Pages

ALLAH SLAVE

Nisa' Pemburu Syahid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 15 December 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wick

Bismillahirrahmanirahim. Segala Pujian Hanya Milik Allah

Sudah banyak feedback yang saya terima mengatakan buku ni best. Nilai kehidupan sungguh padat yang boleh dirungkai. Dalam hati dan fikiran hanya sekadar meletakkan buku ini sebagai reading list.

Belum ada inisiatif untuk membeli dan membaca. Semasa cuti musim panas di Malaysia pun, pernah Bookcafe.com.my buat jualan kombo karya Hamka, dah masuk shopping cart pun, tapi akhirnya tak beli juga. Alahai ,sayang poket sangat.

Saya meletakkan keyakinan yang penuh kepada Allah, setiap yang berlaku pasti dengan ketentuan Ilahi dan juga ada hikmah yang besar. Apabila pulang ke UK semula setelah 3 bulan bercuti, sahabat serumah sudah memiliki karya Hamka itu. Tenggelamnya Kapal Van Der Wick. Hati agak tertarik untuk meminjam. Housemate yang lain membacanya dahulu. Setelah lama dipenuhi kehidupan dengan segala kesibukan universiti. Saya membuat keputusan untuk meminjam karya ulung itu dan menggali hikmahnya.

Permulaan bab novel tersebut sedikit melambatkan proses bacaan saya kerana sasteranya yang klasik dan susah untuk difahami. Lalu saya tinggalkan bacaan buat sementara waktu. Bak kata pepatah, 'Tak kenal maka tak cinta' ,rupa-rupanya saya hanya memerlukan masa dan menelaah karya Hamka itu dengan penuh ketenangan. Semakin membaca, karya itu semakin tidak dapat saya lepaskan kerana telah jatuh cinta dengan kecantikan bahasa. Tidak ada novel-novel yang saya baca sebelum ini memiliki keindahan sastera dan bahasa yang sedemikian. Tidak wajar saya terus membuat perbandingan kerana bukanlah banyak pun novel yang saya baca. Tapi itu yang dirasai. Novel yang ada 'rasa'.

****************************************************************************

Cinta itu Oksigen kepada Hati

Secara zahir novel itu, menceritakan kisah cinta Zainuddin dan Hayati. Betapa tulusnya cinta yang mereka pertahankan sehingga akhir hayat mereka. Bagi pendapat saya, elemen kisah cinta yang dimasukkan cukup sesuai untuk mendekati pembaca supaya mesej kehidupan yang lain dapat disampaikan dalam masa yang sama. 

Kemuliaan seseorang insan tidaklah terletak pada bangsanya. Tidaklah terletak pada harta kekayaan. Jiwa pasti terbiar dengan kekosongan jika tidak dihidupkan dengan cinta. Hidup akan sentiasa dirundum kesedihan mencari kebahagiaan. Penulis memberi gambaran kepada kita bagaimana keadaan Zainuddin yang sentiasa sedih memikirkan kehidupannya yang malang.Tetapi setelah bertemu dengan Hayati ,dia seperti seseorang yang sesat di terowong gelap yang berjaya menemui cahaya jalan keluarnya.

Tetapi dalam setiap perjalanan cinta pasti punya cabarannya. Itulah kenikmatan yang dapat kita rasai setelah berjaya memiliki cinta itu nanti. Sesuatu yang diperolehi dengan pengorbanan pasti harganya juga mahal. Zainudin dihina, dikeji dan tidak diterima masyarkat Minangkabau kerana asal-usulnya tidak jelas. Ini rentetan ayah dan ibunya lain adat dan keturunan mereka. Jadi, lamaran Zainudin yang ditolak hanya ingin mempertahankan adat oleh keluarga  Hayati telah menghancurkan harapan cinta yang ingin dibina Zainudin dan Hayati. Hayati yang berada dalam kebuntuan dan tidak difahaminya ketika itu jalan kebenaran memilih untuk mengikut kata putus keluarganya mengahwini Aziz. Aziz merupakan seorang bangsawan,abang kepada sahabat baik Hayati sendiri. 

Bukan sekali Zainudin jatuh dalam kehidupannya. Tetapi dia memilih untuk bangkit setelah jatuh. Kita jatuh kerana manusia tapi kita bangkit kerana Allah. Cinta itu memberi semangat bukan melemahkan. Ujian yang Allah berikan dalam kehidupan adalah untuk kita mencari hikmah,memahami kehidupan dan menjadi seorang khalifah yang lebih baik dari semalam. Khalifah yang sentiasa berusaha menjadi hambaNya yang luar biasa,yang menjadikan ujian sebagai alat untuk dekat dengan Tuhan. 

Dengan cinta kita bertemu sinar kehidupan. Dengan cinta kita menemui tali pergantungan. Dengan cinta semangat hidup berkobar. Alangkah indahnya, cinta yang dipenuhi hati itu adalah cinta kepada Allah yang Maha Esa. Tiada kekecewaan yang dapat dirasa. 

Karya Hamka ini bukan kisah tautan fitrah hati semata-mata,malah lebih. Saya sarankan anda untuk membacanya dan rungkai hikmah kehidupan dari novel tersebut. Tidaklah saya mengagung-agungkan novel itu tanpa sebab tapi supaya kita belajar. Belajar memahami ketentuan Allah. Belajar memahami,hidup ini penuh ujian dan yakinlah kita ada Allah untuk kita bergantung. Ujian yang hadir bukan untuk melemahkan kita,tetapi untuk menjadikan kita lebih baik dan dekat dengan Allah yang Esa. Bacalah apa jua buku,karya atau novel, galilah sebanyak mungkin ilmu yang mampu. Dengan ilmu itu, teruslah menyampaikan kebenaran ilmu Allah.

Nisa Pemburu Syahid
Southampton,UK 
141215,2009

Thursday 17 September 2015

Cahaya hati di Bukit Nur

Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

Jabal Nur(Bukit Nur), jarang dikenali tetapi Gua Hira' itu merupakan tempat yang popular dalam kalangan umat Islam khususnya kepada mereka yang pernah ke bumi Mekah. Gua Hira' itu letaknya di Bukit Nur. Kenapa namanya Jabal Nur, ustaz yang membawa rombongan kami menjelaskan, nama Nur iaitu cahaya kerana bukit itu akan kelihatan bercahaya pada waktu malam. 

