnya realitinya sebegitu,Allah izinkan aku berada agak lama disitu. Tambahan , rezeki dari Allah, walaupun sudah tiba masa untuk keluar,aku disepit oleh wanita-wanita Turki dan ditolak untuk lebih kehadapan semasa di Raudhah.

Subhanallah, sungguh aku bersyukur atas nikmat dan panggilan ke haramain itu. Tetap tidak merasa puas dan ingin kembali untuk melakukan setiap satu perkara yang tidak sempat dilakukan semasa diharamain asbab ceteknya ilmuku. Betapa pentingnya ilmu, tidak cukup kita sekadar sediakan wang yang banyak sebelum bermusafir,lengkapilah perjalanan kita dengan ilmu dan kutiplah ilmu sebanyak mungkin sepanjang perjalanan.

Setiap dari cerita hidup kita yang sementara,ada hikmah disebaliknya. Bukan semata demi keseronokan. Usia muda ini jangan kita siakan dengan sesuatu yang tidak disumbangkan kepada agama Islam. "Apa yang telah aku sumbangkan pada Islam harini?" . Satu persoalan yang perlu seringkali kita tanya pada diri kita. Semangat juang para syuhada' ,ayuh kita realisasikan sebagai tindakan dan bukan hanya tinggal kata-kata dibibir.

"Dialah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu ,siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk:2)
Hidup ini adalah ujian,baik senang maupun susah. (Dokanlah aku yang ada exam minggu depan).

Mujahidah
Pencarian baru dalam umur baru,InsyaaAllah :)

Allahu Rabbuna 

Tuesday, 23 December 2014

RISE, will always be my wake up call !! #RISE

Bismillahirrahmanirahim.Segala Pujian hanya milik Allah ya Hamid.

Dengan kuasa Allah ya Jami' mengikat hati-hati kami semua yang berada di RISE14,merupakan sebuah nikmat yang besar dari Allah. Insan-insan yang  terpilih lebih jelas lagi sebenarnya diPILIH oleh Allah  tidak kira apa latar belakang kita,asal-usul kita untuk dijentik hidayah dalam hati kita. 

Sebagaimana Rasulullah bersabda,mafhumnya:
Daripada Abu Hurairah,
" Barangsiapa yang dilehendaki kebaikan kepadanya oleh Allah,maka akan difahamkan agama kepadanya". Juga disebut dalam surah Al-An'am ayat 125.

Ya Allah ,ya Syakur . Sungguh saya teramat bersyukur dengan Allah mengizinkan saya untuk hadir ke RISE buat kali kedua.  Lazimnya(mengikut pengalaman), kalau sesuatu perkara itu dilakukan lebih daripada sekali ,first kita hanya akan mendapat peringatan untuk mengukuhkan apa yang diperoleh daripada yang pertama kali atau keduanya sekadar mendapat perasaan bosan dengan perkara yang berulang itu. Tetapi ,inilah kekuatan,kenikmatan yang Allah beri dalam kita mendekati agama Islam. Setiap perkara yang berulang itu,ada sesuatu yang lain yang Allah ingin tunjukkan kepada kita supaya kita belajar,belajar dan terus tenggelam dalam keghairahan belajar. Tetapi semua itu berlaku hanya sekiranya kita berfikir dengan hati.

Fikiran hatiku mengatakan kepuasan dan bersyukur datang RISE sebagai fasi dan juga peserta. Allah memberi kepuasan bila dapat berada dalam dua keadaan yang berbeza. Apabila aku memilih untuk menjadi fasi dengan izin Allah, aku tahu aku perlu 'lebih' peserta daripada peserta Rise sendiri,maknanya aku kena pastikan diri aku sendiri feel lebih dalam setiap aktiviti. Bagi aku benda tu penting because if we want to give people something ,we need to have that thing more. So,that apa yang kita dapat pun bertambah-tambah kerana itulah konsep ilmu. The more we find,feel, the more we can give and the more we will get,insyaaAllah.

