Pages

ALLAH SLAVE

Nisa' Pemburu Syahid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 5 December 2010

Bertemu Jodoh!!!!

Bismillahirahmanirahim...
Segala Pujian hny bg Allah....

Assalamualaikum...

Apa khabar semua??Iman mcm na ok???Arini dpt update blog lg,Alhamdulillah.....Saja je nk kongsi tntg kisah jodoh ni(dah angau ckit haha).....kisah ni best sgt2......kupasan dri novel Perang Uhud.....Aduh bc novel ni ,Masya Allah jatuh hati gile...ok dh2 intro merepek....sekarang layan kisah ni.......

Hafsah bt Umar Al-Khatab bersedih di atas kematian suaminya Khunais bn Huzafah akibat kecederaan yg dialaminya dlm Perang Uhud.Umar Al-Khatab sering dtg menziarahi anakny.Dia menghiburkan hati Hafsah dengan mengatakan mereka yg syahid kerana berperang di jalan Allah mendapat balasan syurga.

"Nabi Muhammad mengatakan sesiapa yg terbunuh dalam Perang Badar dan Perang Uhud adalah mati syahid.Oleh itu, jgnlah kamu bersedih di atas kematian suamimy,"pujuk Umar...

" Wahai ayahanda, anakanda redha dengan ketentuan Allah.Namun,anakanda berasa sedih kerana telah kehilangan orang yg tersayang.Anakanda berasa keseorangan untuk meneruskan kehidupan ini,"kata Hafsah sambil terus menangis...

" Wahai anakku Hafsah, mahukah engkau sekiranya ayah carikan seorang suami??Semoga Engkau tidak lagi berasa kesunyian,"tanya Umar.Dia tidak mahu anaknya terus bersedih di atas pemergian suaminya.

" Jika lelaki itu lebih baik daripada Khunais nakanda sedia menerimanya,"jawab Hafsah

" Ayah akan berusaha untuk menjodohkan engkau dengan seorang lelaki yg lebih baik drp Khunais,"kata Umar.Dia berasa senang hati kerana Hafsah bersetuju dengan cadangannya.

Khunais suami Hafsah meninggal dunia dua hari selepas pemergian Ruqiyah,isteri Uthman , Affan.Oleh itu,pada pendapat Umar al-Khatab, Uthman Affan paling sesuai menjadi suami Hafsah.Alangkah baiknya jika kedua-duanya bertemu jodoh.Bisik hati Umar al-Khatab.

Petang itu, selesai solat Asar di Masjid Nabi, maka Umar berjumpa dengan Uthman Affan.
" Wahai Uthman Affan.Engkau baru saja kehilangan isteri. Anakku Hafsah pula baru saja kehilangan suaminya.Jika engkau bersetuju ,aku kahwinkan engkau dengan anakku Hafsah. Semoga kamu hidup bahagia,"kata Umar.

Uthman Affan agak terkejut dengan tawaran yg tidak disangka-sangka itu. Sejak kematiatian Ruqiyah,memang dia menyimpan hasrat di hatinya hendak mencari pengganti.Tetapi bukan Hafsah pilihan hatinya.Namun dia tidak mahu mengecilkan hati sahabat baiknya itu.

" Wahai sahabatku,berilah tempoh sehingga pagi esok untuk saya memberikan jawapannya.Jika telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan Hafsah saya redha.tetapi jika bukan jodoh kami,maka kita mesti redha menerima ketentuanNya,"kata Uthman.Dia cuba menolak permintaan itu dengan baik.

"Baiklah,"balas Umar al-Khatab dengan harapan Uthman Affan bersetuju dengan cadangannya.

Keesokan harinya selepas sembahyang Subuh,Umar terus menemui Uthman bagi mendengar jawapannya.Dia berharap permintaannya tidak dihampakan.

" Aku ingin mendengar jwapannya darimu seperti yg dijanjikan semalam,"kata Umar.

" Wahai Umar al-Khatab.Saya belum mahu berkahwin lagi. Oleh itu, carilah orang lain yg lebih baiik daripada saya,"akhirnya Uthman Affan berterus terang.

" Baiklah," ujar Umar al-Khatab.

Dia tidak tersinggung dengan jawapan itu kerana Uthman memberi alasan masih belum mahu berkahwin.Dia pula tidak boleh memaksanya.Kemudian Umar berjumpa pula dengan Abu Bakar As-Siddiq.Dia berpendapat,selainUthman maka Abu Bakar adalah lelaki yg baik untuk menjadi suami anaknya.