Sejujurnya, rombongan kami semasa menunaikan umrah diberi peluang untuk mendaki bukit Nur pada waktu malam, dan sungguh benar kita dapat melihat bukit itu dengan pandangan biasa. Keadaan malam,lazimnya gelap dan susah untuk melihat sesuatu dengan pandangan biasa. Tetapi lain bagi bukit Nur, kita mampu melihat puncaknya dari bawah walaupun bukit tersebut tidak dikelilingi lampu hanya beratapkan cahaya bulan.

ini gambar puncak Jabal Nur yang diambil dari bawah
(puncak bukit ini tidak dikelilingi lampu).

Mungkin kita akan terfikir, barangkali flash dari camera. Seandainya dari gambar,saya tidak ingat mode apakah yang saya gunakan. Namun, jika ditanya secara realiti hadapan mata, inilah yang saya lihat dari bawah. 

Adakah mendaki bukit ini sekadar mendaki merasai penat lelah,semata-mata? Selain menghayati bagaimana kehidupan Rasulullah yang berkhalwat di gua Hira'. Saya juga ingin menyarankan sesuatu yang kita boleh lakukan semasa berada di puncak. Usah siakan penat- lelah mendaki tetapi turun dengan hati yang kosong.

Pandangan kecil ini hanya sekadar perkongsian diharapkan bermanfaat. Cuba ambil lah peluang untuk mendaki Bukit Nur hingga ke puncak. Memasuki Gua Hira' sudah pasti akan menjadi perkara biasa bagi jemaah yang pergi ke sana.

Tetapi, sesuatu yang sungguh nikmat untuk dirasai adalah dengan duduk bersendirian dan menghadapkan diri melihat pemandangan terbaik Kota Mekah dari atas puncak.

Sambil menikmati pemandangan Mekah itu,playkan dalam minda dan hati sirah Rasulullah sejak Rasulullah lahir hinggalah baginda wafat setakat mana pengetahuan kita. Air mata mampu mengalir tanpa kita sedari serta sebuah perasaan syahdu dan sebak yang tiada ungkapan kata-kata mampu dirasai,Dengan Izin Allah.

Perasaan untuk menggambarkan kehidupan Rasulullah itu sungguh tidak mampu diluahkan melalui kata-kata. Seolah-olah satu perasaan rindu,sayang dan juga malu terhadap Rasulullah.Pemandangan asalnya adalah kota Mekah, akhirnya boleh tenggelam dalam bayangan seolah-olah dapat membayangkan sendiri sirah kehidupan Rasulullah. Segalanya Hanya dengan Kehendak Allah. Semoga Allah izinkan kita seluruh umat Islam diberi syafaat Rasulullah di akhirat kelak. T.T

Semoga Allah memilih kami sekeluarga untuk sampai ke dua Tanah Haram ini dan menerima kami disisiNya. 

Yang Mengharapkan Redha Allah
Nazlina @ Nisa Pemburu Syahid
180915/0007

Wednesday 26 August 2015

Dengan Allah pun nak berkira?

Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

Dengan Allah pun nak berkira ka?

Pernah dahulu sering dengar orang saling tegur, dengan Allah pun nak berkira ka?

Berkira dengan Tuhan? Macam mana tu?

Apabila ketika solat itu,dilaksanakan dengan gopoh-gapah dan nak cepat. Rasa nak baca doa cepat-cepat, then baca quran cepat-cepat nak habis. Caranya seperti ada sesuatu yang dikejar.

Apabila dilihat apa yang dikejar sangat tu, rupa-rupanya yang dikejar itu urusan dunia.

Pause sebentar. Nilai diri. " A'ah, aku pun pernah, barangkali selalu sebegitu. Lepas habis solat,doa cepat-cepat macam nak kejar sesuatu." Hati merintih menyesal.

Tapi bila check balik, sebenarnya,walaupun urusan dengan Allah diusahakan dengan cepat, ada banyak sahaja masa yang cukup untuk selesaikan urusan dunia, nak jumpa orang ke, nak buat assignment ke. Tidak terkorban pun masa sekiranya urusan dengan Allah dilaksanakan dengan tenang dan sempurna.

Buku Reclaim Your Heart yang sempat diteruskan bacaan dalam sejam perjalanan nak balik rumah, merungkai konflik yang sering difikirkan. Kenapa manusia mudah sangat lupa, kenapa kita solat dan beribadah kepada Allah ?,ya saya sebut manusia dan sudah pasti diri ini juga tidak terkecuali.

Kerana kita solat hanya supaya kita lepas satu tanggungjawab atau mungkin kita merasa solat itu satu beban. Maka bila selesaikannya dengan cepat satu beban sudah terlepas. Penceramah terkenal antarabangsa Yasmin Mogahed, mengingatkan dengan cantik mengenai betapa alpanya kita dalam memelihara hati.

Ya, kita lebih mementingkan urusan dunia berbanding urusan dengan Allah atau tidak menjadikan urusan dunia kita sebagai satu medium untuk dekat dengan Allah kerana kita gagal memelihara hati kita. Kata Yasmin Mogahed, hati kita ini umpama sebuah bot yang belayar di lautan yang merupakan dunia ini. Kita tidak tahu berapa lama kita akan berlayar di lautan kerana kita tidak tahu bila ajal kita.Maka sepanjang dilautan,kitalah yang perlu berusaha menjaga bot supaya tidak berlubang, dimasuki air dan terus karam.

Hipotesisnya, semakin banyak air yang masuk ke dalam bot ,maka tenggelamlah bot ke dalam lautan melupakan destinasinya yang sebenar. Bermakna, makin banyak dunia bertakhta di hati , karamlah kita melupakan hidup berTuhan dan tujuan asal kita di muka bumi ini. Kitalah nahkoda bot yang perlu sentiasa peka, bagi setiap kerosakan bot itu, cepat-cepat baiki.

Biasakan kita dengar, iman itu naik dan turun atau dalam bahasa arabnya ( yazid wa yankuz) ? Haa , kenapa naik dan turun?

Ulama' merumuskan, Iman kita naik dengan ketaatan dan menurun dengan maksiat. So, nak baiki hati,jom sama kita kembalikan hak kepada hati untuk bersama Pemilik Hati. :)

Yang Masih Struggle
Nisa Pemburu Syahid
260815

Saturday 11 July 2015

Sesumpah atau Ulat Bulu Ramadan?

Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

~ ~ ~ Ramadan tiba,ramadan tiba, marhaban yaa ramadan , marhaban ya ramadan ~ ~ ~ 

Irama yang biasa kita dengar saban tahun apabila menjelang ramadan dan kini sudah pasti lagu-lagu menyambut syawal dan balik kampung pula yang sering kita dendangkan memandangkan kita sudah di penghujung ramadan.

Sambil-sambil buat kuih raya, kemas rumah, dalam perjalanan balik kampung, kita ditemani lagu menyambut syawal. Don't worry bukanlah nak kata salah, tiada masalah selagi kita tidak lalai dan leka dengan tuntutan syariat Allah. :-)

Tapi, dalam keasyikan menyambut syawal dan ramadan di penghujung kehadirannya, bagaimana agaknya ramadan kita? Apa yang dicari dalam bulan mulia ini sebenarnya? Bagaimana akhlak kita selepas ramadan?

Mungkin itu persoalan-persoalan yang kita boleh kupaskan sebagai soalan Muhasabah Ramadan 1436 hijrah ini.

***
Sesumpah kah kita ? atau Ulat Bulu kah kita?

" Asal ramadan ja ,kau jadi ustaz, asal ramadan ja keluar la tazkirah kau," 

Satu contoh skrip dari cerita Sesumpah Ramadan, malah tidak asing bagi kita dengar konsep ini. Apabila ramai yang sering persoalkan bahawa ada sesetengah pihak yang menjadi baik ,beriman,soleh/solehah hanya di bulan ramadan. 

Tetapi sebelum kita asyik melihat orang lain , analisa dahulu iman dihati, adakah ibadah sepanjang ramadan ini mampu mengubah akhlak kita? Mampukah kita istiqamah dengan amalan-amalan yang bertungkus lumus kita pulun sepanjang ramadan?

Kalau kita sesumpah ,maka akan berubahlah kita mengikut keadaan. Dalam bulan ramadan ,ramai yang buat baik, kita pun jadi baik. Ramadan dah pergi,kembalilah kita ke tabiat-tabiat buruk yang lama.

Seorang pakcik pernah berpesan, "kalau nak betul-betul hayati ramadan dan memahami makna niat ramadan, tengok akhlak dan peribadi kita selepas ramadan. Kalau berakhirnya ramadan menjadikan kita insan yang lebih dekat dengan Allah dan lebih cantik akhlak kita maka, itulah makna menahan diri yang sebenar."

Sungguh kata-kata pakcik itu, 3 bulan yang lalu begitu melekat untuk dijadikan muhasabah Ramadan kali ini. Maha Hebat Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. 

Ulat bulu mengajar kita ,walaubagaimana sekalipun keadaan iman kita memasuki Ramadan, itu bukanlah alasan untuk kita tidak memulakan langkah perubahan. Bulan Ramadan adalah tempoh usaha, tempoh mujahadah,jangka masa untuk kita lalui dan menahan diri kita dan akhirnya keluar dari kepompong dan menjadi rama-rama(akhlak) yang cantik bagi menyambut syawal. 

Dan semoga rama-rama yang lahir pada 1 Syawal nanti akan kekal kecantikan akhlaknya,ibadahnya dan hubungannya dengan Allah sebagaimana dia berjuang untuk keluar dari ulat bulu sepanjang bulan Ramadan,insyaaAllah. :'-)

Jom sama-sama kita keluar dari kepompong tabiat buruk kita dan menjadi rama-rama yang lebih cantik,InsyaaAllah.:)

Nah hadiah dari Allah ;-)
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin,lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya,lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah,lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampuan dan pahala yang besar." [ Al-Ahzab: 35]

Nisa Pemburu Syahid
Balik Pulau
120715

Friday 26 June 2015

Sabarkah dan Ikhlaskah Kita?

Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

Hidup kita tidak pernah berhenti daripada detik belajar dan mengajar. Kalau tidak kita yang belajar sesuatu dari orang lain, mungkin ada sesuatu yang telah orang lain belajar dari kita.
Begitu juga dengan diri saya ini. Dalam masa saya belajar dari sikap dan akhlak orang lain saya juga berharap ada sesuatu yang dapat saya berikan pengajaran yang baik untuk mereka belajar dari karakter dan tindak tanduk saya.

Seseorang pernah memberitahu, sentiasalah berdoa kepada Allah, supaya setiap tindak tanduk dan peribadi kita menjadi dakwah kepada orang lain mengenal Islam. 

***

" HaHaHa, DI.KE.LUAR.KAN. dari Al-Azhar." Lelaki sepenjara itu hanya ketawa sinis sambil membacakan surat yang diterima Fahri.

Dia menyambung lagi berkata kepada Fahri, " Ini bukan qiamat Fahri,ini bukan qiamat.Allah sedang berbicara denganmu Fahri."

"Kau merasa paling benar,kau merasa paling suci,bahkan dihadapan istermu sendiri." 

Sempat sekali lelaki di penjara itu menceritakan kepada Fahri kisah Yusuf dan Zulaika.Apabila Yusuf dipenjara akibat tuduhan ingin memperkosa Zulaika. Doa Yusuf kepada Allah.

" Sekiranya kehidupan dipenjara ini lebih baik dan mendekatkan diriku kepadamu ,maka itulah yang lebih aku suka." 

"Allah sedang berbicara denganmu, Allah sedang berbicara tentang Sabar dan Ikhlas!"

"Sabar dan Ikhlas itu Islam, Fahri."

***

Ini antara skrip dalam movie Ayat-Ayat Cinta. Saya terpaku sebentar dan otak di'pause'kan sebentar apabila tiba di babak Fahri dipenjarakan. Ini kali kedua saya menonton movie ini. Dan kali ini saya cuba untuk meminta Allah mengajar sesuatu dengan menonton movie ini.

Tup..tup.. Allah gerakkan hati untuk berfikir tentang babak di penjara ini. Siapa yang nak tahu lebih dialog tu bolehlah tengok cerita tu ya. 

Sabar dan ikhlas itu Islam? Saya setuju dengan skrip sabar dan ikhlas itu Islam dan sangat cantik apabila skrip itu disuaikan dengan adegan di dalam penjara. Tetapi sungguh membuat saya terfikir, kerana selama ini,mudah sahaja untuk kita bercakap tentang sabar dan ikhlas. Sebenarnya apa itu sabar? Dan apa itu Ikhlas? 