Apa lagi yang kita inginkan diRiSE ini kalau bukan kefahaman agama itu sendiri kan? Telah hadirnya kita ke rise dalam apa jua keadaan keterpaksaan sekalipun pada awalnya ,ini adalah sebuah didikan daripada Allah, supaya sudah CUKUP! untuk selama ini kita hanya menumpang nama IZZAHnya(mulianya) Islam tanpa kita sendiri menyumbang apa-apa kepada agama. Sehingga bila lagi kita hanya ingin menjadi pihak yang melihat dari luar medan perjuangan tanpa melakukan apa-apa??
Itulah tangungjawab kita semua,graduan RISE semuanya dari pengarah rise,semua ajk,fasi sehingga peserta semua sekali jangan biarkan apa yang diperoleh di Rise hanya simpan kat kita seorang sahaja. 

Teruskan ke next step after knowing and feel. Starts to share any knowledge or any feeling to anyone.
Sabda Rasulullah,"Sampaikan dari aku walau satu ayat"(Hadis Riwayat Bukhari). Pada aku,sharing itulah kekuatan bagi penyebaran agama kita bukan sahaja kepada yang muslims tapi juga kepada yang belum muslim. Sunnah terbesar Rasulullah yang betapa nikmatnya rasa dihati dan rasa sangat dekat dengan Rasulullah apabila melakukannya ,itulah DAKWAH. Sebagaimana perkongsian Ustaz Syaari, lihat sesuatu dengan kaca mata yang berbeza and starts to do something. 

Seek Al-Ilm!!Spread Ad-deen!!
23/12/14
penantian perjalanan,jadinya menulis dimana-mana 😬...

Friday, 29 August 2014

Oh My Media !!

Bismillahirrahmanirahim..
Segala Pujian Hanya Bagi Allah..

Assalamualaikum,dengan keizinan dari Allah untuk berkongsi harini dalam blog ,kita bicara tentang media sikit. Bukan nak kritik untuk menjatuhkan tetapi semoga sesiapa yang ahli dalam bidang ini mengubah style yang lebih berkesan dan terbaik sebagai input kepada masyarakat..

Roll camera... Action !!!

[Disebalik Tabir]

Bicara soal media,setiap yang media paparkan,setiap tv show,movie, drama,sinetron2 pasti ada objektif2 yang si pengarah, si penerbit and semua krew2 nak capai. 

Ada tujuan yang untuk diri sendiri,tingkatkan bakat mungkin dan ada juga demi masyarakat menerima input yang bermanfaat yang dapat memberi pendidikan dan ilmu kepada penonton2 setia tv..

Dengan kehadiran satu cerita 'Nasi Kangkang' yang tak sengaja aku ter'on' disebalik tabir cerita tu,satu perkara yang dikongsikan dalam sebalik tabir itu yang tak dapat otak ni digest is tujuan movie tu.

Salah seorang pelakon kata,

"Melalui movie Nasi Kangkang ni dapatlah kita tahu proses2 bagaimana nasi kangkang itu dilaksanakan,kalau sebelum ni kita hanya dengar dan tahu itu adalah adat nenek moyang tapi dalam cerita nasi kangkang ni kami menunjukkan bagaimana prosesnya,kita boleh tahu apa yang akn berlaku sebelum,semasa dan selepas nasi kangkang tu dilakukan".

Aku fikir mungkin mereka nak tunjukkan kesan kut,nak habaq(beritahu) kata perkara ni tak boleh buat dan ada kesan buruk dia, tapi sebagai seorang yg bukan ahli dalam bidang perfileman ni,rasanya ada cara lain movie ni boleh dilakonkan untuk sampaikan kepada masyarakat yg benda ni salah dan tidak perlu untuk tunjukkan proses satu persatu macam mana nak buat,tapi sebaliknya berikan kefahaman mengenai perkara yang salah dan betul dalam agama.