" Wahai Abu Bakar as-Siddiq, anakku Hafsah memerlukan seorang suami untuk menjaga dirinya.Sekiranya engkau bersetuju,aku kahwinkan engkau dengan anak aku Hafsah,"kata Umar berterus terang.

Abu Bakar kelihatan terkejut mendengar kata-kata itu. Kemudian dia termenung seolah=olah sedang memikirkan sesuatu. Umar sekali lagi mengulangi hasratnya.

" Wahai Abu Bakar.Jika engkau setuju ambillah Hafsah menjadi isterimu.Dia memerlukan seorang suami dan aku yakin engkau suami yg baik untuknya," kata Umar al-Khatab.

Tiba-tiba Abu Bakar berpaling ke arah lain seolah-olah tidak mahu mendengarnya.Umar berasa tersinggung dengan sikap sahabat baiknya itu.

"Aku berniat ikhlas wahai Abu Bakar" ujar Umar..

Namun Abu Bakar tidak mengendahkan kata-kata Umar itu. Dia berasa tersinggung.

Dengan niat ingin mengadukan hal itu kepada Rasulullah,dia terus berjumpa dengan Nabi Muhammad lalu menceritakan apa yang brlaku antara dirinya dengan Uthman dan Abu Bakar.

" Wahai Rasulullah, Uthman Affan dan Abu Bakar as-Siddiq sahabat baik saya. Selama ini saya tidak pernah menghampakan permintaan mereka dan mereka juga tidak pernah menghampakan permintaan saya.Tetapi hari ini kedua-duanya telah menghampakan harapan saya.Tetapi saya tidak marah kepada Uthman kerana dia telah berterus terang belum mahu berkahwin.Saya marah kepada Abu Bakar kerana dia langsung tidak menghiraukan kata-kata saya," kata Umar mengadu kepada Rasulullah..

Rasulullah kelihatan tersenyum mendengarnya. Umar menjadi hairan dengan sikap yang ditunjukkan Rasulullah itu.Seolah-olah ada rahsia dalam rahsia..

" Wahai Umar.Adakah engkau setuju sekiranya Hafsah berkahwin dengan seorang lelaki yang lebih baik daripada Abu Bakar dan Uthman?" tanya Rasulullah sambil tersenyum.

" Tentulah saya setuju. Siapakah lelaki itu,wahai Rasulullah?" tanya Umar pula.

Lalu Nabi Muhammad menyatakan hasratnya hendak melamar Hafsah menjadi isteri baginda.Alangkah gembiranya hati Umar kerana anaknya mendapat seorang suami yang paling baik.Selepas Rasulullah dikahwinkan dengan Hafsah, maka Umar berkata kepada Abu Bakar.

" Wahai Abu Bakar,aku pernah mempelawa Uthman supaya berkahwin dengan anakku.Tetapi dia menolak.Kemudian aku tawarkan pula kepada engkau,tetapi engkau hanya berdiam diri tidak memberi apa-apa jawapan.Sampai sekarang aku masih berasa marah dengan sikapmu itu."

Sambil tersenyum, Abu Bakar pun berkata, " Wahai sahabatku Umar,saya pernah mendengar Rasulullah berkata dia hendak melamar anakmu Hafsah menjadi isterinya.Oleh itu,saya berdiam diri apabila engkau bertanya perkara itu.Sekiranya Rasulullah tidak berkata ingin melamar Hafsah,sudah tentu saya yang akan melamarnya."

"Maafkan saya wahai sahabatku Abu Bakar,"kata Umar Al-Khatab.

Barulah Umar faham keadaan yang sebenar. Dia tidak lagi marah kepada Abu Bakar dan Uthman Affan............

Wah sungguh indah sekali aturan Allah...Kisah ini dikongsikan supaya kita semua dapat ambil mesej sebenar dia...Kita jangan bersedih klau apa-apa yg kita idamkan tu kita x dpt sbb itu semua aturan Allah...Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita semua...Lihatlah Hafsah lamaran ditolak oleh Abu Bakar dan Uthman,rupa-rupanya Allah telah mengatur jodohnya dengan Rasulullah....MasyaAllah,setiap prkara yg berlaku pasti ada hikmahnya...Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia...Orang yg berjaya ialah org yg sabar dan dpt merungkai hikmah berlakunya sesuatu perkara.....

note: kpd yg belum temu jodoh @ ditolak jodoh @ tersungkur dlm apa2 hal sekalipun jgnlah sedih sbb yakinlah yg Allah sedang mengatur sesuatu yg lebih baik utk kalian.....

" boleh jadi kamu suka sesuatu tpi ia tdk baik utk kamu,dan sesuatu itu kamu tidak suka tetapi ia baik utk kamu".......

salam mujahidah...