"Hence,the moment starts! Allah nak aku cari dan faham apa itu sabar dan apa itu ikhlas.Yes this is my job." Saya hanya bercakap kepada diri sendiri.

Sungguh hidayah dan ilmu itu perlu dicari dan bukan dinanti. Pada minggu yang sama saya berfikir mengenai sabar dan ikhlas, seorang akak mengingatkan semasa kami bersama.

" Ikhlas itu seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam". Sudah pasti kalau begitu, ikhlas adalah satu yang tidak dapat dilihat. Hatta, surah kegemaran kita ketika solat yang dinamakan Al-Ikhlas, tidak pula disebut 'IKHLAS' dalam mana-mana ayat surah tersebut.

Ya, itulah ikhlas, sesuatu yang tidak nampak. Kita hanya boleh dan perlu berusaha untuk mendapatkan keikhlasan dengan niat kerana Allah. Lakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa melainkan redha Allah. Lemah dan malu apabila memikirkan tindak tanduk sendiri, kerana bahagian ini melibatkan hati.

Apa yang penting adalah usaha! Usahalah sebaiknya untuk melakukan kebaikan dan berdoa supaya apa yang kita lakukan diterima oleh Allah.

Sabar, hmmm. Umpama sabar menanti detik pulang dari UK untuk kembali ke pangkuan keluarga. Melalui hari-hari tanpa keluhan mahupun persoalan ,seperti ,"kenapa la aku beli tiket lambat?" .
Apabila kita mula memgeluh dan mempersoalkan, kurang kecantikan sabar kita. Dalam mencari makna sabar dalam diri, saya merasakan sabar adalah sesuatu perbuatan kita menahan diri dari melakukan perkara yang dilarang/tidak disukai/tidak diredhai Allah apabila sebenarnya kita mampu melakukannya.

Tamsilnya, seseorang mengejek kita dikhalayak ramai, sudah pasti kita marah dan boleh saja untuk mengutuk kembali orang tersebut. Tetapi dengan mengamalkan sabar, kita dapat menahan diri dan membalas dengan kebaikan. Hakikatnya,kita tidak akan rugi apa-apa pun jika bersabar dengan perkara tersebut.

"Maka bersabarlah Muhammad dengan kesabaran yang cantik!"

Sabar yang cantik. Cantik bagaimana? Hati kita akan memberi isyarat ketenangan.

p/s: Tulisan ini hanyalah pendapat peribadi dan sudah pasti ambik yang baik,buang yang buruk dan betulkan yang salah.

Nisa Pemburu Syahid
Penang
260615

Thursday 25 June 2015

Istanbul Kami MAI!

Bismillahirrahmanirahim.
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

Jauh perjalanan, luas pengalaman adalah satu kata-kata yang biasa kita gunakan sebagai alasan untuk kita keluar melihat dunia luar.

Selain membaca, dengan berjalan melihat sisi bumi yang lain lah yang akan membentuk gaya fikir seseorang.So,saya akan berjalan untuk membentuk pemikiran dari sisi yang lain dalam melihat sesuatu perkara.

Tapi setelah masuk hari ketiga,seorang anak kecil ini benar-benar membuatkan saya terfikir tadi, akan tercapaikah misi untuk mencari Al-Fateh dalam diri ini? 
Bagaimana ingin dicapai jika tidak dibentuk dari awal?

Apa yang dapat dilihat, semasa di Topkapi Palace, dalam keasyikan pelancong-pelancong yang datang ke situ bergambar dengan pelbagai jenis angle dan posing, budak ini hanya capture gambar dengan memory otak dan menterjemahkannya dengan lukisan.Malah,dia melukis dengan membelakangkan bangunan tersebut dan hanya melihat sesekali sahaja. For me,it is the best way of learning. Mungkin boleh jadi architect besar nanti.

Sepanjang saya melihat dia dari belakang, mak budak tersebut hanya melihat anaknya dan memberi sokongan.Sempat saya melemparkan senyuman kepada ibunya.

Dia melalui pengalaman yang sama seperti orang lain, melawat museum,mengambil gambar dan mencari ilmu yang sama tapi dengan cara yang berbeza. Dengan cara dia tersendiri. Berbeza dengan orang lain tidak bermakna kita salah,kita hanya berbeza.

Jadi kalau saya nak cari Al-Fateh dalam diri, kebolehan dan kemampuan diri sendiri untuk mencapai impian, permulaannya adalah membina dan membentuk sesuatu dalam diri dan bukan hanya menanti keajaiban yang berlaku.

Islam itu gemilang. Gemilangnya Islam itu melalui fasa dan proses pembentukan dan bukanlah secara tiba-tiba. Bangga melihat betapa ramai orang dari pelbagai negara, agama dan bangsa datang melihat sejarah Islam. Fasa kegemilangan pasti kembali dengan usaha,insyaaAllah.

Nisa Pemburu Syahid
Istanbul,Turki
150615

Monday 8 June 2015

Cinta yang Dikejar !

Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah.

Sudah melebihi setahun dari entri pertama saya mengenai Haramain(dua tanah haram:Mekah dan Madinah). Kini kembali ingin saya mencoretkan pengalaman untuk mengejar cinta di dua tanah haram ini. Dalam post saya setahun lebih yang lalu Tarbiyyah Cinta Hakiki ,telah saya kisahkan pengalaman saya semasa dalam perjalanan untuk menjejak kaki di bumi cinta itu.

Post kali ini,InsyaaAllah akan dikongsikan cinta yang saya kejar sepanjang di Mekah dan Madinah serta apa sahaja maklumat yang bermanfaat kepada mereka yang bakal ke Tanah Haram. Kenapa saya asyik kaitkan post saya mengenai tanah haram dengan perkataan 'cinta'? Ini adalah persoalan yang terlebih dahulu saya tanya pada diri saya mengenai apa yang saya cari dengan menjejak kaki ke Haramain. Hati saya menjawab supaya saya mencari 'CINTA' di sana. Sama seperti orang lain,apabila saya maklumkan ingin ke haramain , banyak doa yang dikirim oleh keluarga dan sahabat-sahabat. Dan sudah pasti pesan sahabat-sahabat yang tidak mahu melepaskan peluang mengirim doa di tempat yang makbul doanya, ramai yang berpesan untuk tidak lupa doakan jodoh disana. 