Kelompok masyarakat yang suka tengok tv berbeza,jadi itu bermakna maklumat yang diterima juga diproses dan difahami dengan berbeza.Kita tak boleh nak assumed semua yang tengok cerita tu dia sedaq dan faham kesan perbuatan tu.Mana tahu ada yang baru terpikiaq(terfikir) idea nak buat nasi kangkang lepas tengok cerita tu macam mana??Tambah full steps siap dengan praktikal dah ditunjukkan dalam movie tu.Apa tunggu lagi,action laa lpas tu..So,sapa yang akan dapat saham kalau ada orang yang buat selepas tonton movie tu?? 

Disini peranan director2,producer2,pelakon2 untuk mendekati masyarakat melalui media dengan memahami pemikiran masyarakat. Of course,semua krew akan study dulu sebelum buat movie or any rancangan tv ,tetapi proses pemilihan langkah untuk melaksanakan perlu sesuai dengan masyarakat.
Mesti ada kawan2 yang mungkin ambil bidang media,filem yang terdorong dengan minat,so kepada yang pakar dan ahli dalam bidang ni,jadikan bidang ni sebagai satu medium untuk memberi ilmu dan pendidikan,maklumat dengan cara dan style yang betul dan bukan semata-mata nak dapatkan projek buat movie dapat untung..

Kesimpulannya, aku tak faham apa tujuan buat movie Nasi Kangkang ???

Create something to give people gain something! 

Seek Al-Ilm !! Spread Ad-deen!!

Salam pemburu

Saturday, 24 May 2014

pintu taubat Allah luas bro!!

Bismillahiirahmanirahim...Segala Pujian hanya bagi Allah..
Assalamualaikum...

Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk semua manusia dan Iman yang yazid sentiasa buat semua umat Islam...Kisah sambungan perjalan Tarbiyyah Cinta Hakiki kita hold dulu,lepas exam cek cerita puas-puas..Sekarang kita fikir dan muhasabah balik hati kita dengan cerita dan huraian panjang lebaq ni.....heeeee...(actually,I should study now) :I break yang disangka sebentar...huhu.. 

hmmm...Fight diri dulu!!

Aroma nescafe Mad melingkupi ruang udara dapur mereka.
Sedang Zaf menemaninya dengan sepinggan spaghetti yang dibeli tengahhari tadi. Agaknya,terlalu sibuk mengulang kaji pelajaran sehingga lupa dimakannya tadi.

Mad dan Zaf kedua-duanya asyik melayan perasaan masing-masing.
Beberapa lama kemudian,Zaf memecahkan kesunyian.

"Mad,aku pelik la tengok mamat-mamat surau kat tempat kita la ni."

"Apa yang kau peliknya,elok ja aku tengok semua pi surau on time,study gempak,gerak kerja mantop." (Mad,salah sorang mamat surau)

Double jerk oleh Zaf," Serius kau tak perasan apa-apa kat geng mamat surau kau tu? Mai aku nak kongsi gossip dengan kau.. Ni bukan pasai study ka,pi surau ka..Ni cerita dari mata turun ke hati bro....
Hidup kat negara omputih ni,biasa laa time summer jaa memang jiwa kita lelaki sejati ni teruji...

Belum sempat Zaf sambung,Mad bersuara," Sebab tu Allah suruh tundukkan pandangan bro."

"Sabaq sat,aku perabih cerita dulu..Baguih punyaa,aku nampak geng2 surau kau tu,bila lalu sebelah minah-minah bertudung baik punyaaa tunduk pandangan sampai tak nampak orang depan jalan.Langgaq habih tiang...Sekali nampak minah saleh cun pakai miniskirt lalu,tak lekang pandangan tengok minah saleh tu sampai ternganga mulut.Ishhhh"

Zaf berhenti sambung makan spaghetti,Mad pertahankan mamat-mamat surau...
"Ish,kau salah orang kut bro. Tak baik buat fitnah bro.Ke dia tengok orang lain kat belakang minah saleh tu,kau tak tahu."-Mad