Kiriman-kiriman doa tersebut membuatkan saya terfikir, apakah cinta seorang yang bernama jodoh yang ingin saya cari disana? Apakah saya pergi ke rumah Allah untuk menyampaikan permintaan-permintaan yang terkumpul dihati semata-mata? Persoalan-persoalan yang muncul dan adakala sengaja saya timbulkan adalah untuk kembali membersihkan niat dihati mengenai tujuan ke sana. Sudah pasti doa-doa pengharapan adalah sebahagian daripada tujuan ke sana, kerana saya adalah manusia biasa yang memerlukan pergantungan kepada Ilahi dalam setiap urusan. Jadi tidak dapat dinafikan,saya juga mempunyai pengharapan kepada Allah untuk memakbulkan permintaan di hati. Disamping itu, saya tetap melatih hati bahawa tujuan ke sana adalah kerana Allah,untuk mengukir cinta Allah dan Rasulullah di hati.

***
Kita Juga Diuji Saat Mereka Diuji

Sejurus tiba di Tanah Suci Mekah kira-kira 11 malam , saya bersama sahabat-sahabat yang lain bersiap untuk menunaikan umrah wajib di masjidil haram. Maha Suci Allah , walaupun tidak sampai sejam tiba di tanah suci Mekah,Allah telah mendidik. Seorang kakak dari rombongan kami kehilangan beg umrahnya dan seluruh isinya. Beg umrahnya itulah beg tangannya, jadi semua kad-kad dan telefon bimbit kakak tersebut bukan lagi rezeki dia. Tindakan awal yang beliau lakukan adalah dengan menelefon pihak bank untuk menamatkan sistem kad bank atas sebab kehilangan. Baru kenal tidak sampai sehari, Allah mendidik jiwa-jiwa kami untuk bersama saudara kamu ketika dalam kesusahan. Ya, saya menjadi saksi setiap yang berada disitu dalam rombongan tersebut sama-sama menolong dan memberi sokongan kepada beliau. Malah, ayat yang cukup mendidik jiwa saya pada malam itu, 

"Allah didik akak untuk fokus beribadah,tidak fikir soal dunia(refer kepada harta yang beliau baru sahaja kehilangan)."

Ya Allah, sungguh saya bersyukur Allah memilih saya untuk bersama mereka menjejak kaki di Rumah Allah ini. Meskipun bukan saya yang ditimpa ujian sedemikian, tetapi ada sesuatu yang Allah ajarkan. Apabila seseorang ditimpa ujian, bukan hanya dia seorang yang ditimpa ujian tapi insan disekeliling juga diuji untuk bagaimana kita ingin menzahirkan akhlak seorang muslim untuk membantu muslim yang lain ketika di dalam kesusahan. 

"Sungguh aku bersyukur ya Allah atas nikmat ujian kehidupan yang Engkau pinjamkan untuk aku belajar dan mendekati diri ini dengan Engkau." Antara hobi aku untuk bermonolog dalaman kepada Allah.

***
Doamu Pasti Termakbul

Tanah Haram Mekah dan Madinah sudah diketahui umum ,merupakan tempat yang penuh barakah dan pasti dimakbulkan doa ketika berada disini. Tidak kira berapa ramai yang menceritakan soal ini sekalipun, kita agak susah untuk merasa melainkan melalui pengalaman itu sendiri. Saya berusaha untuk sentiasa mengharapkan yang baik-baik dan memohon supaya saya juga dapat fokus dengan ibadah sepanjang disana. Alhamdulillah ,Allah memberikan ketenangan yang cukup indah. Setiap kali menceritakan soal ketenangan yang dirasai semasa di sana, saya terasa amat rindu. Rindu untuk istiqamah dengan 'rasa'. Sungguh tidak sama ketenangan yang dirasai semasa telah pulang dan semasa berada disana. 

Apabila hati mengharapkan untuk fokus kepada Ilahi, Allah memberi peluang. Selepas membeli simcard untuk telefon, kebanyakan dari kami memilih untuk memiliki data untuk internet. Saya juga begitu agar mudah berhubung dengan keluarga dan sahabat. Tetapi telefon saya tidak menerima satu pun data plan. Meskipun telah dicuba beberapa kali ,malah telah meminta tolong dari penjual disana tetap tidak boleh. Simcard yang sama digunakan bagi telefon orang lain,boleh pula digunakan seperti biasa. Akhirnya, saya hanya senyum dan bersyukur ,Allah ingin mendidik dan beri peluang untuk saya fokus kepada tujuan hadirnya hati ini ke rumah Allah itu. Saya membuat keputusan untuk memiliki simcard biasa yang hanya boleh membuat panggilan sahaja untuk berhubung dengan keluarga di tanah air. Dan Alhamdulillah, saya dan telefon sepanjang di Haramain bukanlah sahabat karib melainkan untuk menghubungi ibu bapa sahaja.

***
Yakin Akan KetentuanNya

Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan kerana setiap detik yang dilalui ada pengajaran yang Allah ingin diri ini sedar. Masih segar setiap yang dilalui walaupun telah setahun lebih pengalaman itu dan pengharapan untuk kembali keHaramain tidak pernah pudar. Menulis detik-detik pengalaman semasa di sana jugalah yang membantu saya menyuburkan perasaan dan ingatan mengenai perkara-perkara yang dilalui. 

Setelah umrah wajib pada hari pertama jejak ke Mekah, kita boleh untuk melakukan seberapa kali umrah yang dinginkan dan yang kita mampu. Malah,boleh jugak untuk diniatkan kepada orang lain seperti kepada ibu dan ayah. Tetapi yang pasti,umrah wajib bagi diri sendiri perlu diselesaikan dahulu. Pada hari itu,seperti biasa kami semua berkumpul untuk ke Tana'im bagi tujuan niat umrah di miqat. Dan lazimnya, sejak hari pertama,setiap kali pulang dari Tana'im pasti setiap orang akan terus menyelesaikan umrah pada hari tersebut. Tetapi lain bagi saya dan seorang akak ini. Kakak yang sama yang kehilangan barangnya pada hari pertama. 

Selepas pulang dari Tana'im, semua bergerak ke Masjidil Haram untuk bertawaf di kaabah.Tetapi kerana kakak yang bersama saya tidak mampu akibat sakit belakang yang dihadapi beliau, kami membuat keputusan untuk menangguh umrah ke esok pagi sebelum waktu Subuh. Pada awalnya,saya agak sedih kerana tidak dapat melakukan umrah pada hari itu, tetapi sudah pasti perancangan Allah itu yang lebih baik. Terdetik di hati saya untuk diberikan peluang solat di Hijr Ismail. Itu yang saya doakan pada malam itu supaya diberi peluang walaupun hakikatnya amatlah tipis harapan untuk ke Hijr Ismail kerana terlalu ramai dan padat orang berada disitu. 