"Tak la,aku cerita ni sebab nak bagi peringatan ja bro. Walaupun aku bukan mamat surau or budak usrah macam kau,setahu aku yang jahil ni,ayat tundukkan pandangan yang Allah turunkan tu bukan tunduk bila jumpa perempuan muslim ja,semua perempuan bro,yang bertudung ka ,tak bertudung ka.Kita tetap kena jaga pandangan kita."-Zaf

"Betul-betul,aku setuju cakap kau..Siapa yang kau nampak tu?,nanti InsyaaAllah aku boleh slow talk dengan dia."-Mad

Langsung Mad menghirup nescafe yang sudah suam...

"Baguih2 aku harap dia berubah...Sebenarnya,KAU yang aku nampak tu,sampai aku lalu sebelah kau, bagi salam pun kau tak sedar."-Zaf

pffffftttt tersembur nescafe yang diminum Mad.

"Errrrrkkkk....heeeeee.....pahit sangat la kopi aku ni."-Mad

"hahaha...pintu taubat Allah luas bro!! "
~~~~~~~~
Cerita hanya sebagai hiasan..Kebanyakkan daripada kita,tidak kira wanita mahupun lelaki,hanya menitikberatkan syariat Islam ketika dalam kalangan muslim itu sendiri.Tetapi abaikannya ketika bersama dalam kalangan mereka yang belum menerima hidayah Islam lagi.

Cerita atas ni ,dikaitkan dengan lelaki..Tapi perempuan pun sama saja,kalau dengan lelaki muslim,syariat dijaga tetapi syariat diketepi bila tiada muslim disekeling..Disini menjadi persoalan,kita menjadi muslim kerana Allah atau kerana insan yang kita ingin dia melihat kita sebagai muslim???

Kita dapat nilai keikhlasan kita sebagai seorang muslim, bila kita lakukan sesuatu ditempat atau dalam sesuatu keadaan tapi meninggalkan perbuatan tu dalam situasi yang lain.Andai sesuatu itu kita lakukan kerana Allah,pasti kita akan istiqamah melakukannya tidak kira dimana dan dalam keadaan bagaimana sekalipun kita.

Ayat al-quran "Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik..." sering dijadikan hujah untuk penghijrahan seseorang terutama sekali wanita. Kenapa ayat ni dijadikan modal?? Jadi maknanya,hijrah tu sebab nak lelaki baik la kan?? Bukan kerana Allah la kan?? Lepas dah dapat lelaki baik,perempuan baik,maka akan kembali ke sifat-sifat lama. Umpama kisah kat atas,kita ambik syariat yang kita rasa berbaloi untuk diri kita pada waktu yang kita nak. Lepas tu kita tinggalkan kembali syariat.

Sedangkan,kita perlu sentiasa berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik kerana Allah.Dalam Al-quran banyak ayat yang menyebut ,Allah itu Maha Pengampun,Allah itu Maha Penerima Taubat,Allah mencintai hambanya yang bertaubat...Kenapa ayat-ayat ini tidak dijadikan modal untuk kita berubah??

Masih belum terlambat sebelum tibanya ajal dan hari akhir yang tidak kita ketahui bila,untuk kita refresh kembali niat setiap tindakan kita. Anak-anak yang kalau ibu-ibu di kampung tu cari tudung waktu Pak Haji lalu tapi rilek terdedah waktu Uncle Ah Seng lalu,kita cubala untuk ceritakan yang sebetulnya buat ibu2,makcik2,jiran kampung kita...

Hadis Rasulullah.." Setiap amal itu bermula dengan niat.."

Ambil yang baik ,buang yang buruk,betulkan yang salah.. Saya dahulukan peringatan ni untuk diri yang menulis juga untuk sahabat-sahabat yang dikasihi..Semoga bermanfaat..

Salam mujahidah
pemburusyahid