Nikmat Allah yang mana yang ingin engkau dustakan? Allah memakbulkan doa dan Allah mengizinkan saya bersama kakak tersebut untuk solat di Hijr Ismail betul-betul dihadapan kaabah dan tidak dapat disangka-sangka saya dapat meyentuh kaabah. Malah, untuk ke Hijr Ismail itupun sebenarnya saya ditarik kakak tersebut dan mulanya saya seakan menolak kerana memikirkan betapa ramainya disitu dan bahaya apatah lagi bagi beliau yang sakit belakang akan membahayakan keadaan beliau. Namun, ketetapan Allah itulah yang pasti dan yang terbaik. Allah memberi peluang kami berdua berada dalam Hijr Ismail ,solat dan dapat menyentuh kaabah. Sunat untuk kita solat di Hijr Ismail kerana ada riwayat mengatakan Hijr Ismail sebahagian daripada Kaabah. 

Kita nampak seolah-olah kita kehilangan sesuatu tetapi sebenarnya ada sesuatu yang lebih baik yang Allah simpan untuk kita. Kita yang perlu ada keyakinan dan bersangka baik dengan Allah.

***
Cinta Ilahi Milik Semua

Cinta Ilahi yang dikejar,itu yang dapat hati ini merungkai jawapan bagi persoalan tujuan aku menjejak ke Baitullah ini. Semakin bertambah hari berada di rumah Allah,semakin terikat hati saya dengan Mekah dan Madinah. Hati seolah-olah telah sebati dengan kedua-dua bumi barakah tersebut.
Sekiranya cinta Allah yang dikejar,sudah pasti akan kita ketemui walau dimana jua kita berada. Namun jika cinta manusia yang kita kejar, hati pasti merana memikirkan sesuatu yang tidak pasti. Ilmu adalah satu tonggak utama sebelum menjejak kaki ke bumi Haramain ini. Sungguh terasa diri ini teramat rugi dan banyak lagi ibadah-ibadah yang ketinggalan akibat kejahilan. InsyaaAllah semoga ini menjadi satu motivasi untuk terus menggali sebanyak mungkin ilmu dan semangat untuk kembali ke Haramain. Perkongsian kali ini baru 1/4 dari keseluruhan perjalanan . InsyaaAllah, rasa cinta yang diperoleh di Baitullah akan dikongsi lagi kerana Cinta Ilahi itu milik semua.

Nisa Pemburu Syahid
Southampton,UK

Saturday 16 May 2015

Ujian,Tanda Kasih Sayang Allah

 Bismillahirrahmanirahim
Segala Pujian Hanya Bagi Allah

Kasih sayang Allah sudah pasti mengatasi kasih sayang manusia. Saya yakin saya ada Allah yang Maha Menyayangi walau apa pun yang bakal terjadi yang di luar kemampuan diri yang lemah ini.
Berkali-kali saya mengatakan perkara ini kepada diri saya, hati kita perlu dididik dengan keyakinan kepada Allah,maka itulah yang saya cuba lakukan setelah tamat perbualan pada malam itu.

***
Malam itu,tengah saya sibuk dengan kerja-kerja persatuan serta assignment yang masih menunggu untuk dilengkapkan satu panggilan telefon yang tidak disangka-sangka mengantikan keserabutan fikiran dengan kebuntuan. 
Panggilan yang tidak disangka itu adalah daripada seseorang yang ku memanggilnya dengan gelaran 'mak'. Melihat 'MOM is calling' pada latar skrin telefon membuatkan hati aku gelisah dan teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut. Mana tidak gelisahnya, jam menunjukkan pukul 11 malam waktu UK dan itu bukanlah waktu kebiasaan mak menelefon aku. Malah,lazimnya aku yang akan membuat panggilan ke tanah air. Tetapi panggilan malam itu pelik. 

Dalam hati yang gelisah dan otak fikir macam-macam, aku menjawab panggilan itu. 

"Assalamualaikum mak." Aku cuba mendahului dalam menjawab.

"Waalaikumussalam, adik duk buat apa?" Tenang suara mak menjawab salamku. Hatiku mula tenang sedikit mendengar suara mak.

" Tengah buat kerja,assingment bagai. Mak tak biasa pun call adik time macam ni." Aku cuba menamatkan ke'curious' an nak tahu kenapa mak call.

Mak cuba berlapik menjawab pertanyaanku. "Dak, mak nak habaq ja , adik tolonglah doa kat bapa, doa bapa sihat."

Tergamam seketika ,tidak tahu nak membalas permintaan mak untuk doakan bapa tu macam mana.

Lalu aku bersuara, "InsyaaAllah, memang adik doa. Tapi awat dengan bapa?" 

" Mak ada kat hospital ni, bapa masuk hospital." Walaupun nada suara mak tetap sama tapi ada gagapnya nak ceritakan kepada seorang anaknya ni yang jauh beribu batu dari keluarga tentang keadaan bapa pada ketika itu.

Sekali lagi,terkedu,terkelu,terdiam. Dalam masa yang sama pelbagai perkara bermain di fikiran, Oh,tidak aku dah tak sanggup nak tanya apa lagi dah. Setelah terdiam beberapa saat.

"Adik doalah kat bapa,InsyaaAllah doktor kata tak dak apa,doktor nak check ja." Mak menyambung perbualan.

Aku masih terdiam.

"Tu mak call nak bagitau kat adik." Mak menyambung lagi.

"InsyaaAllah,mak. Adik selalu doakan mak dengan bapa. Apa-apa mak bagitau la kat adik. Jangan tak bagitau pulak apa-apa jadi." Dalam keadaan buntu berfikir patutkah aku balik sekarang ke Malaysia,aku cuba untuk tenang.

"Mestila mak bagitau,,sebab tu mak call ni , nak habaq. Fokus belajaq,belajaq elok-elok kat sana, jangan risau sangat,InsyaaAllah bapa ok." Sempat lagi mak berpesan ingatkan tujuan aku berada disini dalam keadaan aku memang dah nak lari balik. 

Setelah menamatkan panggilan telefon tersebut, telah aku jangka, panggilan yang aku terima time seperti ini sudah pasti ada satu berita yang tidak disangka dari keluarga di tanah air. Sebab ini jugalah aku mengambil keputusan,biar aku yang menelefon keluarga,kalau mereka yang menelefon itu sudah pasti ada berita disebaliknya.

Segala kerja terhenti malam itu dan hanya diisi dengan limpahan air mata. Ya, aku tidak tahu apa yang terbaik untuk aku lakukan ketika itu melainkan doa kepada Allah.

***
Kerana itulah saya sentiasa mendidik hati saya bahawa saya sentiasa ada Allah walau apa pun yang terjadi. Saya tidak tahu bila,ibu dan ayah yang Allah pinjamkan kepada saya selama ini akan kembali kepadaNya semula. Mungkin juga saya yang akan kembali dulu . Kita tidak tahu,bilakah perpisahan kekal antara kita dengan insan yang kita sayangi. Maka sayangilah mereka sehabisnya,semampu kita selagi kita masih berpeluang. 

Banyak berita kematian keluarga sahabat-sahabat yang didengari sejak belakangan ini. Dan sering kali dengar itu jugalah membuatkan saya terfikir,adakah saya bersedia jika Allah izinkan diri ini mendapat ujian sedemikian? Semoga kalian tabah wahai sahabat-sahabatku. Kehilangan ibu dan ayah adalah satu ujian yang besar buat anak-anak. Tetapi yakinlah dan berusahalah untuk bersama-sama mereka disyurga nanti. Allah tidak membebani kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Pasti Allah sedang mengajar kita untuk menjadi seseorang yang hebat di medan perjuangan dimuka bumi ini melalui ujian yang besar ini. 

Bersedialah kita untuk diuji. Bersedia bagaimana? Dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa memohon supaya Allah berikan kita sesuatu keperluan untuk kita menghadapi ujian Allah. Doalah diberi jalan dan kekuatan untuk menghadapi ujian bukan diminta untuk tidak diberi ujian. Ujian akan mendekatkan kita dengan kasih sayang Allah. 

Al:Baqarah,286:"Allah tidak membebani seseorang melainkan mengikut kemampuannya."

Anak yang merindui mak dan bapa
Nisa Pemburu Syahid

Wednesday 13 May 2015

Adakah Kau Lupa?

Bismillahirrahmanirahim.
Segala Pujian Hanya Bagi Allah sekalian Alam.

Sudah lama sejak kali terakhir saya mencoretkan sesuatu di blog yang dahulunya menjadi teman setia untuk saya mengukir cerita-cerita untuk dijadikan iktibar.

"Apakah aku sudah tidak mahu mengambil ibrah kehidupan"?
"Apakah aku sudah berhenti menulis"?
"Apakah aku sudah lupa untuk berdakwah"?

Persoalan-persoalan yang akan menyerang diri saya sendiri ,tatkala saya memikirkan blog ini. Tidak,tidak dan tidak. Sering kali itu juga saya akan menafikannya sekuat mungkin di dalam hati ini. Sudah pastilah, ini adalah perniagaan saya dengan Allah. Malah, sekiranya saya tersasar sekalipun saya yakin dengan jalinan sahabat hingga ke syurga, maka pasti akan hadir sahabat-sahabat sekeliling untuk mengingatkan.

Tiada alasan lain melainkan diri sendiri. Lambat sangat nak move on ,dari kehidupan yang kononnya dikatakan sibuk. Sungguh sebenarnya saya rindu,serindunya untuk menyampai dengan menulis. Sejak saya memutuskan untuk memiliki sebuah blog dengan tujuan dakwah,disitulah bermulanya minat untuk menulis dan ingin mengejar syahid sekalipun melalui penulisan. Tetapi ,walaupun telah lama saya tinggalkan, kini adalah saat untuk saya kembali ke medan menulis ini. Ini jalan aku! 

Terlalu banyak kisah-kisah kehidupan yang dilalui hanya sekadar diceritakan iktibar kepada orang-orang tertentu tetapi sebenarnya boleh sahaja untuk diceritakan dimedium ini yang pernah saya sendiri wujudkan dalam diri supaya bermanfaat kepada lebih ramai. Sunnah  
terbesar yang akan kupertahankan sehingga kehujung nyawa,Dengan Keizinan dari Allah dan berserta segala kudrat yang Allah pinjamkan ialah dengan berDAKWAH. 

"Sampaikanlah dari ku walau satu ayat" Satu ayat yang Rasulullah ungkapkan untuk kita umat baginda sebagai seruan menyambung perjuangan Rasulullah. Bangkitlah dan saling memperingatilah sahabat-sahabat. Apa sahaja yang pernah kita lakukan dahulu untuk dakwah dan tidak lakukan lagi kini, 'pause' lah sebentar dari dunia kesibukan  untuk kita berfikir kembali kenapa kita pernah memulakan sesuatu perjalanan itu pada suatu ketika dulu? Kembalilah segarkan niat itu kembali, supaya dakwah itu tidak berhenti pada kita. 

 Dalam peringatan ini tidaklah saya menafikan bahawa tiada cara lain untuk berdakwah selain apa yang kita pernah lakukan suatu ketika dahulu tetapi sekadar peringatan kenapa kita begitu semangat  dulu tetapi tidak sekarang? Adakah kita lakukan perkara itu kerana Allah ? Kerana itu pentingnya kita muhasabah dan refresh niat atas setiap tindak tanduk kita.

Tetapi tujuan peringatan ini terlebih dahulu ditujukan kepada diri sendiri agar saya dapat beristiqamah dengan sesuatu yang saya sering lakukan dahulu. Tidakkah sesuatu amalan itu walaupun sedikit tetapi istiqamah yang lebih disukai oleh Allah. Kembalilah beristiqamah dengan sesuatu yang kita pernah beristiqamah dulu.

Qum FaAnzir! 
Bangkitlah,lalu berikanlah Peringatan!!

Nisa Pemburu Syahid

Monday 5 January 2015

Umurku! Tarbiyyahku!

Bismillahirrahmanirahim.
Segala Pujian Hanya Bagi Allah.

Setiap kejayaan,ujian,cabaran dalam hidup tidak lain tidak bukan adalah daripada Allah. Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan untuk kita berfikir dan mengambil hikmahnya. Aku selalu tertanya,apa yang aku lalui dalam hidup bermakna kah?,sebab rasa macam tak lalui apa-apa pun. Rupa-rupanya , apabila mengenali diri sendiri yang hampir mencecah 21 tahun ini , mula ku tersedar aku seorang yang berpersonaliti "harapan tinggi" dan akhirnya akan rasa kosong apabila expectation tidak tercapai. 

Terlalu banyak yang berlaku dalam hidupku yang boleh aku kongsikan pengalamannya dengan orang lain untuk dijadikan iktibar, tapi kadang-kadang aku tinggalkan perkara kecil dan asyik mencari perkara yang besar sahaja. Mana tidaknya, hanya sedikitla yang aku nampak dalam hidup yang sedang melalui saki baki 20 tahun di muka bumi ini. Tapi Allahu Azhim, mengajar aku dengan memberi peluang aku mencari hikmah dalam setiap yang aku lalui. Tapi of course,yang akan diceritakan yang besar sahaja(dah tabiat,nak buat lagu mana? Huhu..) 

Umur 20 tahun kiranya bagi aku amatlah istimewa, mungkin bukan bagi aku sahaja berfikir begitu pasti ramai yang merasakan umur 20 itu istimewa. Itulah angka pertama melepasi umur belasan.Kebanyakkan orang akan berusaha untuk mengisi sesuatu untuk dilakukan supaya usia muda tidak disiakan. Allah izinkan aku berada dibumi UK pada usia ini. Aku yang masih banyak tidak tahu dan perlu belajar, Allah gerakkan hatiku untuk bersama-sama mengajar anak-anak kecil. Mungkin ramai juga yang telah mula mengajar tadika pada usia ini ditanah air.

Tetapi selama aku berada dalam proses mengajar,sungguh banyak perkara yang aku belajar terutama dari budak-budak yang membesarnya dengan teknologi dan kemudahan. Soalan-soalan yang ditanya oleh mereka,tiada satu pun yang tidakku sentap. Pasti sentap dulu baru boleh fikir untuk dijawab. Mendidik itu bukan sesuatu yang on the spot dapat lihat product seperti keluar dari kilang. Mendidik dan dididik itu satu proses , dan perkembangan proses itu dapat dilihat satu per satu sebelum dapat dilihat hasil akhirnya. Dan mungkin hasil akhirnya bukan disini tapi di'sana'(akhirat).
kanak-kanak girang comel yang disayangi, yang selalu menyentapkan aku.. =.= huhu...

 Setiap yang aku lalui, Allah meyakinkan hati satu per satu dalam tindakan yang aku ambil. Allah meyakinkan hati dan beri ketenangan dalam mengambil keputusan, Allah meyakinkan untuk menunaikan umrah, Allah meyakinkan untuk menukar kos dalam pembelajaran, Allah meyakinkan dengan sesuatu yang aku ingin lakukan. Alhamdulillah,keyakinan itu dihadirkan Allah dengan ketenangan hati dan kemudahan urusan. 

" Nikmat Tuhanmu yang manakah ,yang ingin kau dustakan?"(Ar-Rahman) . Selain daripada peluang mengajar budak-budak, Allah memberi peluang untuk aku dan geng rumah memasak dengan kuantiti yang sangat banyak. Ini sesuatu yang insane sebab semua yang memasak tu, baru first time masak kat uk.. Huh.. Pengalaman ini, memberi satu starter untuk aku cabar diri. Cabaran dalam memasak ni ,apabila orang yang memakan mengkritik masakan kita. Haa,disinilah cabaran utama kita macam mana kita nak respond dengan orang. Well or hell , we choose!! :D

Alhamdulillah,Allah telah izinkan aku menjejak dirumahNya pada bulan April yang lalu,malah telah aku nukilkan awal perjalanan aku menunaikan umrah dalam entri yang lepas. Masih belum tersambung perjalananku semasa berada diharamain. Tapi sebahagian dari ibrahnya akan dikongsikan disini,insyaaAllah. Panggilan Ilahi ke haramain,adalah satu panggilan yang tidak dapat aku lupakan walaupun sudah berbulan-bulan,kerana terlalu banyak Allah didik diri ini disana. Cinta kepada Allah dan Rasul tidak dapat digambarkan bagaimana rasanya semasa berada disana melainkan merasa syukur Allah hadirkan perasaan itu. Istiqamah dengan 'rasa' itu didunia sebenar, apabila ditimpa penyakit wahan itu sesuatu yang amat berat. Tiada kekuatan melainkan dari Allah.
Pemandangan Mekah dari puncak Bukit Nur

Satu nikmat yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila, sekiranya diberi ingatan yang kuat oleh Allah adalah ulangtahun masihi hari lahir aku yang ke-20 aku meraikannya dengan Rasulullah, Allah izinkan aku berada di Raudhah dan dekat dengan Rasulullah pada saat itu. Malah,Raudhah yang dikatakan sesak dan teramat ramai dan sememangnya realitinya sebegitu,Allah izinkan aku berada agak lama disitu. Tambahan , rezeki dari Allah, walaupun sudah tiba masa untuk keluar,aku disepit oleh wanita-wanita Turki dan ditolak untuk lebih kehadapan semasa di Raudhah.

Subhanallah, sungguh aku bersyukur atas nikmat dan panggilan ke haramain itu. Tetap tidak merasa puas dan ingin kembali untuk melakukan setiap satu perkara yang tidak sempat dilakukan semasa diharamain asbab ceteknya ilmuku. Betapa pentingnya ilmu, tidak cukup kita sekadar sediakan wang yang banyak sebelum bermusafir,lengkapilah perjalanan kita dengan ilmu dan kutiplah ilmu sebanyak mungkin sepanjang perjalanan.

Setiap dari cerita hidup kita yang sementara,ada hikmah disebaliknya. Bukan semata demi keseronokan. Usia muda ini jangan kita siakan dengan sesuatu yang tidak disumbangkan kepada agama Islam. "Apa yang telah aku sumbangkan pada Islam harini?" . Satu persoalan yang perlu seringkali kita tanya pada diri kita. Semangat juang para syuhada' ,ayuh kita realisasikan sebagai tindakan dan bukan hanya tinggal kata-kata dibibir.

"Dialah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu ,siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk:2)
Hidup ini adalah ujian,baik senang maupun susah. (Dokanlah aku yang ada exam minggu depan).

Mujahidah
Pencarian baru dalam umur baru,InsyaaAllah :)

Allahu Rabbuna 